Nuffnang Ads

Friday 20 January 2012

Kenangan dan Harapan

Assalamualaikum.

Dah pukul 2:52 am. Tapi mata tak ngantuk ngantuk lagi. Baru je lepas layan Winter Sonata sampai episod 8. Drama tu best tapi hati membuak buak nak buka twitter.Mengharapkan TALHA HARITH tweet aku balik.Gila kan? Fikir balik tak masuk akal. Lupakan yang mengarut itu.

Harini hari terakhir aku kat Gong Badak. Ni nama tempat aku belajar.Bukan maksud aku rumah sewa aku kat Gong Badak .Aku belajar kat Universiti Malaysia Terengganu.

Sekarang aku dah final year dan baru je habis final exam Rabu lepas.Bermakna habislah pengajian aku pada semester 7.Cepat masa berlalu. Dah nak masuk sem 8.Dan ini juga bermakna aku akan melangkah ke satu alam baru iaitu dunia pekerjaan. 5Februari aku dah start latihan industri atau bahasa mudahnya praktikal.Takut rasa dihati tapi tak nak ke nak ke terpaksa jugak ditempuhi.Maybe dah boleh start merasai duit sendiri walaupun berbekalkan elaun RM 300 (kalau tak silap) dan ptptn yang still masuk (sebab aku praktikal dalam sem).Padahal aku praktikal dok rumah sendiri,Jadi tak terasa mana la keberdikarian itu.Uhh bahasa apa tu?

Ini bermakna jugak aku terpaksa meninggalkan kawan kawan aku yang aku dah kenal dah dekat 4 tahun. Banyak kenangan.Daripada kenal sorang sampai boleh kenal 100 orang. Tak kira rapat atau tak tapi sampai bila bila pon boleh cam muka korang. Semalam kawan aku yang tinggal dekat area sini menjemput kitorang datang kat rumah dia untuk makan makan. Best dapat makan besar.Lama dah tak makan beraneka juadah.Maklumlah duduk di perantauan (bajet overseas). Tapi seriously berat aku memang turun minggu exam ni sebab makan tak menentu. Nasi pon lauk sardin.sedih kan.Bila ingat pasal makan langsung akal dan minda nak balik rumah terus.Okay dah melalut

Semalam dah ramai kawan kawan aku yang dah balik kampung .Agak agak bila la dapat jumpa diorang lagi. Ohh lupa masa konvokesyen.Harap harap aku dapat konvo bersam sama diorang. Takot bagai nak gila bila fikir kalau ada repeat paper.Serious aku taknak. Simpang malaikat 44.Aku pon harap korang mendoakan kejayaan aku.Nak ke korang doakan? Perasan je aku kan?

Emm strategi seterusnya di samping praktikal aku nak cari teman lelaki bahasa mudahnya boipren la che kak oi.Gatal ke gedik bunyinya? Hehe. Gedik gedik jugak .Sekarang aku masih solo aka bujang. Mostly kawan kawan aku dah ada bf.Yang dah kawen pun ada. Maybe masa belajar aku tak risau sangat.Tapi sekarang dah start risau sikit2 .Maybe sebab aku gatal ataupun sebab dah tua tapi boifren pon takde lagi.Kadang kadang aku terfikir mungkinkah aku akan jadi andartu atau andalusia. Huh mintak simpang. Sekali lagi aku harap korang doakan semoga aku cepat bertemu jodoh. Amin, ;)

Rasa macam sedih pulak nak tinggal kawan kawan kat sini. Macam yang aku cakap dah hampir 4 tahun bersama sama.Berpisah masa matriks yang setahun tu  pon sedih . Apatah lagi 4 tahun kan.Nak buat camane.Setiap yang bertemu akan berpisah. Terpaksa redha.Betul tak? Dan sekali lagi aku harap aku dapat konvo bersama diorang. 


No comments:

Post a Comment

Little kiss