Nuffnang Ads

Wednesday 16 December 2015

Jom kan sik ! Uwerkkkkk

 Assalamualaikum .

Hai uols...

Ibu aku orang Terengganu. Abah orang Pahang. Aku mix la kan? Hihi. Aku bernombor IC 11 kat tengah. Declare terus orang Terengganu. Dibesarkan pun memang di bumi Terengganu Draul Iman.

Aku sebenarnya ada la perasan orang orang Terengganu ni kalau up status kat fb or twitter or add caption kat instagram ada certain words yang aku rasa macam annoying. Aku bukan menyampah dengan dialek Terengganu tu. Sebab aku sendiri pun bertutur dalam dialek Terengganu dan Kelantan. Ibu orang besut (dialek ofkos tend to Kelantanese). Nak tau tak words apa aku yang tak suka tu. Contoh :

1. Jom makan sik ! / Jom kan sik !
Maksud : Jom makan nasik. 

2. Jom lik!
Maksud : Jom balik !

Ini lah yang biasa aku baca. Ada lagi kot cuma dah lupa. Aku tak tau la mungkin orang yang tulis camni memang jenis cakap camni. Sebab aku tak cakap macam ni. Aku cakap, ' Jom makang nasik / Jom make nasik. Takde short words macam tu. Macam geli puleks . Jangan condemn aku uols. Ni cuma apa yang aku rasa. Bagi aku tak kisah nak cakap dialek apa pon sebab aku sendiri banyak dialek aku cakap asalkan macam tak guna word hujung2 tu.

K, tata uols.


Friday 20 November 2015

Sesat tapi berjaya

Pejam celik pejam celik dah tengah bulan dah. Kejap sangat. Baru je masuk 26 tahun . Dah nak masuk tahun 2016. Dah jadi 27 tahun walaupun tarikh lahir dah hujung hujung bulan. sebenarnya, usia tu hanya angka. Umur meningkat tak semestinya muka berkedut tetapi anjakan paradigma tu penting. Perubahan ke arah positif amat penting untuk diri sendiri. Malangnya perubahan yang aku buat tak banyak pun. Sedih kan? Sob sob sob.

Entry sebelum ni aku ada story pasal nak attend interview atau course kan? Jawapannya adalah aku pergi je kedua dua sekali. Aku skip sesi petang untuk course AFFIN BANK tu. Aku pergi interview tu. Dari pagi banyak sangat dugaan tau. Aku memang sejenis yang susah sangat nak ingat jalan. Aku tak tahu kenapa. Macam kena sumpah je. Nak ke Kuantan pun sesat weh. Adala 3 kali sesat baru sampai Zenith Hotel. Itupun Allah bagi kemudahan sebab kitorang cool je walaupun salah masuk jalan. Alhamdulillah. Lewat sejam . Tapi biasalah ramai je yang datang masa kitorang sampai. Dah agak dah. Susah betul melayu nak punctual. Opss.

Masa masuk kat lobi tu aku terus ke receptionist mintak no tepon cab. Bapak mahal. Tapi berkorban kononnya demi masa depan. Wakakaka. Dah mintak kawan hantar tapi takpela kesian jugak rushing time lunch hour. Kebetulan dia pun banyak kerja. Jalan Kuantan ni one way. Klaau tak memang dah sah sah aku drive sendiri ke Etiqa tu. Takde lah aku membuang duit dengan driver yang sebenarnya tak tahu jalan. Tepat tepat pukul 2 petang baru aku sampai kat depan Etiqa tu. Memang cuak gilaaaa. Tu pun aku yang gitau driver tu Etiqa ni sederet Mydin.( Kan aku dah cakap kalau bukan one way memang aku tahu nak pergi bangunan Etiqa ni . Bila dah one way terpaksa lalu jalan lain).Kalau tak pukul 7 pon belum tentu jumpa. Tension sangat weh.

Dah register sebagai interviewee dan siap present lagi kau this time. Nampak samar samar gak harapan tu. Alhamdulillah dengan dugaan yang aku lalui dalam masa sehari tu (nasib baik masa balik smooth je. Takde pulak sesat bagai.)aku dapat kerja ni weh ! Tapi skop kerja tu tak berapa sesuai dengan aku la.  Gaji dah okay tapi untuk dapat gaji selumayan itu kau kena achieve target. Gila! Aku fikir kereta nak kena bayar every month. Servis kereta bapak mahal. Duit ptptn (padahal baru je berjinak jinak nak bayar), keperluan peribadi yang wajib (wajib pun botak jugak kepala). Fikir balik, tak jadi la. Kalau ikutkan aku ada training hujung bulan ni. 5 hari. Lepas tu mungkin bulan 12 dah start kerja. Aku percaya pada rezeki. Bukan rezeki aku. Kalau ada basic takpe. Ni takde. Susah la nanti. Tak achieve target kena reject. Menggagau la aku. Skop kerja ni kau kena jual produk takaful pada prospek. Kau ingat senang ke? Aku setiap kali orang insurans call , aku reject, aku angkat then aku biar dorang cakap sorang sorang. Nanti karma. Mesti prospek buat macam tu kat aku. Kah kah kah.

Itulah pengalaman aku. Rare jugak tu. Scary pon ye jugak.Tapi sebenarnya itu pengalaman awesome . Ingat balik rasa nak gelak. Moral of the story, hadapi masalah dengan senyuman. Sabar itu separuh daripada iman. Ada hikmah. Hikmahnya, aku berjaya! :) :) :)




Saturday 24 October 2015

Keluh dan kesah. Ada aku kesah



Makin hari makin berdebar.
Makin dekat makin gila.
Erghhhhh !!!

Mengadu kat dia. Macam tak nak layan je. I know the reason why he acted like that!
Bosan nak melayan yang aku buat sesuatu makin complicated  dan tak rela (kerana terpaksa aku relakan, gittew).

Aku memang keluh kesah jugak ni. Dup dap dup dap. Hati tak tenteram. Minda bercelaru. Semoga 29/10/2015 berlalu dengan pantas. Berlalu dengan gemilang . Itu yang penting.

Semasa menaip entry boring ini jam menunjukkan 11.40 am waktu Malaysia. Tazabar tunggu pukul 1 waktu Malaysia. Nak meet someone. This is a routine uolss.

okay, tata !

Friday 23 October 2015

Interview versus Courses

Assalamualaikum.

Sangat bersawang blog iols ni. Dua tiga minggu ni rasa mood berkurang untuk buat segala aktiviti dan lain kerja secara efektif. Minggu lepas demam. Lemau. Lepas demam pun terus konsisten demam uolss.
Semalam saya dapat invitation untuk interview di Kuantan sebagai FINANCIAL CONSELLOR EXECUTIVE. Aishhh sebenarnya nak pitam jugak bila fikir hari interview nanti. Pada hari yang sama jugak saya perlu attend course Affin Bank di Zenith Hotel di Kuantan. Nasib baik Kuantan jugak. Sesi petang harusku skip ke interview.

Jawatan untuk interview ni agak mencabar bagi akalku. Tak pernah pun keluar skop dari jawatan account. Jawatan ni more to banking. Advisor pulak tu. Hmmm. Takpe take it as a challenge. Cakap nak keluar dari comfort zone. Nak cari kerja yang boleh buat saya lebih buka mata dengan dunia luar dan cari pengalaman sebanyak mungkin. Sementara membujang ni bolehlah nak buat apa yang kita suka. Tak gitu.


Saya harap 29/10/2015, semuanya berjalan lancar. Dahlah tak kenal jalan. Bukan tak pernah pergi Kuantan. Dulu pun bertahun study kat Kuantan tapi memang sejak azali jenis spesies yang susah nak ingat jalan. Terpaksa cari alternatif untuk ke tempat interview. Ya Alah, permudahkanlah aku untuk menghadapi hari itu. Semoga berjalan lancar. AMIN.



Saturday 15 August 2015

Oh no ! Senggugut

Assalamualaikum.

Hai korang.
Harini saya kerja. Sabtu pun kerja tau tapi halfday je. Alhamdulillah. Nasib baik dapat halfday. Selalu lah bersyukur dengan apa yang kita ada. Hihi.

Perempuan kat setiap bulan memang wajib la datang bulan. Iols straight to the point terus Hihi.

Bila dah tiba waktu tu macam macam kesakitan yang ada. Kalau saya ni jenis yang senggugut yang biasa biasa je. Rasa jugak sakit tapi takde lah sampai tak boleh buat kerja atau bergerak. Boleh control lagi.

Ada sesetengah pulak memang sampai tak boleh buat apa. Nak berdiri pun tak boleh. Nangis nangis pun ada. Itu biasa dan bukan dibuat buat.

Ada pelbagai cara jugak nak kurangkan sakit ni.

Antaranya letak something yang panas atas perut.Laptop misalnya. Jangan kau letak seterika or kuali panas pulak. Lain jadinya. Sebab saya pernah try tapi tak tau lah dari segi perubatan okay ke tak buat camni. kot kot ada side effect. Just nak legakan kesakitan je. Pastu minum air suam. Pon okay. Ni ikut pengalaman saya la. Urutan dengan minyak panas pon boleh jugak.

Saya tak ambik pil period pain kaler pink tu. Ada orang cakap tak elok sangat kalau kerap sangat ambil.




Korang boleh jugak try set suplemen kat bawah ni. Suplemen semulajadi daripada shaklee. InshaAllah membantu.



Kalau nak cuba dan nak penerangan yang lebih details boleh hubungi saya di :

0139185868 call/whatsApp

Facebook sila klik je link syamimi tu
syamimi

Friday 14 August 2015

Basic H. Kegunaan & Manfaat.

Assalamualaikum w.b.t.


Hai korang. Dah lama tak share tentang kebaikan produk SHAKLEE. Haaa dah start jiwa usahawan dah simaasyamimi ni. Hihi.

Okay minggu ni memang terkezut jugak dek penangan basic H.
Korang tau tak apa itu basic H?
Dengan kata mudah adalah sejenis pencuci serbaguna dimana dapat mencuci dan menanggalkan kotoran dengan begitu berkesan .
Dan yang sangat penting adalah tiada bahan kimia dan tidak meninggalkan bau sabun.


Tak percaya ke?
Saya pada mulanya cuba iklankan tentang kebaikan basic H ni dengan memberi contoh puting dan botol susu baby.
Ramai berpusu pusu pm saya bertanyakan harga dan fungsinya.
Jawablah saya dengan penuh kesabaran dan kongsi tentang faedah bila korang guna basic H ni.

Customer pertama saya bulan ni beli basic H. Sampai harini terus guna. Kemudian esok hari bagi feedback yang sangat memberangsangkan. Teruja iols lebih daripada customer tu sendiri. Mana tidaknya, bila dapat positive feedback daripada customer, itulah saat paling berharga dalam business ni. Tak dapat dibeli dikedai dan takde orang jual pun.






testimoni uols


Selain daripada basuh putih tu, banyak lagi benda berfaedah yang boleh korang buat daripada basic H ni. Antaranya :

1. membersihkan kasut sekolah anak anak yang berkerak itu.
2. cuci peti yang bersepah dan berbau itu.
3. menyegarkan sayuran dan buahan dalam peti ais
4. membuat air siraman tanaman seperti baja
5. cuci lanta
6. banyak lagi bak hanggg.

Harga sangat berpatutan. Kalau uols nak tau lebih lanjut. Sila whatsapp saya 0139185868


Wednesday 29 July 2015

Instinct

Hai hai hai uolls.


Kembali lagi aku kat sini. Hihi. Ada mood iolss update entry. Kalau takde biarkan bersawang je blog aku ni.

Korang tau apa itu instinct? Naluri? Sama je kan cuma ditranslate je.

Tak kisah la instinct, naluri, firasat bla bla bla asalkan sampai maksud yang kau nak bagitau dan rasa tu.

Aku ni selalu suspicious kat dia. Kesian dia. Keh keh keh. Nasiblah kan.

Contoh situasi :

Aku rasa dia macam tak layan aku je harini. Macam tak tanya khabar je. Macam tak caring je.

Padahal memang every morning aku akan dapat morning wish. Alangkah tak bersyukurnya aku ni.

Pastu aku pun mula la buat perangai. Acah acah protes sebab rasa kurang disayangi dan diberi perhatian.

Memang mengada dan gedik sangat perangai kau, cmaa,mimi,misah or whatever je nickname aku. Hahaha.

Yela jauh dari mata. Memang perasaan bukan bukan tu akan menyelubungi. Satu hal lagi , dulu aku dan dia

satu ofis. Ofismet la kirenya kitorang ni. Memang everyday jumpa. Nak pergi kerja semangat

sebab boleh jumpa dia. Lunch sama sama tanpa missed kecuali ada hal yang tak dapat dielakkan.

Aku dah terbiasa dengan keadaan macam tu. Bila dah jauh (jauh sikit je pon .Cuma tak dapat jumpa hari

hari macam dulu. Sekali seminggu sahaja. T_T ...

Bila dah aku acah acah protes. Akan timbul pergaduhan. Bila dah boring sangat bergaduh. Barulah ada sesi

luahan apa yang terbuku di hati. Terutamanya akulah. Dah jemu protes, merajuk , barulah aku nak hati ke

hati. Tapi aku mengaku la dengan instinct aku yang tak berapa nak jadi tu mencetuskan letusan gunung

berapi pada kitorang ni. Dia pon keras hati jugak. Aku ni lagi lah. Susah betul nak beralah. Haha. Nasib dia

la dapat aku.


Ada lagi la situasi yang melibatkan instinct ni. Tapi aku kadang kadang yakin apa yang aku rasa tu almost

salah. confident level tu bukan la kat tangga teratas pon cuma bila aku dah nampak apa yang dia buat,

apa yang dah kitorang lalui bersama, serba sedikit ada jugak rasa kepercayaan dan boleh mmbuat tuduhan

yang aku punca pergaduhan yang sebenar. Hihihi.

Sebab sayang kot masih bertahan. Bukan sayang sekadar sayang. Sayang memang ikhlas. Ada jugak

buddies aku gitau. Kalau kau dah nampak macam tak sehaluan .Better move on. Tak payah sebab cinta kau

nak bertahan sampai jiwa kau sakit.

Betul la tu kan? Cuma dalam realtionship kitorang ni, sebebnarnya takde la isu yang sangat besar sampai

decide dah bawak haluan masing masing. 2 tahun lebih kot. (ikot sejarah perkapelan aku, 2 tahun ni

memang boleh masuk book of record. sebab before this, setahun jela kot mampu bertahan), takkan mudah

je kau capai kata putus.

Aku pon tak pernah bosan dengan dia. Jumpa la sejam sekali pun. Aku tak pernah rasa meluat.

So, takde makna la disebabkan instinct aku yang tak segah mana tu, kemudian jadi punca pergaduhan,

lepas  tu nak break off. No! No ! No!  Bukan mudah nak lepas orang kita sayang. Bukan mudah jugak nak

hilang rasa sayang yang betul betul aku rasa seikhlas hati.



Moral of the story : instinct tu kadangkala betul. Terutamanya isteri dan ibu terhadap suami dan anak anak

dorang. Cuma sebelum serang hendap tu, baik kau usha dari jauh dulu. Bila dah sesuka hati kau terjah

thats why la jadi huru hara dunia.

Pastu kau jangan nak acah acah kau seorang isteri yang mempunya daya instinct yang kuat terhadap suami

kau. Sebab kau belum lagi menjadi yang sah untuk dia. Kadang kadang itu semua permainan syaitan

bertanduk tanduk.

Okay uoolss. Selesai satu entry aku hahaha. Dah boleh sambung kerja balik.