Nuffnang Ads

Sunday 11 December 2011

Ohhhhhh Zahiril *Hugssss

Comel
Assalamualaikum. Hai.

Dua, tiga hari ni suka sangat aku update belog buruk ni . Sebab terlalu banyak kerja kena buat, so conteng-conteng kat sini boleh release kan aku punya kestressan.

Actually, aku nak share dengan korang-korang pasal keminatan aku kat Zahiril Adzim.Kenal kan?Tak kenal sila tak payah baca entry ni. Bagi aku Zahiril ni memang berbakat. Kalau dia bawak watak nerd, or naive mmmg kesian betol muka dia. memang real la wa cakap lu.

Aku start minat kat Zahiril ataupun nama timang timangannya adalah Bob(maybe dolu dolu dia ni gemuk kot.Bagi aku orang gemuk je sesuai dgn nama Bob ni .Memandai je kan.Haha.) masa dia berlakon dalam Kami the Sries. Watak dia dalam tu adalah Boy. Suke kot dia dalam tu.berlagak cam jahat sangat.Yang kelakar ada hati nak improve English.Disebabkan jadi watak pembantu je dalam series ni, Bob dah teercalon sekaligus memenagi Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik-Festival Malaysia Ke 22. Congratss ler.


Next drama, aku tengok Merah Putih pukul 4.30 pm. Dalam tu dia jadi Merah.Jugak la jahat. Menjadi je watak jahat dia sebab aku benci dia mase tu.Benci kat Merah la kan bukan kat Bob.

Aku pon layan drama Juvana.Time tu aku tak minat Johan lagi tau. Pastu movie Tolongg Awek aku Pontianak, Senjakala, Gadoh, Kami the Movie and Karaoke. Ni semua dia pegang watak utama.Walaupun dia ni hero yang tak sehensem Aaron Aziz,Remy Ishak tetapi dia cute.Cane dia nak jadi hensem kan sebab badan dia kecik je.Papepon Bob tetap the best dan boleh jugak pegak watak utama.Kelass kau Bob.

Malas nak cerita panjang panjang.The rest biar je aku simpan dan tahu sorang sorang.Bajet Bob ni kau punya sorang kan Simaa.Frust sebab Bob dah kawen dgn orang lain.Syera Ayob yang jugak comel.Nasib baik comel kan.Hee.So layan la pics dibawah yang aku curik dari sumber sumber gosip di Malaysia.Credit to Ncik Google kerana sudi membantu.Haha.






Merah Putih

6 Progresif

Pre wedding.Sweet
Puisi Bob buat Syera sebak



Puisi Zahiril buat Shera

"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku." 






No comments:

Post a Comment

Little kiss