Nuffnang Ads

Thursday, 15 December 2011

Jom Layan Sesaat

Assalamualaikum. Hai.

Aku sangat mengantok. Tapi tak habis study lagi.So, aku merajinkan diri singgah ke blog .Jom layan lagu ni best giler..

Wednesday, 14 December 2011

Cinta Elysa Episod 13 ~Last Episode

Assalamualaikum. Hai.


Saksikan Cinta Elysa Episod 13. Memang terbaik. Aku follow drama ni dari awal sampai akhir. The main reason is ada Johan la kan. Kah Kah Kah..Tapi hepi ending. Berbaloi .I like =)

Sunday, 11 December 2011

Ohhhhhh Zahiril *Hugssss

Comel
Assalamualaikum. Hai.

Dua, tiga hari ni suka sangat aku update belog buruk ni . Sebab terlalu banyak kerja kena buat, so conteng-conteng kat sini boleh release kan aku punya kestressan.

Actually, aku nak share dengan korang-korang pasal keminatan aku kat Zahiril Adzim.Kenal kan?Tak kenal sila tak payah baca entry ni. Bagi aku Zahiril ni memang berbakat. Kalau dia bawak watak nerd, or naive mmmg kesian betol muka dia. memang real la wa cakap lu.

Aku start minat kat Zahiril ataupun nama timang timangannya adalah Bob(maybe dolu dolu dia ni gemuk kot.Bagi aku orang gemuk je sesuai dgn nama Bob ni .Memandai je kan.Haha.) masa dia berlakon dalam Kami the Sries. Watak dia dalam tu adalah Boy. Suke kot dia dalam tu.berlagak cam jahat sangat.Yang kelakar ada hati nak improve English.Disebabkan jadi watak pembantu je dalam series ni, Bob dah teercalon sekaligus memenagi Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik-Festival Malaysia Ke 22. Congratss ler.


Next drama, aku tengok Merah Putih pukul 4.30 pm. Dalam tu dia jadi Merah.Jugak la jahat. Menjadi je watak jahat dia sebab aku benci dia mase tu.Benci kat Merah la kan bukan kat Bob.

Aku pon layan drama Juvana.Time tu aku tak minat Johan lagi tau. Pastu movie Tolongg Awek aku Pontianak, Senjakala, Gadoh, Kami the Movie and Karaoke. Ni semua dia pegang watak utama.Walaupun dia ni hero yang tak sehensem Aaron Aziz,Remy Ishak tetapi dia cute.Cane dia nak jadi hensem kan sebab badan dia kecik je.Papepon Bob tetap the best dan boleh jugak pegak watak utama.Kelass kau Bob.

Malas nak cerita panjang panjang.The rest biar je aku simpan dan tahu sorang sorang.Bajet Bob ni kau punya sorang kan Simaa.Frust sebab Bob dah kawen dgn orang lain.Syera Ayob yang jugak comel.Nasib baik comel kan.Hee.So layan la pics dibawah yang aku curik dari sumber sumber gosip di Malaysia.Credit to Ncik Google kerana sudi membantu.Haha.






Merah Putih

6 Progresif

Pre wedding.Sweet
Puisi Bob buat Syera sebak



Puisi Zahiril buat Shera

"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku." 






Saturday, 10 December 2011

Kepenatan dan kesejukan

Assalamualaikum.Hai.


Wow untuk diri sendiri.Sehari suntuk kat library.Biar betik? Betul ke aku ni Simaasyamimi.(sambil cubit cubit pipi)..kononnya nak siapkan asaimen.Then study la untuk test.Tak sikit pon banyak pon jadi la kan.Haha.Berangan je la kau Simaa. 


Sampai sekarang.Sikit je ilmu masuk.Dok layan tonton.com  , dok layan Youtube,  dok layan pesbuk,  dok sibut bertweet.Apehal ko ni Simaa .


Aikkk.Tajuk entry tak kena dengan ape yang aku tulis ni .Lantak la.Aku bosan.Type je la kan.Tapi memang sejuk (haaa,kan dah ade kaitan ngan tajuk entry) kat sini.Dari pagi sampai ke malam.Fuh angin dia .Dah feeling macam kat Korea.Haha.

Muka hitam yang kesejukan,keboringan,dan sudah beberapa jam tak mandi

Annual Dinner versus Kamera

Assalamualaikum. Hai.


Baru je balik Annual Dinner for the last one sebab aku dah pon final year .


Tapi tensen konon excited nak upload gambar.Tetibe je kamera buat hal. Maasuk virus agaknye.Tapi nasib baik jugak la pics dalam kamera tak hilang.


Sangat menyampah.So, aku kena mintak pics yang ade muka aku dgn org lain. KBye.

Thursday, 8 December 2011

Korea oh Korea

Assalamualaikum, Hai korang
This time aku nak continue story pasal Korea Trip aku tu. Lama giler kot nak continue. Cari mood nak hapdate. Ingat senang ke nak tulis essay ni. Haha Bajet essay masa SPM.. Cikgu tengok grammar pon dah pengsan.Muahaha.Bukan itu yang nk diperkatakan dan diuar-uarkan ,Motif asal nak story mory pasal life aku kat Korea Bajet lagi sekali. Bajet student Korea yang dah belajar bertahun tahun kat sane. Hakhak.


Kitorang sampai kat Incheon Airport lebih kurang 10pm waktu Korea.Waktu Malaysia hanya lambat satu jam saje.So aku dan rakan rakan seperjuangan beserta lecturers takde la jetlagged kan. Excited giler time tu..Mane taknye dah sampai Korea kot.Dah la penat dok lam flight tu 7 jam ye rakan rakan.Take note! Perlu ke? Tak kisah la kan.


Terpegun sangat canggih.Airport yang besar can tengok orang disekeliling.Wow korean. Tade ke Lee Seung Gi tersesat kat situ. Beliau tu actor kat Korea ye kawan kawan. Lagi excited bile schoolmate zaman tok kadok dulu study kat Korea.Guiders kitorang tu student dari Malaysia.Schoolmate aku tu baik dgn para guiders kitorang tu.Wah seronok berganda ganda.Dilla hepi gile jumpe mu time tu.Kitorang ni backpackers.Nak save bajet dan untuk dapat more experiences. So jalan kaki untuk sampai ke GuestHouse .Tapi sebelum jalan kaki tu kitorang naik Subway. Underground train.Maklumlah la nak jimat kwasan kot.Korea kan kecik.Penduduk ramai.Naik Subway 2 jam kot.Subway ni sesangat laju sebenarnya tapi langsung tak terasa laju berada di dalamnye.


Lepas tu bermula la kehidupan aku di Korea.Sangat excited untuk mengharungi hari hari tersebut.Walaupun penat berjalan tapi sangat enjoy.Korang bayangkan walaupun ramai giler orang jalan kaki aka pedestrians tap kenderaan kat jalan tu still banyak.Ramai betul penduduknye kan?Kitorang boleh jalan kaki kat tengah tengah bandar Seoul tu.Kat Malaysia tak dapat kot. Semuanya nak guna objek beroda kan.Banyak jugak tempat kitorang pergi.Rugi la kalau tak pergi kan.


Temapt paling tak cukup masa nak explore semua adalah Nami Island.Korang tengok Winter Sonata.Kat situ la salah satu pot dorang shoot. Cantik sangat temapt tu. Daun daun yang luruh.Banyak tempat cantik yang boleh snap pic.


Namsam Tower pon best.Tapi sangat tinggi untuk sampai kat Tower tu.Tapi apekan daya mesti pergi jugak.Kononnye tempat romantik la korang korang yang berkapel ni.Chewahhh.


Mlas nak cite panjang panjang.Korang tengok je la gambar-ganbar di bawah ni ye.Seronok.Korea aku janji aku akan datang balik.Muahahahahaha























Tuesday, 6 December 2011

Malang tak berbau dan Tak mampu dihidu. Urghhhh!

Assalamualaikum. Hai. 
Entry pasal Korea Trip pon tak continue lagi. Tiba-tiba keluar entry baru. Hee. Nak share pengalaman aku yang tersangat la malang. Tak baik. Tak sepatutnya aku mengeluh.
Sepatutnya, Rabu haritu bersamaan 30 November kitorang FINAL YEAR OF ACCOUNTING  STUDENT kena mengikuti lawatan ilmiah ke KL. Lawatan ke audit firms.Maklumlah accounting student. Sebenarnya, aku memang tak nak pergi pon lawatan tu. Tapi sebab keadaan memaksa aku kena pergi jugak la dan lama kelamaan dengan sendirinya  serta ikhlas hati aku pon join trip tu.
Nak dijadikan cerita, sebelum kitorang bertolak ke KL, kitorang ada kelas pagi tu. Aku dan housemate aka Sena aka classmate bersiap2 nak pergi kelas. kebetulan pulak aku kena present hari tu. Kelas Integrated Case Study.Tak sampai ke mana pon, motor yang Sena bawak aka motor yang aku boncengi (adakah betoll penggunaan ayat di situ?) jatuh betul2 depan rumah. Seperti tajuk entry, malang tak berbau.Dahlah jatuh motor, kaki aku pulak terseliuh. Ingatkan sikit. Rupenye. MasyaAllah sampai ke harini kaki masih lagi bengkak.  Aku pon dibawa la oleh rakan rakan yang dikire seperjuangan la jugak kan ke tenpat tempat sepatutnya seperti rumah dimana menyediakan rawatan refleksologi. ( refleksologi ke? student priceRM20.. kompem lepas tido kaki tak sakit lagi. RM 20 sama sekali tidak terasa terbuang begitu saje). 
Tapi malang sentiasa menimpa diri aku, kaki bertambah bengkak. Dan aku di bawa ke tempat seterusnya, Klinik 1 Malaysia.Tak diterima.Xtray takde kat situ. Terpaksa dikejarkan ke HSNZ. Puas round satu hospital baru jumpa tempat kecemasan. Giler kan dengan menaiki wheelchair dan juga dengan bantuan Sena aku ditolak mengelilingi hospital. Sweet Memory.
Cek punya cek. Kaki tak patah. Just terseliuh .MC satu hari. Tak sekolah ke Medical Assistant tu. Aku tak kata apa apa. Aku letih sangat dan aku pikir sakit aku tak lama. Sebab esok tu juga takde kelas. 
Malam tu aku meronta ronta kesakitan.Effect lambat. Malam baru rase sakit yang teramat. Tido pon tak boleh. Mcj ibu suh datang amek aku esok harinya. So, bermula lah kehidupan aku, sebagai princess di rumah sendiri.
7 hari telah berlalu, kaki masih bengkak tapi dah boleh jalan.Even terhencot hencot. Sekali lagi malng tak berbau dan menimpa diri aku dalam satu hari.Kaki aku terpeleot di tempat yang sama. Konklusinya, kaki aku semakin bengkak dan sakit. Nampaknye aku tak tahu sampai bila sakit dikaki ku akan berakhir. Uwaaaaaaaaa