Nuffnang Ads

Friday, 10 July 2015

Jiwa kacau selalu. Wajarkah ?

Dah berhabuk rupanya blog aku ni. Berabad tak update. Story ada je.Tapi biarkan je. Tak menarik sangat pon. Harini tetibe rasa nak update blog bersawang aku ni. Curi masa kat ofis. Lagipon kerja untuk hari ni almost done. Boleh la goyang kaki, gerakkan jari jemari menaip entry kat blog ni.


Korang pernah tak rasa korang je rasa memerlukan, walhal pada sebelah pihak lagi macam tak kisah sangat pon kau ada ke takde. Kau hilang sekejap dalam benak fikiran pun dah kira okay. Aigooooo! How could you!


Sekarang ni aku tak tau benda ni ke yang jadi kat aku. Aku ni kadang kadang selalu emo dan negative thinking. So, aku tak tau apa yang aku fikir dan rasa ni sekadar emosi aku yang selalu goyang atau pun rasa hati ni betul. Sangat tak pasti. Macam aku cakap aku ni sejenis spesies yang prejudis. Banyak benda benda yang teruk teruk je di benak aku. Yang baik baik tu tenggelam timbul. Astaghfirullah Al' aziim.



Semalam, tengah aku buat popia mini (projek RAYA 2015 . Projek la sangat kan), tetibe aku rasa sangat mual . Aku confused mual tu sebab lapar atau fikir banyak sangat. Sebab pada masa yang sama lapar dan krisis berlaku. Tapi naluri ku kuat mengatakan mual tu sebab masalah. Bukan sebab lapar. Hati tak boleh tipu beb. Walaupun mulut boleh menafikan.


Masalah paling teruk dan gila aku adalah masalah kalau berkaitan dengan LOVE. Geli snagatkan. Haha. Aku pun rasa nak tergelak sebut LOVE. Tapi ni masalah terbesar yang boleh buat aku meroyan. Alhamdulillah sekarang dah pandai control. Tapi masalahnya dengan aku ni memang suka fikir out of board yang kadang kadang tak logik. Kalau logik sekalipun kau tak payah fikir la wahai saudari Simaasyamimi. Buat sakit otak.



Aku harap sangat yang aku boleh handle benda benda bodoh yang datang menimpa diri aku ni. Dah la lagha. Sia sia. Pahala tak dapat. Dosa bertambah. Sadisnya.



Semoga aku sentiasa dikelilingi orang orang yang positif dan menyanyangi diri aku. Amiin.




p/s : lepas tulis entry baru bagi tajuk. Tajuk merapu pun boleh uolss.






No comments:

Post a Comment

Little kiss