Nuffnang Ads

Friday 23 October 2015

Interview versus Courses

Assalamualaikum.

Sangat bersawang blog iols ni. Dua tiga minggu ni rasa mood berkurang untuk buat segala aktiviti dan lain kerja secara efektif. Minggu lepas demam. Lemau. Lepas demam pun terus konsisten demam uolss.
Semalam saya dapat invitation untuk interview di Kuantan sebagai FINANCIAL CONSELLOR EXECUTIVE. Aishhh sebenarnya nak pitam jugak bila fikir hari interview nanti. Pada hari yang sama jugak saya perlu attend course Affin Bank di Zenith Hotel di Kuantan. Nasib baik Kuantan jugak. Sesi petang harusku skip ke interview.

Jawatan untuk interview ni agak mencabar bagi akalku. Tak pernah pun keluar skop dari jawatan account. Jawatan ni more to banking. Advisor pulak tu. Hmmm. Takpe take it as a challenge. Cakap nak keluar dari comfort zone. Nak cari kerja yang boleh buat saya lebih buka mata dengan dunia luar dan cari pengalaman sebanyak mungkin. Sementara membujang ni bolehlah nak buat apa yang kita suka. Tak gitu.


Saya harap 29/10/2015, semuanya berjalan lancar. Dahlah tak kenal jalan. Bukan tak pernah pergi Kuantan. Dulu pun bertahun study kat Kuantan tapi memang sejak azali jenis spesies yang susah nak ingat jalan. Terpaksa cari alternatif untuk ke tempat interview. Ya Alah, permudahkanlah aku untuk menghadapi hari itu. Semoga berjalan lancar. AMIN.



No comments:

Post a Comment

Little kiss