Nuffnang Ads

Thursday 31 May 2012

Oh no kamu !!

Assalamualaikum.

Harini dah 31 May 2012. Lagi dua bulan aku nak habiskan sisa sisa kat Audit firm yang maha menyampahkan aku ni.Pejam celik pejam celik dah nak habis tapi dalam masa pejam celik tu la betapa seksanya aku diperkotak katikkan kat sini.Push aku macam aku expert dalam segala hal.Sabor jela.

Memang stress kalau fikir pasal praktikal baik fikir pasal kahwin.Jeng jeng aku nak kahwin dgn siapa? Tula persoalan yang aku sendiri pun tak tahu.Sekarang ni kan musim orang kahwin.Sana sini ada kenduri kahwin.Orang paling busy mak aku la kan.Bukan anak dia pun nak kahwin.Tengok pelamin rumah orang ni,balik rumah mesti bagitau aku.Tengok makanan kat kenduri kahwin pon bagitau aku.Mak aku ni pun pasang angan angan yang tinggi macam mana preparation yang nak dibuat masa aku kahwin nanti.
Dahsyat mak aku ni.

Tak pernah pulak dia tanya aku ni nak kahwin dgn siapa.Yang dia tahu macamana dia nak buat masa aku kahwin nanti.Adoiii la.Ibuku tolong la cari calon suami untuk aku.Macam mana nak ada pelamin kalau calon suami pun takde.Huahua.Bunyik macam tersangat desperate la pulak.Tapi sebenarnya aku tak berapa nak kisah pun aku takde boifren.Maybe sebab dah lama tak menceburkan diri dalam arena perkapelan ni.Dan maybe jugak ramai lagi kawan kawan aku tak kahwin.Tengok la masa kau sorang je tak kahwin nanti,baru gabra kau Simaa.

Takde boifren bukan menjadi masalah aku sekarang.Tapi macam mana pulak aku boleh fikir yang suatu hari nanti aku akan jadi ANDALUSIA.Adakah tu tidak dipanggil masalah? Haha.Honestly, masalah besar aku sekarang adalah macam mana nak survive sisa sisa hidup internship aku selama 2 bulan lagi.

Mak aku pun dah naik muak dengar cerita aku pasal masalah aku kat ofis.Aku pon kadang naik muak dengar mak aku cite pasal pelamin impian mak aku tu.Haha.Mintak ampun.Hari ni jugak ex jiran aku nikah.Orang yang paling busy mak aku jugak la kan.Sekarang ni mesti dah selesai nikah.Aku pulak tengah kerja.Ergghhh menyampah.Orang lain sibuk kahwin aku pulak sibuk kat ofis yang tak berapa nak besar istana ni.
K,la .Dah pukul 2 petang.Sambung kerja..ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Friday 25 May 2012

Megan & Liz

Assalamualaikum.
Hai korang.Tadi baru cakap pasal alpa.Sekarang dah layan Youtube.Hukhuk
Tadi adik aku godek godek youtube.Terjumpa la satu video ni.Best sangat.Aku yang outdated kot.Orang lain dah lama tahu kot pasal Megan n Liz ni.Tak caya .Korang try search kat Youtube Megan & Liz.

Cekidautttt

Aku yang alpa

Assalamualaikum w.b.t

Hai korangsss.Kali ni aku nak share tentang kealpaan dan kelalaian aku sebagai hamba Allah yang kerdil di muka bumi ini.
Korang pernah tak buat sesuatu benda tapi tak pernah menjadi? Maksud aku korang dah usaha banyak kali tapi tak pernah dapat apa yang korang target.Kenapa aku tanya soalan ni? Ermmm sebab benda ni terjadi pada aku.Sebagai pelajar universiti aku tahu dan memang sangat sedar yang aku ni sangat pemalas.Kalau ada peluang nak ponteng kelas tu memang tak akan lepas la kan.Tapi aku pun ada impian macam orang lain.Nak berjaya dalam hidup.First semester kat universiti aku dapat unexpected result.Agak kebabom jugak sebab langsung tak expect dapat result yang aku rasa dunia ni aku yang punya.Bila second semester aku dah jadi overconfident so result aku pon terover jatuh la pulak.Bila dah dapat result yang mengecewakan kan tu aku dah rasa malas nak study .
Faham faham je la bila dah study pun kurang result aku pun memang kurang memberangsangkan untuk beberapa semester.Kalau tengok slip result memang nak tunjuk kat budak tadika pun malu.Memang malu tapi kesedaran kurang.Hanyut dengan dunia khayalan aku sendiri.Buku pun malas nak tengok apatah lagi nak buat mind map.Mind Map! Kaedah paling baik dan berkesan untuk aku ingat fakta fakta penting.
Pejam celik pejam celik masa tu aku dah masuk semester 6.Kesedaran tu dah ada sikit.Tapi aku tetap tak puas hati dengan result aku.Aku dah bernazar nak berpuasa kalau result semester 6 aku capai target aku.Memang capai target tapi amat la sikit.Masuk semester 7 aku dah mula semangat sikit.Assignment pun aku dah tahu nak buat sendiri.Siap boleh tolong buat untuk housemate.Baik hati tak?Walaupun aku ada la jugak ponteng kelas tapi aku dah ada semangat la nak belajar.Mind maps aku pon dah aku prepare la sikit sikit.Dan final exam semester 7 pun dah selesai.Tiba masa keluar result.Result aku tetap maintain mengecewakan aku.Jauh dari target aku walaupun aku tak failed mana mana paper pun.
Masa tengah dalam ambang result final exam, aku mesej la dengan kawan aku sorang ni.Aku cakap kat dia kenapa la result aku teruk sedangkan aku takde la malas macam dulu lagi. Dia cakap maybe ada maan mana silap aku yang aku tak sedar pernah aku buat.Aku fikir balik apa yang dia cakap tu ada betulnya.
FYI, aku ni kalau subjek menghafal boleh dikatakan terer jugak la.Bukan saja saja cakap sebab dah memang terbukti daripada PMR,SPM,matriks dan first semester kat universiti subjek subjek yang menghafal macam sejarah tu aku boleh dapat A walaupun aku ni student accounting.Dan subjek semester 7 aku tu merupakan semua subjek teori yang memerlukan daya ingatan yang kuat.Mind map dah ada,nota ringkas pon dah ada tapi langsung tak jadi.Kalau dulu bila aku dah confident aku boleh jawab mesti subjek tu aku boleh score.
Aku baru teringat yang aku tak tunaikan lagi nazar aku tu.Nazar ni merupakan janji kita kepada Allah s.w.t.Dosa kalau tak tunaikan selagi kita mampu.Nazar aku cuma berpuasa .Memang aku takde keuzuran kecuali yang tiap tiap bulan tu jela bagi perempuan sahaja.
Aku rasa tu salah satu sebab la.Macam aku ni nak main main dengan nazar aku tu.Harini merupakan hari terakhir aku berpuasa nazar aku tu.Alhamdulillah,syukur walaupun dah lama aku bernazar.Rasa macam berdosa sangat.
Kadang kadang kita tak sedar benda benda yang kita buat akan bagi kesan yang buruk pada kehidupan kita.Aku bukan la manusia sempurna tapi aku nak ingatkan diri aku sendiri.Jangan sesekali lupa pada Allah jika nak kehidupan kita diberkati.

Friday 18 May 2012

Dah lima bulan aku praktikal.Tiba tiba aku rasa sekejap la pulak masa berlau.Bermakna ada 2 bulan lagi aku kat audit firm tersebut.Memang sangat  sarat otak aku bila tiap tiap hari aku kena fikir pasal kerja yang tak siap siap kat ofis aku tu.

Paling aku stress masa aku kena audit satu company ni.Konon dengan excitednya aku just kena buat audit.Bila aku bukak akaun company tu .Kusss semangat.Ntah apa apa la dorang key in transaction.Tersabgat la malang bila aku kena adjust balik akaun company tu.Pastu director company tu pulak memang susah nak faham bila kita explain pasal dia.Dah la aku ni budak praktikal terkena pulak dengan company yang aneh aneh ni.Lagi teruk la otak aku ni nak berfungsi dengan baik.Dah la asyik kena push dengan supervisor.Tak termasuk kena sindir n kena marah lagi

Sekarang aku rasa lega sikit bila audit company tu dah nak siap.Tapi disebabkan dengan company tu jugak aku lebih memahami audit.Sebab banyak benda n proses yang aku buat untuk siapkan company tu. So untuk audit company lain aku rasa aku dah tak perlu nak tanya supervisor aku banyak banyak lagi.

Bila dah praktikal pon kerja teruk camni aku dah tak rasa nak jadi auditor.Langsung tak minat.Sekarang dah mula fikir apa nak jadi dengan aku lepas praktikal ni.Nak kerja apa ntah.Tak kerja mana nak dapat duit.Nak harap duit mak bapak dua tiga ringgit tu boleh la.

Okay la chow dulu.Nak fikir apa yang aku patut buat lepas ni.Tata

Saya Kenal Kawan Saya

Kali ni aku nak story pasal kawan@sahabat@housemate aku. Dalam ramai2 kawan dia lah satu satunya kawan yang aku tahu luar dan dalam pasal diri dia.Tipu la cakap everything tapi almost la kan.Aku kenal dia masa first year di Universiti Malaysia Terengganu.Masa tu tak kawan pon dengan dia.Tegur pon idokkk.
Second year aku tak boleh stay kat hostel.Rumate dia ni la yang tolong rekemenkan rumah sewa untuk aku sebab dia ni memang sengaja tak apply hostel.Kat rumah sewa tu lah kitorang kenal dan start berkawan kwan.Aceceh ayat berkawan kwan tak boleh blah macam berkawan kwan kat tadika je bunyinya.

Kat rumah tu dia baik dengan Ayu.Apa apa problem dia share dengan Ayu.Malang tak berbau Ayu accident.Masa tu dia tengah ada masalh dengan family.Before this dia cerita kat Ayu je.Pernah sekali Ayu terlepas cakap rahsia keluarga dia.Apalagi merajuk la orang yang bernama dia ni.Haha.Kelakar .Padahal aku dah tahu pasal rahsia tu.Aku ni jenis cepat tangkap kalau bab2 camni.Dia pulak cerita kat Ayu kuat kuat walaupun dia cakap tak straight to the point.Tapi sebenarnya dia tak tahu aku tahu apa yang dorang cakap.

Masa Ayu kat hospital dia terpaksa share cerita dia kat aku dan Sena aka housemate kitorang jugak.Dia memang tak boleh simpan gejolak yang melanda diri dia.Tapi kan aku dah cakap aku suka sangat dengar probs orang.Wakaka.

Sedikit demi sedikit aku rapat dgn dia.Dan aku tak pernah sangka pon aku boleh baik dengan dia.First impression aku dia nampak sombong dan komfem takkan pandang orh low profile cam aku ni.See Keajaiban berlaku.Akhirnya dia jadi kawan aku. Oh alangkah indahnya!.Okay tak sesuai expression itu sebab dia seorang perempuan.Hakhak.

First thing yang aku tahu pasal dia.Background famili.Normal la kan tahu pasal famili kawan kita.Setakat kenal sapa nama ayah dia, adik ,kakak, or abang kawan kawan kita.Yang specialnya aku tahu jugak allowance yang ayah dia bagi.Korang ada .Tade kan.Dia tak pernah nak show off kekayaan dia.Bagi aku la kan tapi org lain punya perception aku tak tahu la.Aku tahu pon sebab dia suka buat bajet 2010,2011,2012 bla bla.Nak byr sewa rumah,kereta,dll.Aku yang penyibuk ni memang la kena tahu kan.

Aku suka jugak ikot dia keluar jalan2 sebab dia ada kereta.Oppsss aku kawan dengan dia bukan sebab dia ada kereta atau dia anak orang kaya tapi dah ditakdirkan memang aku kena kawan dgn dia.Kawan je la kan.Bukan susah sangat pon.Dia cepat sentap, merajuk,melenting.Semua dia la.Kadang2 dia terasa dgn aku tanpa aku tak leh nak fikir apa sebabnya.Tapi aku tak layan.Lagi layan lagi lama la merajuk kan.Aku tegur dia macam biasa ,lepas tu okay la dia.Aku kan cool mana boleh ada istilah perang saudara dalam hidup aku.

Ada satu masa,aku , Sena dan dia plan nak gi Hock Kee Seng iaitu pasaraya terunggul di bumi Gong Badak berhampiran rumah sewa kitorang.Nak dijadikan cerita aku terbasuh baju baru dia yang berwarna putih suci.Eh bukan aku basuh, mesin yang basuh.Apalagi baju yang berkaler2 telah menconteng arang keatas baju dia.Apalagi mengamuk la dia.Terus cancel pergi Hock Kee Seng.Rasa bersalah jugak aku.Tapi untuk sedapkan hati diri sendiri, aku cakap kat diri aku, 'Sape suruh tak check dulu baju yang ada dalam baldi'.Tapi aku tetap bertanggungjawab keatas baju2 dalam mesin basuh dengan membasuh baju baru dia dengan tangan dan akhirnya baju baru putihnya terus berwarna putih.

Pasal coursemate dia pon aku tahu gak sebenarnya.Dia ada bff.Acap namanya.Dorang ni tak tau la teman tapi mesra ke, teman suam2 kuku kaki beliau ke.Tapi aku tahu dorang kamcing.Sharing is caring jugak la dorang ni.Tapi sayangnya hubungan dorang terbatas ~ tidak lebih dari seorang kawan.Kalau kapel macam tak sesuai pulak sebab Acap sesuai dgn aku.Hakhak.Mintak ampun kepada yang berkenaan.

Tu baru sorang.Ramai lagi aku kenal menerusi mulut dia.Banyak mulut betul kawan aku sorang ni.Aku jugak tahu rahsia terbesar dia.Percaya tak percaya aku dgn cite dia tu.Tapi yang penting aku zip mulut aku dari berkata kata.So dun worry happy go lucky.Bak kata Apek Senario.

Tapi yang paling penting aku tak ingat pon bila besday dia.Dan dengan konfidennya aku tahu dia pon tak tahu bila besday aku.Sebab kalau dekat u biasanya kosmet yang baik ngan aku je selalu prank n selebret besday aku.

Ehhh bila dah buat karangan bahasa melayu porak peranda ni terpikir pulak nape la aku tulis pasal dia.Special sangat ke.? FYI, memang kawan kawan aku semua ade kespecialan masing masing .Masa aku tulis ni pon Cik Diana oi aku tengah dgr koleksi lagu My Ggirlfriend is A Gumiho.Amik feel.~ tuviru viru rafa.~ Cik Diana adalah merujuk kepada individu yang bernama kawan aku ni.


Walaupun baru kenal tak sampai 4 tahun lagi rasanya tapi kitorang dah boleh get along.Boleh ke Diana oi? Haha..

Masa mula mula dulu aku tak caya jugak aku boleh kawan dengan dia ni.Maybe sebab aku nampak dia ni sangat sombong ,bongkak lagi anggun. (Anggun tu hanya penyedap ayat.Sebenarnya mu ni insan kacak Diana haha).Tapi dalam sejarah perkawanan dan persahabatan aku  memang ada kawan kawan yang aku tak sangka langsung boleh jadi kawan apatah lagi teman bergosip mahupun bergurau senda.Salah sorang dia ni la.One more thing sebelum aku kenal dia aku dengar story mory yang tak best pasal dia.Bila dah kenal aku rasa macam okay je la.Tak la seteruk aku dengar.Dont judge book but its cover.Eh macam tersalah idiom je ni.Hakhak..

Nota kaki : Deana weh kalu mu terbaca entry ni diharap kisah aku tulis ni benar benar blako la.Semoga aku dok menokok mahupun menambah segala .Kalu ade pon sku bermohon dihalalkan.Ampun tuanku.


ADIOS









Monday 7 May 2012

Entry malas

Hai korang!
Dah lama tahap gaban tak menerokai alam blog ni.Eh bukan tak teroka tapi aku yang malsa nak tulis blog.Dok usha blog blogger lain je.Almaklumlah sekarang ni kerja menjadi benda paling penting dalam hidup aku.Bunyik macam workaholic tapi sebenarnya terpaksa.Balik kerja dalam kepala tahu nak tidur je.Bukan culture shock workshock atau seumpamanya tapi memang penat kot kat tempat kerja.Baru intern je Simaa oi tak betul betul kerja lagi.Tapi kerja aku ni tak kira intern ke staff ke takde bezanya .Kerja tetap banyak.Elaun mantain .(Takde la skim kenaikan elaun kan.Jangan mimpi)

Harini aku tersalah apa ntah tiba2 file aku corupt.Nasib baik ada backup.Konon malam ni nak buat kerja stay up sampai pagi.Esok kerja mata bengkak ala ala Ju-On.Ju-on mata bengkak ke?Tiba tiba macam tade mood.So tutup kerja then on9.Komited terhadap kerja kan aku? Kerja pejabat tak sepatutnya bawak balik rumah! Sebeb aku tahu aku takkan buat tapi biasalah aku suka memberi harapan palsu terhadap diri sendiri.Kononnya balik rumah walau apa sekalipun aku kena buat kerja sampai siap.

Lepas internship ni aku tak tahu nak kerja apa.Audit mengaudit ni bukan jiwa aku la.Bukan nak memilih kerja tapi kalau dah buat kerja yang memang buat kepala aku kacau bilau, tak happy, gundah gulana dan macam-macam ribut taufan yang lain, baik aku tak payah buat. Sekarang aku dah kena fikir mana hala tuju aku.Memang aku tak suka kerja aku sekarang.Aku tak tahu la tempat lain macam mana.Tapi aku rasa sama je kot. Dan aku memang sangat2 tak sabar nk habiskan internship aku ni .Nasib baik aku tak sempat puasa kat ofis.Lepas raya baru aku akan cari kerja.Gila kan haha.

Okaylah chow kit road dulu.Nak kacau mak aku dulu sebelum aku tido.Selamat malam jika baca waktu malam .