Nuffnang Ads

Friday 20 January 2012

Kenangan dan Harapan

Assalamualaikum.

Dah pukul 2:52 am. Tapi mata tak ngantuk ngantuk lagi. Baru je lepas layan Winter Sonata sampai episod 8. Drama tu best tapi hati membuak buak nak buka twitter.Mengharapkan TALHA HARITH tweet aku balik.Gila kan? Fikir balik tak masuk akal. Lupakan yang mengarut itu.

Harini hari terakhir aku kat Gong Badak. Ni nama tempat aku belajar.Bukan maksud aku rumah sewa aku kat Gong Badak .Aku belajar kat Universiti Malaysia Terengganu.

Sekarang aku dah final year dan baru je habis final exam Rabu lepas.Bermakna habislah pengajian aku pada semester 7.Cepat masa berlalu. Dah nak masuk sem 8.Dan ini juga bermakna aku akan melangkah ke satu alam baru iaitu dunia pekerjaan. 5Februari aku dah start latihan industri atau bahasa mudahnya praktikal.Takut rasa dihati tapi tak nak ke nak ke terpaksa jugak ditempuhi.Maybe dah boleh start merasai duit sendiri walaupun berbekalkan elaun RM 300 (kalau tak silap) dan ptptn yang still masuk (sebab aku praktikal dalam sem).Padahal aku praktikal dok rumah sendiri,Jadi tak terasa mana la keberdikarian itu.Uhh bahasa apa tu?

Ini bermakna jugak aku terpaksa meninggalkan kawan kawan aku yang aku dah kenal dah dekat 4 tahun. Banyak kenangan.Daripada kenal sorang sampai boleh kenal 100 orang. Tak kira rapat atau tak tapi sampai bila bila pon boleh cam muka korang. Semalam kawan aku yang tinggal dekat area sini menjemput kitorang datang kat rumah dia untuk makan makan. Best dapat makan besar.Lama dah tak makan beraneka juadah.Maklumlah duduk di perantauan (bajet overseas). Tapi seriously berat aku memang turun minggu exam ni sebab makan tak menentu. Nasi pon lauk sardin.sedih kan.Bila ingat pasal makan langsung akal dan minda nak balik rumah terus.Okay dah melalut

Semalam dah ramai kawan kawan aku yang dah balik kampung .Agak agak bila la dapat jumpa diorang lagi. Ohh lupa masa konvokesyen.Harap harap aku dapat konvo bersam sama diorang. Takot bagai nak gila bila fikir kalau ada repeat paper.Serious aku taknak. Simpang malaikat 44.Aku pon harap korang mendoakan kejayaan aku.Nak ke korang doakan? Perasan je aku kan?

Emm strategi seterusnya di samping praktikal aku nak cari teman lelaki bahasa mudahnya boipren la che kak oi.Gatal ke gedik bunyinya? Hehe. Gedik gedik jugak .Sekarang aku masih solo aka bujang. Mostly kawan kawan aku dah ada bf.Yang dah kawen pun ada. Maybe masa belajar aku tak risau sangat.Tapi sekarang dah start risau sikit2 .Maybe sebab aku gatal ataupun sebab dah tua tapi boifren pon takde lagi.Kadang kadang aku terfikir mungkinkah aku akan jadi andartu atau andalusia. Huh mintak simpang. Sekali lagi aku harap korang doakan semoga aku cepat bertemu jodoh. Amin, ;)

Rasa macam sedih pulak nak tinggal kawan kawan kat sini. Macam yang aku cakap dah hampir 4 tahun bersama sama.Berpisah masa matriks yang setahun tu  pon sedih . Apatah lagi 4 tahun kan.Nak buat camane.Setiap yang bertemu akan berpisah. Terpaksa redha.Betul tak? Dan sekali lagi aku harap aku dapat konvo bersama diorang. 


Tuesday 17 January 2012

Jejaka Comel ;)



Okay camni pon dah comel




Assalamualaikum Hai.


This entry is special for Talha Harith. Jeng Jeng Jeng. Anyone yang name Talha Harith is the lucky one okay Haha. Before entry ni memang aku dah tulis entry pasal Talha Harith si jejaka yang berwajah cute miut yang buat aku nak cubit pipinya.Guess why aku boleh tulis entry pasal Talha lagi sekali.


A few hours before aku tulis entry ni Talha Harith buat aku senyum sorang sorang . Sebab ni kali ke brape ntah aku tweet kat twitter dia. Tapi as usual dia akan RT aje. Malam ni pelik .Aku tweet cakap ,
 " Awak samseng yg kiut la "


Unbelievable Talha bagi respond yang memberangsangkan. Nak tahu dia reply apa. 
"HahahaRT :  Awak samseng yg kiut la ." 


Happy la aku kan sebab selama ni dia RT je. Then, aku tweet camni, "Happy forever sbb malam ni reply tweet aku dgn respon yg mmbina Haha"   


Pastu Talha reply camni
  ;)RT : Happy forever sbb malam ni  reply tweet aku dgn respon yg mmbina Haha. 


Dia bagi smiley kot Haha


Tak kisah la korang faham ke tak bahasa tweet ni.Yang penting ni antara aku dengan Talha. 


Artis lain aku tak heran sangat sebab dorang akan reply dengan kata kata cket Haha. Maybe 


ngan aku je Talha just RT .Takpe malam ni Talha dah reply dengan sweet emoticon Hehe. 


Frankly speaking aku nak sangat dia follow aku Haha.Selalu je berangan aku ni. Dia artis 


kot.Aku ni sape kan?


Nak add kat account fb tapi dah full request la kan. Like page pon jadi la ye.


Nak mention one more time aku suka watak dia dalam Tudung Ekpress okay!


Talha Harith saya suka watak awak dalam Tudung Ekspress Rambut panjang bagai Fuhh 


Memang kelihatan macho disebalik wajah ala2 baby face aka jambu Hehe.


One day nak jumpa nak amek gambar boleh? Tutup mata sambil make a wish Hehe. 


Okay Talha Harith saya nak jugak awak baca entry saya ni.






P/s : Kem salam kat Johan skali ye Hehe


 Okay korang yang baca entry ni sila follow Talha Harith : talha _ harith di twitter okay frensss

Monday 16 January 2012

Talha Harith


Assalamualaikum. Hai.


Okay guys entry kali tade kaitan pon dengan hidup aku sebagai penulis entry yang terbosan abad ini. Aku nak mendedahkan seorang artis lelaki ni.Jeng jeng jeng. Sasepen je kan Haha. Ni bukan gosip just aku nak story pasal artis yang boleh dikatakan aku minat jugak la kan. Empunya badan Talha Harith. *Applause




Comel tak? So no wonder la aku minat kan. Comel saje tak guna kalau tak pandai berlakon. Ehh tapi bukan aku nak cakap Talha tak pandai berlakon. Dia memang pandai berlakon. Graduan ASWARA katakan sia sia la belajar samapi  grad tapi kaku depan cameraman. Takkan nak panggil camerawoman.


Aku pon tak hengat la start suka dia berlakon bila.Tapi yang penting aku tertarik kat Talha masa dia berlakon Tudung Ekspress. Masa tu cool gila watak dia. Aku nak je tengok dia dengan Linda Hashim Apakan daya dorang ikot skrip bukan ikot sweet requet aku nih. Hmmm.


Aku ni jarang tengok tv Maklumlah rumah sewa aku mana ada TV .Layan tonton.com and youtube je. Kalau ade drama hot baru la tengok .So jarang sangat la aku boleh tengok Talha ni kat TV. Sekarang aku usha Talha kat twitter. Best jugak stalker artis kat Twitter. Baru tahu problem dorang apa sebenarnya. Dorang pon macam kita.Tak puas hati Twitter Fb. Nak gi holiday Twitter Fb. Sebab dorang public figure so probability orang nak menyibuk pasal dorang adalah tinggi. Termasuk aku lettew.Tak salah kan Just nak tahu pasal artis yang kita minat.


Panjang la pulang explanation paragraph kat atas haha. Out of syllabus  terosss aku nih. Dah banyak Talha ni berlakon. Antaranya


Cinta Elyssa
Tanah Kubur
Iktikad
Tudung Ekspres
Terowong Episod 1
Juvana
Gemilang
Dan banyak lagi....


Tapi tak semua la aku tengok. Mana sempat nk balancekan life aku sebagai student dgn dunia artis ni. Mana sempat aku layan la kan.

































Sape sape yang ada twitter Jom follow Talha Harith . talha harith ;)

Friday 13 January 2012

Memories

Assalamualaikum .Hai


Pagi ni aku rasa rindu sangat saat saat kat Korea bersama coursemates. Maybe effect dari background twitter aku .Sapa suruh letak background Nami island tu kan? Ni pon salah kawan aku sebenarnya. Dia layan Winter Sonata yang berkurun lama tu. Bila ada scene kat Nami Island apa lagi rasa overseassick aku tu melampau lampau la kan.Bajet pergi Korea bertahun lamanya kan.Kah kah. Tapi pengalaman dan keseronokan pergi dgn member member ni lain. Sebab lepas ni takkan dapat rasa dah .Kalau pergi lagi pon mesti dgn member yang lain ataupon dengan maksud yg sebenar memang dah tak boleh pergi dgn dorang lagi la kan.Sekarang dah final year.Memang tak sampai sebulan kitorang dah nak berpisah. Waa touching la pulak tiba tiba. Sob sob.Tapi seriously masa tengah bersama sama kita macam tak berapa nak hargai sangat saat indah .Yang selalu kita rasa." Tak best nya tempat ni.  " Bosannya tengok muka classmates yang tak hensem. " Makhluk ni suka betul condemn aku. Betul kan? Memang aku pon macam tu. Bila dah tahap kritikal nak berpisah ni memang ada la sedikit sebanyak sedih tu. Mananya taknya dah hampir 3 tahun kot belajar dalam satu kelas yang sama. Exam dalam satu dewan yang sama. Kutuk mengutuk pon sesama sendiri. Lepas ni rindu rinduan la pulak. Tu pon kalau nak rindu kan. 


Mesti lepas ni aku akan rindu suasana ponteng.Lepas ni aku dah kerja tade makne nak ponteng sesuka hati kan.Sebab tu la kan aku ponteng habis habisan masa tengah belajar ni. kah kah Logik tak statement berkenaan. Walaupun saat ni aku rasa tak sabar sabar nak abes exam dan tak sabar nak balik rumah. Disebalik keexcitedtan aku tuh ada gak la terselit kepiluan serta seangkatan dengannya.Korang layan la gambar kitorang yang kebabom.Muka aku paling kebabom bagai kena extend 4 tahun lagi.






Pencarian sapa paling remaja 2009






























Aku lah busday gal




Sekian terimakasih .Yang banyak garis garis tu actually langsung tak sesuai dengan mukadimah sebab itu bukan satu issu tapi satu simptom .Faham tak mesti tak faham Hanya aku dan coursemates aku je yang tahu perkaitan itu Kah kah


Wednesday 11 January 2012

Deana Fanasha gila.

Assalamualaikum. Hai.


Actually Diana memang gila. Sebab dia buat aku risau tahap biasa biasa je. 
Sebelum dia melarikan diri dan mensepikan dirinya tanpa khbar berita, boleh dikatakan selalu jugak la dia text dan call aku. Facebook pulak jadi bff dia yg keseratus empat puluh satu. Semak fb dengan status dia. 


Satu hari aku perasan kat fb sunyi tanpa status dia sebab antra ramai ramai pemegamg akaun muka buku seluruh dunia , Diana lah manusia dan makhluk bernyawa yang sangat aktif hapdate dia punye status. Tup tup senyap. Misteri jalan lama la jugak kan.


Aku ada text dia. No respon! Geram gila orang tak bagi positive feedback kat aku.Rasa nk lempang je handphone aku. Sabor ye Cmaa! Aku post kat wall dia. Takde respon gak. Aku tengok memang lama gila dia tak on9 apatah lagi hapdate menghapdate. 


Aku cakap kat Sena.Housemate, ex-motormate,classmate jugak tentang misteri kehilangan makhluk menyeringai ni. Sena pon naik hairan jugak la .Nampak dari muka tak penuh kepuraan langsung. Dia suruh aku call. 
Sena: Try call .Bila dengar suara Diana terus letak.
Wakaka. Tujuannya adalah satu taknak kasi kredit aku habes bertubi tubi.Haha. Tapi call je mesin jawab. 


Dalam kepala macam macam fikir. Diana ni mati ke? Kena rogol ke?Kawen ke? Sumpah tak tipu aku fikir camtu. Sebab dia tak pernah diam cenggitu. Before dia diam cenggitu.Memang dia ada masalah problem yang penuh drama then story  kat aku. Pasai tu la aku risau plus hairan bagai exam gagal satu subjek.


Akhirnya terjawab jugak.Buat saspen je.Satu malam aku dapat call.Private number.Aku ingat makhluk mana kan sebab bila aku angkat dia tanya camni , "Bakpo mu tepon aku?" Google translate = Nape kau call aku?
Soalan macam diserang.Ingat tak entry aku sebelum ni.Diserang.Aku ingat aku diserang.Rupanya mangkuk pecah tu yang call.


Dia pergi holiday kat Vietnam rupanya. Saspen tahap tak mampu nak makan 10 hari. Senyap senyap je gi holiday. Tak guna punya makhluk.@$**%$#+(*^##


Tema entry ni Count on me.Suka sngat ngan lagu ni lately.Padahal dah berabad lagu ni.Sebab lagu ni baru menyerap masuk kat sanubari aku. Lagu ni khas untukmu Diana sebab kali ni entry pasal mu. Ada kaitan jugok la kakas puyok kae.


Exam.Diserang.Kesunyian.Mengantokkss

Assalamualaikum. Hai.


Mata aku hampir tertutup semasa aku sedang menaip entry ni. Mengantuk sesangat. Actually sekarang ni pukul 5.57 am. Aku tunggu azan subuh. Nak tidur tak sabor!
Exam weeks cenggini la.Ngantuk sangat. Readers! dah azan pon. Before aku summarized kan entry aku ni, bolehla aku share cket peristiwa pahit manis sepanjang exam weeks ni. 


First : Tidur memang komfem tak pernah cukup.Stay up sampai pagi.After subuh tidor jap tak sampai 6jam dah bangun balik. Erghhh dahsyat! 


Second : Diserang. Jeng jeng jeng! Guess what? Diserang tikus? Diserang kucing? Diserang terorrist? Biarlah rahsia bak kata Dato CtNurhaliza. Mane leh gitau nanti satu dunia kutuk aku. Haha. Tapi serangan hendap tu membuatkan aku stress 1 jam. Yela spoil habes mood study aku yang sangat berkobar kobar tu.


Third: Kesunyian tapi ada lagu. Sebab sekarang kan tade kelas .Tak jumpa la hiruk pikuk classmates aku .Aku ni tak suka study ramai ramai.Study kat rumah je. Kalau gi library probability nak study tu kurang.Nape ea?
Ada lagu.Meaning that sambil study dengar lagu la oiii.


Okay lah tak mau panjang panjang. Tak larat..Idea pon zero.Aku tulis hape pon tak tau ni. Haha. 
Nanait (goodnite dalam versi ngantok amat :p)

Wednesday 4 January 2012

My Abah .My Ibu

Assalamualaikum.Hai.
Hai korang kali ni nak tulis entry pasal abah and ibu titew la Hehe.
Minggu exam ni memang teringat kat dorang lebih la kan.


Mula mula nak cita pasal abah dulu.Abah memang tak banyak cakap.Aku ikot abah kot sebab jugak tak banyak cakap. Abah ni sangat manja bile bab bab uruskan rumah tangga.Maksudnya disitu iron baju tak pernah.Nak makan berhidang.Nak ambik air dalam peti pon tak mampu nak ambik sendiri.Sorry abah bukan nak merengek tapi bestnya jadi abah.Dan untungnya abah dapat kitorang yang faham jiwa abah.Bila ingat balik sedih pulak.Masa aku terpilih ambik PTS .Tahu kan program lompat kelas tu? Bila abah dapat tahu dia lah orang paling sibuk ajak aku pergi kedai buku.Cari buku-buku latihan PTS.Atlast tak dapat pon.Syukur.Tak pasal nk lompat kan.Ayat sedap hati padahl tak cukup pandai nak dapat result cemerlang. Haha.Masa aku ambik UPSR pulak tiap tiap hari aku nampak abah pergi sekolah.Nak tengok aku exam macammane.Time tu cikgu cikgu selalu usik aku. Cikgu cakap,"Simaa awak mesti takut nak jawab exam tadi kan.Sebab ayah awak tengok tadi.." Tak takot pon bangga adalah.Abah korang ada macam tu.Takde kan.Tapi sapa2 yang bergelar ayah sememangnya lelaki terbaik.Abah nak sangat aku masuk MRSM. Tiap kali lalu depan MRSM mesti Abah akan cakap ."Nanti kakak akan sekolah kat sini." 


Masa aku darjah 6 abah la yang sibuk cari borang nak masuk MRSM.Dulu pakai borang pastu hitamkan macam nak jawab exam kat kertas OMR. Haha.Alhamdulillah tercapai hasrat  abah.Aku berjaya masuk MRSM.Aku pon bangga dapat tunaikan hasrat abah. Tapi aku ni bukan rajin pon.Masuk MRSM result so-so je.Takde lah gempak macam Amalina pon kan. At least tak teruk sangat pon.Yang penting PMR N SPM aku tak pernah dapat gred c. Okay la kan. Haha.Tapi masa PMR tu aku sedih sebab aku sekolah jauh kat Kelantan.Abah tak dapat datang masa Majlis Mohon Restu.Sedih sebab masa UPSR tiap tiap hari abah datang tengok.Pastu makan makanan best2.Sebabnya nak bagi semangat kat aku.Time ibu marah abah backup.Time time abah marah, ibu backup.Kontra. Hehe.


Kalau bab boifren abah sangat tak sporting.Susah sikit la kan .Last boifren aku abah memang tak suka.Ceh macam banyak sangat pakwe kau kan Simaa .Haha.






Ni pulak pasal ibu.Ibu ni suka membebel berbanding abah.Tapi aku lagi boleh dengar ibu bebel dari abah bebel.Dahsyat abah bebel panjang gila mcm lecturer bertaraf doktor.Haha.Ibu ni jenis tak boleh tengok anak susah.Ingat lagi masa aku camping kat padang sekolah.Hari2 datang ambik baju kotor aku balik rumah.Pastu suruh abah cari kayu api sebab nak bawak kat aku time camping.Dah rasa macam camping dalam rumah.Semua benda ibu bawak.Pastu masa darjah 6 aku ada kem kat resort .Balik dari kem sibuk tanya makan apa kat sana.berapa kali.Cukup tak duit.Semangat bagi duit banyak padahal makan semua resort prepare.Ibu cakap risau gila takut tak cukup makan.Padahal enjoy gila masa kem tu.Ibu lain pendapat ngan abah.Abah beria nak suh aku masuk Mrsm.ibu pulak tak berapa nak setuju.Dia takut aku stress bila masuk boarding school.Ibu bukan close minded.Tapi sifat keibuan dia tu buat dia jadi macam tu.Aku ingat lagi ibu cerita haritu.Batch aku kena pindah MRSM .Sebab MRSM kitorang kena tutup.Kena transfer kat Kuala Krai.Jauh giler babe.Ibu cakap memang seminggu dia tak makan.Risau gila kecik kecik dah sekolah jauh.Ibu cakap abah pon sama tapi abah kuat.Maybe abah lelaki.Sedih kan bila parent kita macam tu sekali caringnya.
Ibu suka marah aku kalau part masak masak.Aku tak pandai n malas nak belajar.Habes SPM sampai lah.setahun yang lepas dia bebel aku pasal masak ni.Sekarang dah tutp buku pasal tu sebab aku tetap jugak tak dengar apa yang ibu bebel.Mesti ibu dah bosan.Haha.Tapi kan ibu sekarang orang dah pandai buat air bila orang datang,dah berjaya buat ayam masak kicap untuk famili makan.Okay la kan 


Ibu sporting kalau bab boifren.Boleh sharing is caring lagi.Boleh cakap pasal pelamin idaman.Boleh cakap pasal hantaran.Boleh gosip pasal pompuan bajet lawa.Boleh gosip pasal artis.Boleh cakap pasal samarinda.Best kan.




Tapi apa apa pon ibu n abah d wonderful n super duper person in d world n my heart.Dorang sangat bertanggungjawab.Sangat caring.Sangat prihatin.Boleh jadi sangat garang.Boleh jugak jadi sangat baik.Itula ibu dan abah saya. Sekian

Baby yang sibuk