Nuffnang Ads

Friday 7 November 2014

Curhat -Curahan Hati

Assalamualaikum.
Hai. Entry kali bukan tentang sihat anggun bergaya. Agak agak kena ubah tak Title. Macam tak kena je. Hihi. Takpela ini belog gua. Gua punya suka la ! ( baca haruslah ala ala gangstar).

Korang pernah couple? Sedang couple mungkin?

Dalam hubungan harus ada kepercayaan. Kepercayaan itu sebenarnya bagi saya harus dimulakan dengan kejujuran. Kalau dah tak jujur macam mana nak timbul rasa percaya. Never and ever la kan.

Saya memang dah ada boyfriend . Kadang kadang rasa bimbang. Dalam otak ni selalu je fikir. Macam mana la dia belakang aku? Agak agak kalau whatsapp dia online, dia whatsapp dengan pompuan lain ke? Kalau kat ofis gatal gatal dengan pompuan lain ke? Kalau dengan customer ada gurau senda ke? Uwaaaaa. Tau tak stress sangat kalau fikir benda benda yang bukan bukan.

Kalau bagitau kat orang pun , mesti orang fikir aku ni tak boleh hidup tanpa lelaki. Yela kan. fikir buka bukan. Bila dah fikir tu rasa nak marah je. Rasa nak buat something pon tak khusyuk. Syaitan apakah yang merasuk ini? Haruslah berisghtifar sebanyak mana yang boleh dengan harapan syaitan yang ada perlu dinyah segera dari otak.

Saya fikir balik, baiklah fikir kenapa dulu engkau pilih dia? Padahal dulu boleh je engkau hidup tanpa boyfriend. Bila dia propose engkau kenapa engkau terima kalau kau rasa dia tu sama je dengan lelaki lain yang pernah engkau kenal secra tidak sengaja ataupun disengajakan.

Bila dah fikir macam tu barulah rasa lega tu datang.Saya pilih dia sebab ada kelainan sedikit daripada lelaki lain. Tak banyak pun. At least ada satu sifat yang ada pada dia yang mampu buat kami bertahan sampai sekarang. Bagi saya kejujuran itu sangat penting. Dan  perlu add satu lagi sifat yang mesti buat semorang suka iaitu tak menggatal. Bagi saya kalau kita gaduh pasal wujudnya orang ketiga. Itu adalah parah. Cemburu sikit sikit tu adalah normal. Kalau gaduh besar sebab orang ketiga itu ditahap kritikal. Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi bergaduh disebabkan orang ketiga keempat kelima dan seterusnya. Hendaknya sampai bila bila.

Sebab sifat yang satu itu jugak saya sayang dia lebih sikit dari kebiasaan. Hihi. 

Buruknya sifat saya kerana suka buat keadaan jadi complicated. Tapi saya rasa semau perempuan macam tu/ Betul tak? Hahaha. Tapi lelaki kena la pandai handle. Perempuan kan ada 9 nafsu 1 akal. So korang kaum adam pandai pandai lah ceriakan mana yang suram. Sekian.




No comments:

Post a Comment

Little kiss