Nuffnang Ads

Thursday, 18 December 2014

Target point !

Assalamualaikum .

Mood menulis datang kembali. Turun naik pasang surut. Haha. Semalam final AFF Suzuki antara Thailand dan Malaysia. Havox status laman sosial pung pang pung pang pasal player Thailand. Saya pun ada jugak usha usha .Eye spot pada coach diorang. Haha .Memang handsome . Ingatkan saya sorang je perasan ,rupanya ramai jugak yang cakap macam tu. Haha . Walaupun Harimau Malaya tewas ditangan Thailand tetapi trending tetap pada kekacakan player Thailand. Kah kah kah. Pagi ini bersepah dok cerita pasal player jersi No 7. Apa ntah namanya. Pelik pelik nama diorang nih. Lidah melayuku memang susah nak menyebutnya apatah lagi mengeja. (gelak gedik tutup mulut pakai tangan) .

Sebenarnya, bukan nak cerita pasal bola. Nak cerita tentang motivasi yang saya dapat pada hari ini. Tentang bisnes. Bagaimana nak memulakan bisnes dengan sekecil kecil tindakan. Antara yang menarik. Berjual beli di Mudah.my atau e-bay. Tahu website ni wujud setelah sekian lama tetapi hanya tau cari peluang peluang kerja yang melambak lambak. Bila dah terbaca point ni, memang saya terus dapat idea apa yang patut dibuat . Korang ? Hmmm. Saya akan bertindak melalui point ini. Wish me luck !

Emmm lagi panjang paragraph bola daripada tujuan asal menulis entry ni. Keh keh keh

No comments:

Post a Comment

Little kiss