Nuffnang Ads

Sunday 25 September 2011

L.E.L.A.K.I.

Kenapa susah sangat nak jumpa lelaki yang betul-betul serasi dengan aku? Selalu je jumpa dengan lelaki yang mudah sangat cakap sayang dan cinta aku. Pelik kalau baru kenal dah mintak couple. Macam main game je. Nak terima tu senang tapi boleh bertahan lama ke? Yang paling menyampah baru kenal tak sampai seminggu dah ajak couple. Aku tahu mesti ramai je yang okay tapi nasib aku malng sikit. Asyik jumpa yang satu spesies yang sama perangai dan skill mengayat. Aku still tertunggu - tunggu someone yang boleh aku terima dia seadanya. Huhu..
Bila mengadu kat ibu. Mesti ibu cakap, tak payah risau, muda lagi kan. Betul je apa yang ibu cakap tapi kadang-kadang teringin jugak kan? Aku takde adik beradik perempuan yang sebaya nak mengadu nasib aku ni. So, kadang-kadang ibu la kena dengar luahan perasaan aku ni. Nasib baik ibu sporting. Ada jugak la tempat aku nak story pasal love story aku yang malang ni..

Friday 23 September 2011

K.H.A.M.I.S

 Tiba-tiba je nak tulis pasal kejadian semalam yang dah berlalu 2 jam 2 minit.

Di bawah tentatif progran program pada hari tersebut:

Khamis,22 Sept 2011

7.15 - pendaftaran pelajar di foyer fpe

8.00 - majlis bermula

8.30 - minum pagi

9.00 - program mentor mentee

10.30 - thn 1 masuk dlm auditorium utk taklimat dgn Dr hafizah 


thn 2,3,4 di foyer taklimat bersama mr jaya kumar

11.30 - thn 4 msuk dlm audi utk taklimat LI bwrsama Dr hafizah

thn 1,2,3 di foyer fpe utk ambil gmbr kelas

1.00 - makan


 Tapi pukul 9.00 pagi baru aku bangun.Siap punya siap pukul 10 lebih jugak la baru nak gerak dari rumah sewa ke kampus.Pompuan kan memang lain mcm sikit kalau  bersiap.nampaknye banyak mende jugak la aku ter'missed' untuk program semalam. Tapi matlamat aku satu je nak pergi program tu.Aku nak dengar taklimat pasal LI. Boleh dikira masa depan aku untuk semester tahun depan. Takut jugak la bila fikir pasal internship ni.Banyak mende kena buat kot. Salah gaya tak boleh la aku nak internship.
 Lepas taklimat dengan excited nya aku dan Sena nak turun makan kat bawah.Tak tahu la pulak sampai kena beratur panjang.Terus mood kitorang hilang selera nak makan.Kitorang pun bercita-cita setinggi Bukit Tunggal nak makan McD kt terminal bas sebbab kitorang plan nak balik after program tu.
 Boyfren Sena dah janji nak hantar kitorang kat terminal (maybe Zack aka bf sena nak hantar sena je kot )hehe.Lambat pulak dia sampai nak ambik kitorang kat rumah.Adoi.Sampai je kat Terminal, bas dah get ready nak gerak.Dengan perut laparnye terpaksa la naik bas dengan perut lapar.Nasib baiklah semangat nak balik rumah tu ada.Kalau tak mau  mati kebulur aku dalam bas tu.
Papepon,berjaya jugak aku balik rumah.Apa lagi qada makan la bila sampai rumah.


p/s:  thank you zack and Kamarul coz hantar     kitorang tadi

Monday 19 September 2011

each difficulty there is a RELIEF

Dah seminggu aku di bumi Gong Badak.Bermakna aku dah memulakan satu life baru sama seperti 6 sem yang dah aku lalui.terasa berat jugak kepala,muka dan semua anggota badan nak pergi kelas.Dah ada dua, tiga kelas jugak la aku dah skip without a reasonable reason.Ermmm,apa nak jadi ni SIMAASYAMIMI...
  
Tapi aku baru je terniat nak buat mende yang berfaedah malam ni.Harap-harap terlaksana jugak la impian murni yang aku nawaitu kan itu..Ehh, betul ke word yang aku guna tu.Mau tak nanges cikgu-cikgu BM kat seantero dunia.Lepas tulis blog ni aku harap aku boleh ubah hidup aku daripada tak berguna langsung pada yang lebih berguna sikit.Sikit??Erm, sikit pon jadila..