Nuffnang Ads

Saturday 31 December 2011

BFF mood: count on me oh yeahhh!

Assalamualaikum.Hai.


Today , I'm feel like my freedom ever. Gila tipu.Actually, start harini aku dah tak payah fikir pasal assignment anymore because of my lecturer's concerned about our super duper packed schedules. Gaya macam busy dari lecturer ni.Semalam, kitorang baru dapat good news dari class rap di mana kitorang tak payah present after final.Meaning that the presentation was cancelled. Fuhh lega! So, now, we just only focus on our study to prepare for final exam which just around the corner. 1st paper aku 4th Jan 2012.Oh my Goshh!


Sambil tulis blog sambil layan lagu Bruno Mars.Best kan lagu dia.Tapi aku tertarik kat bait bait lirik lagu Count on Me. So meaningful.Aku teringat dekat bff aku yang pernah post kat fb video Count on Me dan tagged nama bff dia include me. So, apakata blog ni aku tulis pasal bff aku, Nurasikin Ariffin.Nama komersial Cqen Ariffin.


Aku dah kenal dia dah lama.Since I was 13 .Masa tu kitorang tak baik pon just kenal sebab satu batch.Sebenarnya muka dia sangat garang macam nak makan orang.Seram aku Haha.Kitorang sekolah kat Mrsm YT Dungun masa tu.Tak ramai pon student kat situ that's why senang nak cam . Masa Form Two kitorang satu sekolah termasuk cikgu cikgu sekali kena pindah kat maktab lain.Sedih betul masa tu sebab semua orang dah start baik dan perasaan homesick bagai dah hilang sedikit demi sedikit.Kenapa tutup tak payah ceita la kan.Sebab ni bukan cerita pasal sekolah aku .


Batch kitorang kena ditukarkan ke MRSM Kuala Krai. Nak dijadikan cerita aku ngan Cken satu bilik.Kitorang roomate okay! Dari situ la start perkenalan yang secara langsung dan tidak langsungnya bibit bibit cinta. Oppps jangan fikir bukan bukan.Cinta sebagai teman. Korang ingat aku lesbian kew? Simpang malaikat 44.


Sepanjang berkawan memang banyak benda la yang berlaku kan.Kecik hati, nak marah, geram semua ada.Tapi biasa la kan, adat berkawan. Dan adat bila dekat rasa nak tumbuk, bila jauh tercari cari. Betul tak? Sampai la form5 kitorang kawan.Sekarang pon kawan lagi tapi jauh jauh la kan.Dah berapa tahun tak tengok muka Cken.Lepas form ada terfikir gak cane la aku nak survive sebab dah mmg officialy kitorang berpisah.Aku masuk matrix dan dia masuk UiTM. Memang takde harapan langsung bak jumpa sebab dok jauh-jauh.


Kitorang tak pernah lost contact kot.Maybe la masa aku ada boyfriend dulu aku terignore sikit dia.Hehe sorry Cken aku takde niat pon just tade kredit lebih nak spend untuk mu.Even jauh pon kitorang still keep in touch.Ada problem je kontek.Ade gosip je kontek.Tak terasa jauh pon kadang kadang.


Dan Cken ni jugak la kawan aku yang first dengar aku nangis officially, jelas serta nyata. Masa tu aku rasa aku sangat emotional ,aku call terus nangis. Dia memang terkejut tahap nak pengsan sebab seumur dia kenal aku tak pernah dia dengar aku nangis.Apalagi dengan diri aku sendiri yang memang tak percaya yang aku boleh nangis masa tengah cakap dengan dia.Malu jugak lepas tu tapi takpe asal lepas semua yang terpendam dan yang penting aku bukan nangis depan muka dia.Haha.


Masa aku pergi Korea aku ada beli dia souvenir.Dia janji nak datang Terengganu haritu .Excited la aku kan.Tapi kurang asam punya bff , dia tak jadi datang.Hampeh betul.Aku cakap present dia aku dah bagi kat kucing.Lambat sangat kan. Dah bau suasana rumah aku dah present dia tu.


Cken ni jugak seorang yang hati kecik.Muka ganas bagai nak gila orang tengok tapi silap cket je mata dah merah.Tak lama lepas tu banjir la kan.Haha Kelakar bila aku ingat balik. Dulu masa sekolah kitorang ni selalu berdua.Kalau salah seorang takde mesti orang kat sekeliling tertanta tanya.Betul tak Cken apa yang aku cakap nih? Tak de sebarang mitos kan?


Cken ni message untuk mu. Susah kan nak jumpa kawan sampai mati.Yang boleh share susah senang kita.Yang suka tikam belakang, yang mulut manis depan depan je, yang cari kita time susah je, emm yang ni agak ramai.Nanti kalau mu dah ade boyfren jangan lupa aku pulak.Spend sikit 2,3 posen untuk text aku okay! Aku sayang mu lebih la Cken.Muahhhh.Kat bawah ni aku curi gambar mu kat fb.Kita mane ade gambar same same sejak dah besar ni kan.

Cken vogue






Muda mudi





Aku yang cbuk nak menyelit sbb tak boleh amek pic skali.


Most wanted




Thursday 29 December 2011

Aku bajet cantik? Oh no!

Assalamualaikum. Hai.


Today I am wake up early. Amazing. It s something weird, very unusual and  absolutely mysterious.Haha.
Btw, congrats to me !


Sebelum aku tidur 2 pagi tadi, aku ada satu azam baru. Guess what? Nak cantik wakaka. Cepat muntah hijau sekarang. Tak kisah la apa korang nak cakap kan. Yang penting tu azam baru aku.Never have a dream like this , I guess. Azam aku yang dah lapuk of course la belajar bersungguh sungguh untuk mencapai kejayaan. But until now, I dont know where's my belajar and pretty sure I never found my kejayaan , right.Huhu sungguh sadis.


Nak tahu kenapa aku ada azam camtu? Yesterday, I saw a handsome guy .Looks like a syariah law student. Pandai2 je aku kan. Dah la cakap orang tu ambik law.Ada pulak syariah kat depan. Hehe. Tapi aku takde la nak aim dia sbg mangsa aku kan. Pernah ke aku lelaki jadi mangsa?Gila kalau pernah. Simaa jangan perasan dan bajet hot okay. Tapi tak kisah la aku nak jugak. 


Aku ade text my bff pasal impian aku menjadi kenyataan ni. Rupa-rupanya dia lagi excited impian 'Aku mahu kurus'. Tapi fikir2 balik lagi senang dari angan angan aku ni. Nak kurus silalah diet.Nak cantik silalah botox? Opsss.It 's crazy thing, right! No ! no! So, aku kena cari inisiatif lain supaya anggun dan cantik. Okay, fikir sekarang. Kbye !



Wednesday 28 December 2011

Biar Mimpi sampai Bintang


Assalamualaikum.Hai









Assalamualaikum.Hai.


Harini hari paling memenatkan.Yeke? Emm macam hari hari je penat. But seriously, tak suka harini.Dahla semalam tidur lewat.Harini kena bangun awal sebab ada Audit express Workshop.Sedar tak this week is study week.Kenapa la ada workshop tengah orang busy nak prepare for final yr exam.Urghhh. Semalam dah la ada kls ganti kena present pulak tu. Hari ni satu hari ada workshop.Esok dah test .Ape aku nak jawab.Guna software bagai. 


Study pon belum lagi malam ni.Cana la nak score final nanti. Salah aku yang malas atau salah aktiviti yang sangat banyak.Tak sabar nak setel everything .


Kaki aku pon dah okay sikit skrg.Dah tak payah jalan macam OKU. Syukur Alhamdulillah.Dah tak sedih lagi.Tapi semakin stress.


Okaylah.Aku perlu study.Kbye.

Monday 26 December 2011

Mood study teramat :current song (California King Bed)

Assalamualaikum. Hai.


Sebelum sambung menelaah conteng jap kat blog buruk ni.Hee.


Actually tadi dah dalam mood study.Tapi tetibe je group mate call yang aku salah buat soalan.Rupa2nya aku dah menjawab soalan yang dia kena buat. Terpaksa la aku buat balik kan.Nasib sikit je kena betulkan.Tersalah dan terlebih explanation.Lain kali baca soalan betul betul ye.


Sebenarnya stress jugak sem ni.Dahla banyak group assigment.Kena buat pulak projek. Tu semua masuk dalam carry mark.So tanak ke nak kena buat betul betul la kan. Sem ni jugak aku cipta sejarah jarang balik rumah.Boleh dikira dengan jari tangan je tak payah termasuk kaki mahupon guna kalkulator.Tu pon sebelah tangan je kot. Jauh sangat ke rumah? 2jam setengah je kot. Sampai parent aku naik pelik dan selalu tanya nape aku tak balik.


Adoi nak balik camne ibu abah kalau dah assignment bertimbun timbun.Mane nak fikir pasal test, midterm , presentation. Sekarang pon dah penat terkejar kejar nak siapkan assignment. 3 report kena hantar sebelum final 30 Disember .After final ada satu lagi presentation. 30 Disember kena hantar 3 report dan satu presentation.Malamnya ada test UBS .Final just around the corner.Kelam kabut nak setel mana satu.That's why, aku tanak balik.Kalau balik rasa rugi sangat. 2jam setengah atas bas komfem tido.Kalau tak tidor pon takkan nak study kot atas bas.Macam tak pernah di buat dek orang.


So. aku sangat sangat la bersabar dan terpaksa bertabah untuk tak balik rumah. Dari awal sem lagi  aku dah mind set tanak asyik balik rumah.Sebab first week semester 7 pon dah ade assigment.Amek kau .Memang aku dah prepare fizikal dan mental untuk menghadapi sem ni.Walaupon selalu juga tewas.


Okay la .Nak sambung menelaah dan mengulangkaji pelajaran dulu yea. Dah panjang melalut ni. Kan dah buang masa yang teramat. Sebelum korang cabut dari blog aku ni.Sila dengar lagu dibawah. Current and latest favourite song aku .California King Bed.


Saturday 24 December 2011

Let's watch Patah Seribu MTV

Assalamualaikum. Hai.


Aku baru je tengok Patah Seribu MTV Shila Amzah. Best jugak la. Aku suka Sharnaaz Ahmad sebenarnya.Aku pumye attraction nak tengok lagi kuat la kan. Lagipon aku memang suka sangat Suara Shila Amzah. Jom saksikan



Friday 23 December 2011

Antara Persahabatan dan Rahsia Yang Terpendam

Assalamualaikum. Hai.


Hari hari rasa nak penuhi blog ni dengan hasil penulisan aku yang sangat la dahsyat, Tapi takpe nak jugak sebab ni blog aku bukan blog korang kan?


Nak story pasal sorang member aku ni la. Aku rasa dia boleh dikatakan bff aku jugak la.Kalau tuan hamba baca sila jawab dalam hati sudah ye ( Tuan hamba merujuk kepada kawan aku). Lately, dia ada problem besau gedabak dalam hidup dia. Aku yang jadi pendengar setia aka kaunselor yang  tersalah bidang pon rasa takot mendengar akan masalah beliau. Beliau ke dia ke orang yang sama je.Jangan terkeliru mahupun terkesima ya. Dari awal dia dah warning kat aku awal awal jangan gitau sapa pasal story yg dia story kat aku tuh.Aku pegang pada janji sampai skrg tak pernah cakap kat sapa sapa. So, sapa sapa yang nak share masalh dengan aku boleh.Tinggal nombor tel.Haha Suka hati je kan.


Aku sebenarnya memang suka dengar masalah orang.Walaupun aku tak boleh nak setelkan masalah beliau atau sapa sapa je la kan.At least , dorang dah lepaskan apa yang terpendam kat lubuk hati yang sedalam teras dalam tu. The most important, kita kena la keep secret tu.Jangan nak gi jaja cerita orang merata rata. Nanti jadi kat kau balik baru padan muka kan.Karma macam lagu Faizal Tahir, Coklat dan .Yang berjudulkan tajuk yang sama tetapi berlainan negara.Saksikan video di bawah.Dengan tetibenye tersasar dari draft penceritaan.It's okay biar korang cuci telinga dulu ye.




















Okay best tak. Bagi aku semua best.Ofkos Faizal Tahir paling best.


Berbalik certia asal ye. Kalau nak berkawan kita mestilah pandai jaga hati kawan.Jangan la sengaja nak cari pasal pastu perang bersaudara.Sapa cakap hidup sorang sorang ni best.Wa cakap lu memang tak best langsung dan hiduo jadi gelap gelita langsung takde irama dan lagu.


Aku suka dengar masalah orang tapi tak pandai nak setelkan la.Kang salah cakap lain jadinya.Lagipon setiap orang ada cara masing masing.Perangai pon alin kan.Maksudnya setiap masalah mesti ada cara penyelesaian yang berbeza.Pendekatannya pon lain.Lain macam je cara penulisan aku ni.Dah macam ASamad Said versi gadis remaja.Haha.


So,sapa yang ada masalh mesti luahkan jugak kat someone.Tapi someone yang boleh dipercayai.Macamane nak tahu boleh caye ke tidak.Tepuk dada tanya selera.Tu adelah soalan bonus yang aku tak dapat jawab.Rambut sama hitam tapi hati lain lain.


Konklusinya rahsia tak boleh pendam sorang sorang dan tak boleh sesuke hati nak gitau kat orang.Pilih yang terbaik macam aku salah sorang.Hehe.


K, kepada tuan hamba merujuk kepada beliau, rahsia tuan hamba , beta akan simpan sampai bile2 kot.InsyaAllah.Rahsia dan masalah kadang kadang satu perkara yang sama.


K la melalut je Haha.Padahal isi kosong .Saje tetibe teringat dirimu yang sering menghantui diriku sejak 2,3 menjahk ini.Sila cerita lagi jika ada problem.Aku suka mndengarnya. K, chow;)









MTV BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG


Assalamualaikum. Hai.

Jom layan




Tentang Dhia Episod 26

Assalamualaikum. Hai.
 Selamat pagi ;) Jom tengok Tentang Dhia. Menyayat hatiku 


Membasmi Facebook Oh Yeah!

Assalamualaikum. Hai.


Usaha aku membasmi kuman di account facebook aku akhirnya berjaya. Gile punye kuman.Penat aku buat account baru.Rupe2nye boleh je delete post2 yang tak berguna tu.Tapi take time la sebab banyak sangat.


Moral of the story, jangan suke hati nak click link yang tak sepatutnya.Nanti jadi macam aku semalam.Terasa diri ini dianiaya pulakssss.Haha.Okaylah ye Boring sangat sampai Facebook dah boleh guna balik pon kecoh kat belog.


K, babai ;)

Thursday 22 December 2011

Virus Facebook

Assalamualaikum. Hai.


Aku terpaksa deactivated account facebook sebab kena virus. Salahkan tangan yang gatal click satu link atau salahkan akal yang tak berapa nak guna. Adoyaiii.


Aku deactivated sebab dapat mesej dari sorang friend yang cakap asal aku menyemak kat wall dia.Panas doh!Tapi aku deactivated sebab kesian kat semua friend aku kat facebook tu sebab nanti wall dorang dipenuhi post dari aku. Aku nak tulis status pon tak boleh. Facebook tu cakap aku di block selama 2 hari ataupun lebih. 
So, I've decided to deactivated my facebook account. Menyampah aku.





Wednesday 21 December 2011

Tentang Dhia Episod 24

Assalamualaikum. Hai.


Jom rakan rakan layan Tentang Dhia  jap. Tengok hasilnya hilang stress or makin stress.Layannn..


Tuesday 20 December 2011

The most awesome man ever.Chris * Ariff

Assalamualaikum. Hai.


Chris Medina ni salah sorang contestant American Idol. Ada cerita sedih pasal beliau yang boleh buat semua orang touching. Aku  pon boleh sentap. Pada hari dia nak perform ,cik tunang ( tunang Medina) datang untuk bg support tapi malang tak berbau cik tunang accident. Kesannya, cik tunang mengalami kecederaan otak dan separuh lumpuh.sungguh tragis. Tapi lagi tragis bila si Medina ni sanggup jaga cik tunang sampai sekarang. You're the most awesome man, Chris Medina! Dia diber peluang release satu single .Lagu tentang kisah diorang. 







Sedih kan? Masih ada kah laki seperti dia.Maybe satu dalam seribu.Takpon seribu dalam sejuta. I wish I can get one like him




Ni satu lagi story yang latest pasal laki yang tak pernah give up untuk dapatkan sorang pompuan yang disukai.Bukan stakat nak buat girlfriend tapi untuk dibuat isteri.Wow!!! Nak sorang camni.Okay korang tengok je la video kat bawah.Kat situ terjawab soalan yang bermain di fikiran korang sekarang ni....








Kisah dorang pon buat aku touching jugak.Susah kot nak dapat laki camni.Kire untung gila Dena Bahrin tu.
Nak sorang yang macam ni.Plissssssssssssss...

Monday 19 December 2011

LeeSung Gi Dan aku.Ahakzzzz

Assalamualaikum. Hai.


Post entry baru lagi.Dah macam diari pulaksss.Apa salahnya kan?
Entry ni pasal Lee Sung Gi.Kalau korangs dah baca entry aku sebelum ni konfem korang tahu yang aku minat dia.So tak payah la nak aku nak mukaddimah panjang dan lebar kan.


Dan korang jugak mesti tahu aku pernah pegi Korea yang pernah aku story mory kat entry sebelum ni kan.
Bukan nak cerita pasal Korea atau entry sebelum ni.Just nak cakap ada 3 benda yang ada gambar Lee Sung Gi yang aku beli kat Korea. Nama tempat tu MyeongDong .Sape rase ada duit berkepuk kepuk boleh pergi sane sebab kat sana ada barang berjenama seperti ZARA, UNIQLO, FOREVER21, GAP, GIORDANO dan banyak lagi. Tapi kitorang pergi haritu tengah sale wa cakap lu.Untunglah jadi kitorang kan?Haha.


Kepada mereka yang meminati Super Junior dan Girls Generation, di sini anda boleh mendapatkan barang-barang mereka seperti cakera padat, poster, baju dan lain-lain di butik SPAO.Ni aku copy ayat dari blog cuti cuti Korea.Haha.Maafkan saya. Tapi tak silap aku bukan beli kat sini aku beli kat kedai lain yang memang betul betul menjanjikan kepuasan kepada fanatik KPop.Aku tak okay.


Korang tahu masa aku nak beli baju yang bergambarkan Lee sung Gi punya la susah.Baju tu size L.Gedabak besarnye.Tapi nak taknak aku nak jugak.Lack communication punya pasal sampai setengah jam aku tunggu kat kedai tu semata mata nak dapatkan baju tu.Aku suruh tokay kedai tu ambik baju tu and bukak.Sebab baju tu dalam berbalut dalam plastik. Pastu dia kata baju tu besar dan untuk laki.Aku cakap nak jugak.Pastu aku ingat dia letak kat kaunter suruh bayar .Rupa rupanya dia pergi simpan balik dalam stor.Apekejdah aku tunggu punya lama.Boleh pulak buat macam tu.Orang nak beli pon susah.Geram aku.Pastu aku rasa dia ngumpat dengan member dia.Lantak la kan.Bju tu berharga rm45 Malaysia.Tak silap aku la.Tak ingat.


Then aku beli kalendar tahun 2011-2012.Jugak ada gambar Lee Sung Gi.Gila wa cakap lu.Pastu beli lagi cermin ala ala compact powder gitu yang jugak ada gambar beliau.Total perbelanjaan aku untuk 3 benda tu around RM75. Sounds like tak berbaloi tapi aku nak jugak. Sila rajin rajinkan tangan gerakkan schroll ke bawah dam mata untuk menengok souvenir untuk diri sendiri kat Korea.




Ni la cermin ala ala compact powder.Harga 3000won= RM15.Mahal gedabak.


Ni baju yang susah sangat nak dapat..Tergantung kat bilik aku sekarang
Calendar pakai buang.Maksud aku boleh cabut cabut.Tukar gambar depan blkg ikot bulan.





 Ni je mampu ku beli sebab kitorang rushing .Mana nak beli souvenir untuk famili lagi.Mana nak beli untuk kawan kawan lagi.Duit pon setakat penuh kat poket kiri je.Poket kanan kosong.Okay sape sape yang nak gi Korea sila singgah blog ni jap  http://cuti2korea.blogspot.com/2011/11/hai-seoul-annyeong_1589.html ...Kat situ korang boleh dapat guider yang menawarkan harga berpatutan.Okay chow dulu yea Hugggssss

Hari hari Yang Memenatkan

Assalamualaikum. Hai


Lately, rajin betul aku dok bersihkan sawang sawang kat belog serabai aku ni. Nak cakap tak busy memang tak boleh nak cakap tak busy la. This week langsung tade weekend life. Giler kan. Jumaat ada mid sem. Sabtu Ahad ada bengkel UBS .Korang tahu apa itu UBS ACCOUNTING SOFTWARE? Ni sebenarnya nak memudahkan kerja kerja akaun. Tapi aku rase bengap betul otak aku nak terima.Aku si buta IT, si buta software. Macam malu je sebab aku rase aku sorang je tak pandai nak guna benda alah yang namanya begitu hebat sehebat untuk kepala aku memhaminya. Ouchhh ! Sakit kepala. Boleh gila ingat UBS. 


Itu baru UBS, tak cakap lagi pasal assigment , presentation, mid term. Memang sangat sadis bila difikirkan.Tanak fikir tapi kena fikir jugak sebab kalau tak fikir tak siap la kerja kerja berikut kan. Konon malam ni nak fokus buat UBS,Susah sangat kan, so aku jadi stress lalu bukak laman sosial.Lagi bahagia.Bahagia sekejap je la kan. Esok malam ada discussion group.Komitmen yang penting tuh.


Yang perlu sangat aku tabah dekat satu subjek ni yang memang kelas presentation.Takot tak dengar? Disebabkan kelas tu diwajibkan present, so marks untuk final 30 percent only. Harap Dr Hassan baik hati pemurah lagi penyayang dapat tolong kitorang dapat markah tinggi dalam presentation dan report yang hampir tiap tiap minggu kitorang kena buat.


Aku start final exam 4Jan2012-18Jan2012. Konon boleh balik la lepas tu kan. Rupa rupanya lecturer aku nak buat presentation lepas final.Pastu aku dengar pulak ade Audit System Test.Apekahhhh? Teruk betul final year ni. Terpaksa tabah untuk konvo  pada waktu yang sepatutnya. Tolong aku nak pass semua subjek.Tanak extend plissssss..


Tade motif sebenarnya entry ni.Tapi aku just nak gitau betapa susahnya UBS, betapa banyaknya assignment (so jangan suka tangguh2 kerja), betapa byk presentation, betapa banyak test (so buat notes awal2).Dan start harini aku kena kurangkan bersosial.Stop trussss spon takpe. Bahaya bersosial di alam maya ni. Sungguh asyok dan melekakan .Ahakzzzzz.


Okay la tanak melalut lagi. Pesana penaja. " Hidup ini perlu rajin, sentiasa tabah dan kena belajar hidup susah serta perlu cepat adapt dgn benda baru.Haha. Sekian ;)

Sunday 18 December 2011

Aku Dah tak Sesempurna Dulu :(

Assalamualaikum. Hai.


Kali ni aku nak share kisah hidup aku sikit. Takde la the whole story mory kan. Tapi just nak story dan luah perasaan je.


30 Nov 2011, Rabu. Detik tragis dalam hidup aku.Jatuh motor.Tapi bukan paling tragis.Aku dah story dalam enry tersebut   .Sila klik kalau nak tahu..http://syamimicincinungu.blogspot.com/2011/12/malang-tak-berbau-dan-tak-mampu-dihidu.html




Sampai sekarang pon kaki aku ni tak baik baik lagi.Jalan pon terhincut hincut lagi. Seksa tau.Dah la tak boleh jalan laju. Bila jalan laju sikit dah sakit.Tapi serius pelik bila aku jalan laju. Jalan laju dengan kaki terhincut hincut. Memang pelik bila tengok dalam cermin.


Serius aku jadi sensitif bila dah jadi camni.Aku rasa kekurangan.Mula mula aku okay.Lepas tu bila ada orang ejek cara aku jalan camne.Aku jadi sentap tibe tibe. Aku rasa macam hinanya aku.Yela kan dah tak serupa orang lain dah. Pastu ada jugak yang cakap cane kalau kaki aku sampai bila bila jadi camni.Sape tak sedih. Kalau taknak bagi kata semangat kat aku pon, at least diam je la kan. Mesti korang rasa aku emo terlebih.Tapi kalau korang ada kat tempat aku korang tahu macamane jadi orang yang tak sempurna. Memang aku tahu ramai orang ingat aku cacat sebab aku tak pakai bandage. Malas la nak pakai sebab lagi susah nak jalan. 


Satu hari aku rasa sedih sangat sebab aku rasa aku macam dipersenda sendakan je.Aku terus mesej mak aku tanye nape kaki aku tak baik baik lagi. Nasib la mak aku bagi kata semangat sikit.Rasa hilang la sikit sedih tu.Sebenarnya aku nak balik nak pergi mengurut.Kat sini aku busy sangat sampai weekend pon takde.Sebab kawan aku cakap kena selalu pergi mengurut, baru cepat baik.


Haa. Ade satu hari tu ade sorang pompuan tegur aku. Tengah aku berjalan tu dia tanya kenapa aku jalan macam tu. Aku cam terkejut nape dia tanya .Aku dengan muka separuh terpinga pinga jawab yang aku jatuh.Dab terus blah dari situ. Tapi aku tak kisah pon dia tanya.Kadang kadang je aku rasa sensitif. Sensitif kena pada tempat la kan.


Satu hal lagi aku kadang kadang malu nak jalan sorang sorang. Yela aku rasa macam ada attraction untuk orang pandang aku. So malu la kan bila kita jalan orang pandang.Kalau aku tak macam ni pon aku malu jugak. Nak terajang pon ada..


Sebab kaki aku ni jugak la aku rasa aku boleh faham perasaan orang yang kekurangan macam aku atau lebih lagi. Bila kita rasa kita kurang pada orang lain.Memang kita akan rasa lain macam bila orang tak pedulikan kita.Padahal sebelum aku jadi camni, aku tak kisah pon Lantak la kan.Nasib baik aku ni boleh dikatakan jenis kuat .I mean tabah dan tak mudah menangis.Kalau tak mesti aku dah lari balik rumah.Takpon extend satu semester.Kau gila Simaa. !


So moral of the story. 


1) Jangan suka ejek orang
2) Cuba faham perasan orang
3) Tabah itu perlu
4) Kadang kadang kita jangan pedulikan kata orang. Mulut orang berbisa wa cakap lu.Boleh makan dalam.


Aku harap sangat cepatlah habes sem ni.Aku nak setelkan kaki aku ni pulak.Harap boleh baik and back to normal.

Friday 16 December 2011

Da Gorgeous Neelofa

Assalamualaikum.Hai.
Merujuk perkara di atas. Neelofa memang cantik . Kali ni aku nak tulis retis pompuan yang aku minat pulak.Biasa laki je kan. Haha Ini bukan statement gay mahupun lesbian.Takde kaitan sama sekali okay. Owh rupa rupanya aku baru tahu parents Neelofa orang Pakistan. Tapi muka dia takde la Pakistan mane kan.Tapi tetap cantik la kan. Dia sama umur dengan aku.Patut lah aku tak cantik.Aikk ada kena mengena tak?Haha..Padahal sedarlah dirisikit Simaaa oi. Celah mana kau cantik kan.Erghhhh.Aku tak tahu dia juara Dewi Remaja sebab memang aku tak update langsung pasal program tu. Maklumlah terasa diri ni tak remaja lagi.Haha.Aku start tahu wujudnya dia dalam dunia hiburan sensasi ni masa dia berlakon dalam Jemaah Kolestrol. Masa tu tertanya tanya sape minah cantik ni kan. Then lepas tu dia makin popular kejap je kan.? Yang penting aku excited gila babeng lepas dia respond tweet aku kat dia.Aku ade mention nama dia la kan. Excited sebab 1st tweet pon dah respond.Dengan johan pon tunggu bertweet2 baru ade respond..Thanx la Lofa ye (acece macam bff je mention Lofa je ahakzzz).. Okay pape layan je la pics kat bawah ni.Cantik tak rugi view.Kalau korang view muka aku tu alamatnya aku tersipu sipu malu la.Malu sebab kena kutuk.Hoho

Ni website si Lofa     http://www.neelofa.my



Pic ni time Neelofa acting dalam Jemaah Kolestrol










So hot




Dewi Remaja



Big family

Guess who??





Thursday 15 December 2011

Jom Layan Sesaat

Assalamualaikum. Hai.

Aku sangat mengantok. Tapi tak habis study lagi.So, aku merajinkan diri singgah ke blog .Jom layan lagu ni best giler..

Wednesday 14 December 2011

Cinta Elysa Episod 13 ~Last Episode

Assalamualaikum. Hai.


Saksikan Cinta Elysa Episod 13. Memang terbaik. Aku follow drama ni dari awal sampai akhir. The main reason is ada Johan la kan. Kah Kah Kah..Tapi hepi ending. Berbaloi .I like =)

Sunday 11 December 2011

Ohhhhhh Zahiril *Hugssss

Comel
Assalamualaikum. Hai.

Dua, tiga hari ni suka sangat aku update belog buruk ni . Sebab terlalu banyak kerja kena buat, so conteng-conteng kat sini boleh release kan aku punya kestressan.

Actually, aku nak share dengan korang-korang pasal keminatan aku kat Zahiril Adzim.Kenal kan?Tak kenal sila tak payah baca entry ni. Bagi aku Zahiril ni memang berbakat. Kalau dia bawak watak nerd, or naive mmmg kesian betol muka dia. memang real la wa cakap lu.

Aku start minat kat Zahiril ataupun nama timang timangannya adalah Bob(maybe dolu dolu dia ni gemuk kot.Bagi aku orang gemuk je sesuai dgn nama Bob ni .Memandai je kan.Haha.) masa dia berlakon dalam Kami the Sries. Watak dia dalam tu adalah Boy. Suke kot dia dalam tu.berlagak cam jahat sangat.Yang kelakar ada hati nak improve English.Disebabkan jadi watak pembantu je dalam series ni, Bob dah teercalon sekaligus memenagi Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik-Festival Malaysia Ke 22. Congratss ler.


Next drama, aku tengok Merah Putih pukul 4.30 pm. Dalam tu dia jadi Merah.Jugak la jahat. Menjadi je watak jahat dia sebab aku benci dia mase tu.Benci kat Merah la kan bukan kat Bob.

Aku pon layan drama Juvana.Time tu aku tak minat Johan lagi tau. Pastu movie Tolongg Awek aku Pontianak, Senjakala, Gadoh, Kami the Movie and Karaoke. Ni semua dia pegang watak utama.Walaupun dia ni hero yang tak sehensem Aaron Aziz,Remy Ishak tetapi dia cute.Cane dia nak jadi hensem kan sebab badan dia kecik je.Papepon Bob tetap the best dan boleh jugak pegak watak utama.Kelass kau Bob.

Malas nak cerita panjang panjang.The rest biar je aku simpan dan tahu sorang sorang.Bajet Bob ni kau punya sorang kan Simaa.Frust sebab Bob dah kawen dgn orang lain.Syera Ayob yang jugak comel.Nasib baik comel kan.Hee.So layan la pics dibawah yang aku curik dari sumber sumber gosip di Malaysia.Credit to Ncik Google kerana sudi membantu.Haha.






Merah Putih

6 Progresif

Pre wedding.Sweet
Puisi Bob buat Syera sebak



Puisi Zahiril buat Shera

"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku." 






Saturday 10 December 2011

Kepenatan dan kesejukan

Assalamualaikum.Hai.


Wow untuk diri sendiri.Sehari suntuk kat library.Biar betik? Betul ke aku ni Simaasyamimi.(sambil cubit cubit pipi)..kononnya nak siapkan asaimen.Then study la untuk test.Tak sikit pon banyak pon jadi la kan.Haha.Berangan je la kau Simaa. 


Sampai sekarang.Sikit je ilmu masuk.Dok layan tonton.com  , dok layan Youtube,  dok layan pesbuk,  dok sibut bertweet.Apehal ko ni Simaa .


Aikkk.Tajuk entry tak kena dengan ape yang aku tulis ni .Lantak la.Aku bosan.Type je la kan.Tapi memang sejuk (haaa,kan dah ade kaitan ngan tajuk entry) kat sini.Dari pagi sampai ke malam.Fuh angin dia .Dah feeling macam kat Korea.Haha.

Muka hitam yang kesejukan,keboringan,dan sudah beberapa jam tak mandi

Annual Dinner versus Kamera

Assalamualaikum. Hai.


Baru je balik Annual Dinner for the last one sebab aku dah pon final year .


Tapi tensen konon excited nak upload gambar.Tetibe je kamera buat hal. Maasuk virus agaknye.Tapi nasib baik jugak la pics dalam kamera tak hilang.


Sangat menyampah.So, aku kena mintak pics yang ade muka aku dgn org lain. KBye.

Thursday 8 December 2011

Korea oh Korea

Assalamualaikum, Hai korang
This time aku nak continue story pasal Korea Trip aku tu. Lama giler kot nak continue. Cari mood nak hapdate. Ingat senang ke nak tulis essay ni. Haha Bajet essay masa SPM.. Cikgu tengok grammar pon dah pengsan.Muahaha.Bukan itu yang nk diperkatakan dan diuar-uarkan ,Motif asal nak story mory pasal life aku kat Korea Bajet lagi sekali. Bajet student Korea yang dah belajar bertahun tahun kat sane. Hakhak.


Kitorang sampai kat Incheon Airport lebih kurang 10pm waktu Korea.Waktu Malaysia hanya lambat satu jam saje.So aku dan rakan rakan seperjuangan beserta lecturers takde la jetlagged kan. Excited giler time tu..Mane taknye dah sampai Korea kot.Dah la penat dok lam flight tu 7 jam ye rakan rakan.Take note! Perlu ke? Tak kisah la kan.


Terpegun sangat canggih.Airport yang besar can tengok orang disekeliling.Wow korean. Tade ke Lee Seung Gi tersesat kat situ. Beliau tu actor kat Korea ye kawan kawan. Lagi excited bile schoolmate zaman tok kadok dulu study kat Korea.Guiders kitorang tu student dari Malaysia.Schoolmate aku tu baik dgn para guiders kitorang tu.Wah seronok berganda ganda.Dilla hepi gile jumpe mu time tu.Kitorang ni backpackers.Nak save bajet dan untuk dapat more experiences. So jalan kaki untuk sampai ke GuestHouse .Tapi sebelum jalan kaki tu kitorang naik Subway. Underground train.Maklumlah la nak jimat kwasan kot.Korea kan kecik.Penduduk ramai.Naik Subway 2 jam kot.Subway ni sesangat laju sebenarnya tapi langsung tak terasa laju berada di dalamnye.


Lepas tu bermula la kehidupan aku di Korea.Sangat excited untuk mengharungi hari hari tersebut.Walaupun penat berjalan tapi sangat enjoy.Korang bayangkan walaupun ramai giler orang jalan kaki aka pedestrians tap kenderaan kat jalan tu still banyak.Ramai betul penduduknye kan?Kitorang boleh jalan kaki kat tengah tengah bandar Seoul tu.Kat Malaysia tak dapat kot. Semuanya nak guna objek beroda kan.Banyak jugak tempat kitorang pergi.Rugi la kalau tak pergi kan.


Temapt paling tak cukup masa nak explore semua adalah Nami Island.Korang tengok Winter Sonata.Kat situ la salah satu pot dorang shoot. Cantik sangat temapt tu. Daun daun yang luruh.Banyak tempat cantik yang boleh snap pic.


Namsam Tower pon best.Tapi sangat tinggi untuk sampai kat Tower tu.Tapi apekan daya mesti pergi jugak.Kononnye tempat romantik la korang korang yang berkapel ni.Chewahhh.


Mlas nak cite panjang panjang.Korang tengok je la gambar-ganbar di bawah ni ye.Seronok.Korea aku janji aku akan datang balik.Muahahahahaha