Nuffnang Ads

Thursday, 10 October 2013

Aku Dia dan Kamu

ASSALAMUALAIKUM..

Rasanya dah berabad aku tak update kat blog ni. habis belajar terus rasa tade masa nak buat anything yang aku rasa tak penting include update the blog. Sebab ni blog kepunyaan nursimaa syamimi so dengan aku ini aku mengisyhtiharkan aku nak post pasal my boyfie. Jiwang jiwang sikit la untuk sesi blog ini. Sila muntah jika ingin muntah..

Nak start macam mana ea? * jari telunjuk tenyeh kepala sambil kepala dongak atas serta sekumpulan awan awan tidak berserta burung burung yang pening.

Okay mukaddimahnya camni la.....

Sebenarnya dah hampir 4 tahun aku tak berpacaran. hakhak. Yeke hampir ? Ntah ntah dah lebihh. Itu semua tak penting sbb itu bukan persoalan kepada tujuan utama entry aku kali ni. Nak dijadikan cerita aku bekerja la di salah sebuah company otomobil. Bajet suspen je tak mention nama syarikat ape.haha. Sekali lagi itu bukan isu utama dan tak penting sama sekali. Mula mula masuk tempat kerja baru biasalah kan malu malu ayam disamping mata usha jejaka yang hensem lagi segak bergaya.

First day seingat aku , mata aku dah terusha sorg mamat ni. Not bad la . Lagipon aku tak berapa nak usha pon sbb banyak lagi mende yg aku nak fokus. Macam la mula2 masuk kerja dh diberi kerja banyak kan. Haha. Hari ketiga aku rasa tertarik kat sorg mamat ni. Bukan jatuh cinta la kot. just macam suka tengok gaya mutu keunggulan beliau tu. Haha. Dia ni satu team dgn aku la. Aku macam tak boleh kalau kerja kalau tade dia. Bangang bukan. Pastu setiap balik keje aku akan cite kat housemate aku pasal dia ni. mesti bernanah telinga dorang. Aku tak kisah asal aku boleh luah gejolak perasaan aku yg slalu teruja melihat kehadiran beliau dimata aku tapi bukan dihati. Poyo sangat ayat ni. Disamping itu aku ade jugak selitkan cerita kat dorg tu pasal sorg lagi mamat yang lagi hensem dimata aku kalau nak compare dengan mamat yg selalu aku puja ni. Salah seorg dari housemate aku ni cakap . Lebih kurang cenggini la.

  HM: Cane kalu mamat hensem tu jodoh hengkau n hengkau terkapel dengan dia

 Aku: Eh taste aku jenis laki macho, nakal nakal. Impossible la mamat hensem tu boleh kapel dgn aku. (dengan bangga beserta riak takabbur nya aku mnjawab.

*HM ~ housemate aka kawanserumah sebumbung
* dialog diedit habes habesan sehingga ayat mmg totally lain tapi masih lagi dalam maksud yg sama.


Hari demi hari aku di ofis baru sehingga terjadilah perbualan antara aku dan ofismate aku iaitu Fatin.Mase tu dah tade kerja sangatkan. Sempatlah kitorang borak borak dan mengusha org yang lalu lalang di dalam ofis aku tu. Jeng jeng . Lalu la mamat hensem ketika perborakan kami itu. Aku pon tanpa niat yang lain terus bertanya si Fatin.

Aku : Fatin sape nama laki tu ea. Hensem jugak.

Fatin: oh nama dia Fizi. Bla bla bla bla

* Sebenarnya ramai lagi aku tanya nama staff2 yang aku tak kenal tapi disebabkan aku tambah hensem tu terjadi la gosip tanpa disedari. Gosip ke? Bukan gosip sangat la. Tapi mcm bermula la cerita aku dan Fizi.

Bff Fizi aka Piee ni la yang start kenen kenen aku dgn Fizi. Piee ni dapat tau la aku cakap Fizi hensem. Dia apa lagi sibuk la dok usik2 aku dengan Fizi. Tapi Fizi ni pandang aku pon tak .Bila kitorg terserempak kat tangga pon langsung tak tengok muka aku. Oh sungguh kejam seorang lelaki buat macam tu kat aku. Berani betul Fizi ni..

Namun segala-galanya bermula dari sini. Daripada aku join dorang makan nasi kukus. Sungguh tak malu aku rasa sebab aku main ikut je dorang. Masa tu Fizi tak ajak pon. Piee je ajak. Aku akur lalu join dorang.Dari situla kitorang bertukar tukar no fon. Itupon menggunakan orang tengah. Walaupun kelihatan seperti tidak gentleman tapi sungguh comel cara Fizi yang malu malu kucing tu nak ejas aku.

Sekarang dah hampir 8 bulan aku kapel dengan Fizi. Penuh suka duka tapi tetap bersama.


selaku orang tengah gambar kena letak atas :p