Nuffnang Ads

Sunday 5 February 2012

Renungan sejenak

 Aku terdetik nak tulis pasal ni bila aku terbeli satu novel kat Popular baru baru ni. (Thanks kepada sesiapa yang berkenaan yang menyumbangkan voucher 1 Malaysia sebnyak RM 200 kepada pelajar IPT di Malaysia include me.Kalau tak, tak merasa aku nak beli novel Wakaka).Novel tu berkaitan mengenai akidah seorang Muslim & Muslimah .Bunyi macam novel keagamaan.Tidak .Ia adalah kisah benar penulis dimana perjalanan hidupnya beljar diluar negara sehingga la terlibat dengan percintaan dua agama & budaya.Dalam kisah beliau menceritakan pahit maung untuk berhadapan dengan orang Barat yang sering memandang Islam sebagai agama yang kejam dan penuh keganasan sehinggalah pergelutan dalam mempertahankan agama.


Sinopsis novel ini adalah seorang wanita yang berkerjaya dan bergaji besar yang mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencabar dalam hidup.Baliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan berhijrah ke Perancis untuk mendalami bahasa Perancis. Kesungguhan yang dimiliki diperkuatkan lagi dengan perasaan cinta beliau terhadap seorang lelaki Perancis dimana perkenalan mereka melalui satu emel.Sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.Di situ konflik bermula apabila agama dipersoalkan.Masing masing teguh dengan pendirian untuk mempertahankan agama sendiri.


Banyak yang aku dapat belajar daripada novel tersebut. Aku sedar aku bukan lah Muslimah yang sempurna dari segi luaran.Maksud aku cara aku berpakaian. Namun jauh dari sudut hati aku tidak akan sesekali terniat untuk meghina agama aku sendiri. Jauh sekali menyesali dilahirkan dalam Islam. Aku sangat bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai seorang Islam dimana agama yang suci yang mempercayai satu tuhan iaitu Allah s.w.t.. 


Walaupun aku tidak mempraktikkan sepenuhnya nilai -nilai Islam dalam diri aku (maksud aku kadang-kadang aku lalai menunaikan solat contohnya), namun aku tak pernah sesekali untuk membuat sesuatu yang haram.Contonya,minum arak.Dalam novel tersebut aku respek kepada penulis yang tidak pernah sesekali menyentuh arak walaupun kehidupannya sebagai Islam seringkali terbabas akibat dari persekitaran. Tambahan pula beliau terdedah dengan godaan dimana menjalin hunungan cinta dengan bangsa asing yang berbeza budaya.Aku terfikir jika aku ditempat beliau mampukah aku bertahan untuk tidak melakukan perkara yang memang jelas dan nyata dilarang agama. Ada hikmah aku hanya belajar di Malaysia dan di negeri yang kecil seperti Terengganu. Mungkin Allah tahu aku tak sekuat mereka yang berjuang di luar negara.


Banyak kali aku dengar tentang Muslim yang murtad. Aku tak tahu bagaimana mereka berfikir hingga sanggup bertukar agama. Daripada novel ini aku kagum kerana penulis sanggup berpisah dengan suaminya akibat permintaan suami beliau yang sama sekali tidak masuk akal di mana meminta beliau berkahwin di gereja selepas berkahwin secara Islam di Malaysia.Anak yang dilahirkan juga mahu dibaptiskan. Aku merasakan suami beliau ini langsung tidak hormat kepada agama lain dan masuk Islam dalam keterpaksaan. 


Aku bukanlah sangat baik untuk menulis entry seperti ini dan memang sangat tidak layak .Tapi aku just nak share apa yang aku tahu. Aku tak sangka masih ada lagi manusia di zaman penuh tamadun ini terang terangan menghina dan tidak menghormati agama lain.Memang sangat tidak wajar. Setiap orang mahu berubah ke arah kebaikan.Begitu jugak dengan aku.





No comments:

Post a Comment

Little kiss