Nuffnang Ads

Monday, 13 February 2012

Luahan Rasa

Semua orang mahu hidup mewah.Kemewahan yang dimiliki mungkin disebabkan 'luck' seseorang atau usaha gigih individu itu sendiri.Bunyi macam materealistik bila dikaitkan dengan wang ringgit.Tapi dunia kini amat bergantung kepada wang dimana ia mendahului kasih sayang.Cuba korang lihat disekeliling ,semua benda walau sebesar zarah pun memerlukan wang untuk mendapatkan dan memilikinya.Bergerak juga perlukan wang.Sekarang manusia sudah tidak menggunakan kudrat kaki untuk kesana ke mari.Semuanya menggunakan kemudahan yang ada.Tanpa wang hidup akan terkontang kanting di era ini.Lihat sendiri di TV yang memaparkan program realiti yang membongkar kisah hidup individu atau sekelompok manusia yang yang hidup merempat, merana akibat kemiskinan.Tidak dinafikan, kasih sayang amat penting dalam kehidupan namun tanpa wang kasih sayang akan goyah.Kadangkala akan boleh bertukar menjadi satu kebencian.


Sungguh panjang mukaddimah aku.Penat korang membaca, penat lagi aku menaip.Fuhhh!!( sambil lap peluh kat dahi ~ at depan kipas) Sebenarnya aku nak share luahan rasa hati dan sedikit pengalaman yang melibatkan wang. Aku dan family hidup dalam penuh kesederhanaan.Aku sering stress memikirkannya apabila kemahuanku kadangkala tersekat akibat wang.Dulu aku bersekolah di asrama penuh yang merangkumi pelbagai taraf pelajar.Di sana bermulalah kehidupan aku yang berliku liku lagi bercabang cabang.Aku seorang yang sangat tak pandai nak menguruskan wang dengan baik.Orang selalu cakap 'Budak akaun pun tak pandai manage duit ke?' Ada kaitan ke?Tak sampai sebulan duit aku dah habis.Padahal kat asrama dah sediakan makanan 6 kali sehari kot.Akibat nafsu makan yang menebal ditamabah pulak makanan yang memamg langsung tak penuhi taste aku membuatkan aku selalu je pergi meng habiskan duit kat kafe sekolah.Takpon beli nasi lemak kat makcik yang menjaja kat sekolah aku.Time nak mintak duit kat ayah aku la situasi yang paling rumit sekali.Nak fikir alasan terbaik kenapa habis duit cepat sangat.Tula kau belanja overdos sangat.


Zaman dah berubah.Setiap orang semua nak memiliki handphone.Tak terkecuali aku.Tapi masa sekolah dulu takde la ramai sangat pakai handphone,Tak macam budak budak sekarang.Celik celik mata komfem dapat handphone.Bukan handphone murah murah.Smartphone kot.Sesekali aku terfikir nak jugak sebijik memandangkan aku ni duduk asrama ,jauh pulak tu dari rumah.Tapi takde kekuatan nak mintak.Dalam adik beradik,aku paling tak meminta minta.Sebabnya aku takut kena marah.Bagi aku daripada kena marah baik aku pendam je.Betul kata orang memndam rasa ni boleh makan diri.Stress tak hingat la kalau benda yang aku nak tak dapatBiasalah budak baru nak remaja memang angin lain macam sikit.


Masa kat universiti pon stress pasal duit jugak.Kalau pasal buku takpe la berhabis ayah aku memang tak kisah.Tapi nak benda lain kena control la babe.Time kat uni jugak la ayah aku nak pencen.Dia nak pencen awal.Stress jugak mula mula dapat tahu sebab aku terfikir kesengsaraan aku nanti.Ayah aku ni jenis berpegang pada prinsip bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian dan belanja ikut keperluan bukan kehendak. Kalau tak takkan dia dapat buat 3 buah rumah sendiri.Sebuah buat loan, dua buah lagi dengan separuh duit gaji dia.Korang boleh imagine tak gaji ayah aku RM 3*** je bukannya RM10k.Memang saving betul time tu.Dia taknak buat loan lagi sebab nanti pencen dia tak payah fikir pasal hutang.Ayah aku sebenarnya layak jadi perancang ekonomi negara.Haha.Aku memang dapat PTPTN tapi korang ingat cukup ke? Dah la bab2 nak control perbelanjaan ni aku tak reti. Psstt sebenarnya aku ikut gene mak aku .Tak caya? Tanya dia sendiri.


Namun setahun dua ni aku lega sikit.Even ayah aku dah pencen tapi parent aku ada side income.So, tade lah depends on duit pencen plus 1/2 duit gaji.Means gaji ayah aku dulu dapat 1/2 je bila pencen.Aku pon dah praktikal sekarang.InsyaAllah kalau tak sangkut mana mana paper, grad la aku tahun ni.Amin


Daripada kisah hidup aku ni, memang patutlah aku rasa nak bermewah mewah.Bukan tak bersyukur apa yanga da.Namun tak salah kan untuk memajukan diri sendiri.Bila aku dah ada anak nanti, aku taknak la dorang jadi macam aku .Asyik stress fikir pasal duit .Pasal duit hidup boleh akcau bilau.Bagi aku seimbangkan antara kasih sayang dan wang ringgit/ harta benda.Kedua-duanya penting untuk menjamin kehidupan yang harmoni.Chewaahhh ada gaya macam pakar motivasi ta? Haha. Blog je medium luahan rasa yang terbaik.Aku harap aku dapat improve kelemahan yang ada pada diri aku ni dan aku harap sangat dapat buat yang terbaik untuk diri aku dan orang orang yang tersayang.Sweet tak uollls?! Haha Okei Bye ;)

No comments:

Post a Comment

Little kiss