Nuffnang Ads

Tuesday, 6 December 2011

Malang tak berbau dan Tak mampu dihidu. Urghhhh!

Assalamualaikum. Hai. 
Entry pasal Korea Trip pon tak continue lagi. Tiba-tiba keluar entry baru. Hee. Nak share pengalaman aku yang tersangat la malang. Tak baik. Tak sepatutnya aku mengeluh.
Sepatutnya, Rabu haritu bersamaan 30 November kitorang FINAL YEAR OF ACCOUNTING  STUDENT kena mengikuti lawatan ilmiah ke KL. Lawatan ke audit firms.Maklumlah accounting student. Sebenarnya, aku memang tak nak pergi pon lawatan tu. Tapi sebab keadaan memaksa aku kena pergi jugak la dan lama kelamaan dengan sendirinya  serta ikhlas hati aku pon join trip tu.
Nak dijadikan cerita, sebelum kitorang bertolak ke KL, kitorang ada kelas pagi tu. Aku dan housemate aka Sena aka classmate bersiap2 nak pergi kelas. kebetulan pulak aku kena present hari tu. Kelas Integrated Case Study.Tak sampai ke mana pon, motor yang Sena bawak aka motor yang aku boncengi (adakah betoll penggunaan ayat di situ?) jatuh betul2 depan rumah. Seperti tajuk entry, malang tak berbau.Dahlah jatuh motor, kaki aku pulak terseliuh. Ingatkan sikit. Rupenye. MasyaAllah sampai ke harini kaki masih lagi bengkak.  Aku pon dibawa la oleh rakan rakan yang dikire seperjuangan la jugak kan ke tenpat tempat sepatutnya seperti rumah dimana menyediakan rawatan refleksologi. ( refleksologi ke? student priceRM20.. kompem lepas tido kaki tak sakit lagi. RM 20 sama sekali tidak terasa terbuang begitu saje). 
Tapi malang sentiasa menimpa diri aku, kaki bertambah bengkak. Dan aku di bawa ke tempat seterusnya, Klinik 1 Malaysia.Tak diterima.Xtray takde kat situ. Terpaksa dikejarkan ke HSNZ. Puas round satu hospital baru jumpa tempat kecemasan. Giler kan dengan menaiki wheelchair dan juga dengan bantuan Sena aku ditolak mengelilingi hospital. Sweet Memory.
Cek punya cek. Kaki tak patah. Just terseliuh .MC satu hari. Tak sekolah ke Medical Assistant tu. Aku tak kata apa apa. Aku letih sangat dan aku pikir sakit aku tak lama. Sebab esok tu juga takde kelas. 
Malam tu aku meronta ronta kesakitan.Effect lambat. Malam baru rase sakit yang teramat. Tido pon tak boleh. Mcj ibu suh datang amek aku esok harinya. So, bermula lah kehidupan aku, sebagai princess di rumah sendiri.
7 hari telah berlalu, kaki masih bengkak tapi dah boleh jalan.Even terhencot hencot. Sekali lagi malng tak berbau dan menimpa diri aku dalam satu hari.Kaki aku terpeleot di tempat yang sama. Konklusinya, kaki aku semakin bengkak dan sakit. Nampaknye aku tak tahu sampai bila sakit dikaki ku akan berakhir. Uwaaaaaaaaa








No comments:

Post a Comment

Little kiss