Nuffnang Ads

Sunday 5 February 2012

Vanila Coklat vs Aishiteru

Assalamualaikum .Hai.


Dah lama rasanya aku tak update blog ni. Malas menguasai diri macam tu la kan .


Eh korang tahu kan drama yang tengah hot sekarang. Aishiteru & Vanila Coklat. Oppss ke aku je yang rasa drama tu hot & spicy. Tak kisah la yang penting aku memang sangat sangat layan dengan dua ketul drama ni. Percentage kesedapan tu 70% bergantung kepada para pelakon yang cuns & kacaks.The rest of depens on jalan cerita tu sendiri la kan. Tapi ni pendapat aku je la kan.Korang tak tahu la pulakkks. Bagi aku dua drama ni serius best.


VANILA COKLAT vs AISHITERU. Korang rasa mana lagi best dan mencengkam.Haha. Kalau aku prefer Vanila Coklat sebab plot cerita more detailed rather than Aishiteru. Memandai je aku kan.Kan aku dah cakap ni hanyalah pendapat aku semata mata.Tade kena mengena dengan mana mana juri mahupun pertandingan. :p


Kalau hero memang korang tak payah teka atau berfikir panjang.Memang aku akan terus jawab aku suka Afiq Muiz aka Izrael.Hensem habes .Boleh buat aku berangan tak hengat la kan. Aku tahu kewujudan Afiq ni pun sebab kawan aku  yang menintroducekan pada aku.Dia amat pakar dalam segala mengkaji kekacakans pelakon pelakon tanahair di Malaysia. Tengok gambar kadang kadang hensem kadang tak. Tapi terbukti hensem bila dah tengok dia berlakon. Tahniah. Tak pasal pasal kan? Haha


Okay dah melalut. Berbalik pada tajuk entry. Dua dua drama ni bagi aku sama je jalan ceritanya. Dimana kena kahwin paksa .At last berbaik baik. Ala lebih kurang cerita hindustan yang mementingkan kasta mahupun darjat tu. Tapi layan je sebab sweet sangat. Dah la aku ni tak berboifriend lagi.Tengok drama genre romantik bagai ni memang buat aku tak tidur malam la. Tiap hari bilang jari nak tunggu dua drama ni. Tak cukup dengan bilang jari aku pon dok sibuk berangan dengan kekacakans Afiq, Kalaulah... Sambung sendiri. Tak sanggup nak sambung ayat.Takot dicerca.Kalau buat show atas stage konfem kena baling telur haha.


Btw, kepada director director dan penulis skrip di luar sana sila buat drama sedemikian rupa lagi. Pelakon juga memainkan peranan penting. Haha.


p/s: Baik korang tak payah baca pon entry ni. Sangat tade motipppp :p



No comments:

Post a Comment

Little kiss