Nuffnang Ads

Friday, 20 November 2015

Sesat tapi berjaya

Pejam celik pejam celik dah tengah bulan dah. Kejap sangat. Baru je masuk 26 tahun . Dah nak masuk tahun 2016. Dah jadi 27 tahun walaupun tarikh lahir dah hujung hujung bulan. sebenarnya, usia tu hanya angka. Umur meningkat tak semestinya muka berkedut tetapi anjakan paradigma tu penting. Perubahan ke arah positif amat penting untuk diri sendiri. Malangnya perubahan yang aku buat tak banyak pun. Sedih kan? Sob sob sob.

Entry sebelum ni aku ada story pasal nak attend interview atau course kan? Jawapannya adalah aku pergi je kedua dua sekali. Aku skip sesi petang untuk course AFFIN BANK tu. Aku pergi interview tu. Dari pagi banyak sangat dugaan tau. Aku memang sejenis yang susah sangat nak ingat jalan. Aku tak tahu kenapa. Macam kena sumpah je. Nak ke Kuantan pun sesat weh. Adala 3 kali sesat baru sampai Zenith Hotel. Itupun Allah bagi kemudahan sebab kitorang cool je walaupun salah masuk jalan. Alhamdulillah. Lewat sejam . Tapi biasalah ramai je yang datang masa kitorang sampai. Dah agak dah. Susah betul melayu nak punctual. Opss.

Masa masuk kat lobi tu aku terus ke receptionist mintak no tepon cab. Bapak mahal. Tapi berkorban kononnya demi masa depan. Wakakaka. Dah mintak kawan hantar tapi takpela kesian jugak rushing time lunch hour. Kebetulan dia pun banyak kerja. Jalan Kuantan ni one way. Klaau tak memang dah sah sah aku drive sendiri ke Etiqa tu. Takde lah aku membuang duit dengan driver yang sebenarnya tak tahu jalan. Tepat tepat pukul 2 petang baru aku sampai kat depan Etiqa tu. Memang cuak gilaaaa. Tu pun aku yang gitau driver tu Etiqa ni sederet Mydin.( Kan aku dah cakap kalau bukan one way memang aku tahu nak pergi bangunan Etiqa ni . Bila dah one way terpaksa lalu jalan lain).Kalau tak pukul 7 pon belum tentu jumpa. Tension sangat weh.

Dah register sebagai interviewee dan siap present lagi kau this time. Nampak samar samar gak harapan tu. Alhamdulillah dengan dugaan yang aku lalui dalam masa sehari tu (nasib baik masa balik smooth je. Takde pulak sesat bagai.)aku dapat kerja ni weh ! Tapi skop kerja tu tak berapa sesuai dengan aku la.  Gaji dah okay tapi untuk dapat gaji selumayan itu kau kena achieve target. Gila! Aku fikir kereta nak kena bayar every month. Servis kereta bapak mahal. Duit ptptn (padahal baru je berjinak jinak nak bayar), keperluan peribadi yang wajib (wajib pun botak jugak kepala). Fikir balik, tak jadi la. Kalau ikutkan aku ada training hujung bulan ni. 5 hari. Lepas tu mungkin bulan 12 dah start kerja. Aku percaya pada rezeki. Bukan rezeki aku. Kalau ada basic takpe. Ni takde. Susah la nanti. Tak achieve target kena reject. Menggagau la aku. Skop kerja ni kau kena jual produk takaful pada prospek. Kau ingat senang ke? Aku setiap kali orang insurans call , aku reject, aku angkat then aku biar dorang cakap sorang sorang. Nanti karma. Mesti prospek buat macam tu kat aku. Kah kah kah.

Itulah pengalaman aku. Rare jugak tu. Scary pon ye jugak.Tapi sebenarnya itu pengalaman awesome . Ingat balik rasa nak gelak. Moral of the story, hadapi masalah dengan senyuman. Sabar itu separuh daripada iman. Ada hikmah. Hikmahnya, aku berjaya! :) :) :)




No comments:

Post a Comment

Little kiss