Nuffnang Ads

Sunday, 3 June 2012

Jom makan !

Assalamualaikum.
Harini dah dua hari dok rumah dengan adik aku .Berdua je tanpa mak aku yang selalu serve makanan untuk kitorang melantak.Semalam terasa keinginan membuak buak nak masak.Okay hiperbola je.Aku try la tanya Encik Google cane cara nak masak ayam masak halia.Wah selera besar nak masak pelik pelik.

Dengan tak berapa pantas pergi dapur selongkar peti ais yang bermacam macam saiz mencari tepung jagung.Tepung jagung ni salah satu ramuan turun temurun nak masak ayam masak halia ni.Sebenarnya aku tak tahu nak beza pon mana satu halia mana satu lengkuas.Haha.Tu tak penting.Lagi penting aku tak jumpa tepung jagung.Yang ada cuma tepung gandum blue key ,tepung ubi kayu dan tepung beras.Terkubur harapan nak masak resipi ayam ada halia haha.

Aku pon bertukar fikiran untuk masak lauk yang beunsurkan masak merah.Tak kisah la ayam ke udang ke asal kuah dia merah.Konfiden level aku kurang nak masak kuah merah sebab tak pernah buat pon sebelum ni.Aku tak kisah kalau aku makan tak sedap.Kesian pulak kat adik aku kalau rasa kuah macam rasa air lada.Disebabkan sebelum ni aku pernah masak ayam masak kicap.Dan terbukti kesedapan air tangan aku yang disahkan sendiri oleh mak aku, so tanpa teragak agak aku masak  ayam masak kicap.Aku rasa terlebih masin aku tambah air so cair sikit la.Sepatutnya aku kena tumis bawang dulu sebelum masukkan kicap dan sos tiram .Terpaksa la aku keluarkan dulu kuah yang berisi kicap tu untuk tumis bawang dulu.Haha.Mau tak kena sindir dengan mak aku kalau dia tahu gaya masakan aku amat style.Haha.

Ayam masak kicap dah setel.Impian untuk masak masakn berunsur kuah merah tetap tidak terkubur begitu sahaja.Aku tengok ada udang dalam freezer.So resipi aku masa tu adalah udang masak merah.Aku campak je apa yang patut dalam kuali.Aku try macam dah okay la untuk aku makan.Kalau kucing nak makan pon komfem tak tercekik.Punya lah gedik aku pergi masukkan sos tomato dalam kuali.Nak kata banyak tak nak kata sikit pon tak jugak. Rasa pon agak kepelikan.Tpi masih sesuai nak dimakan.Untuk hilangakn rasa tomato tu aku campur dengan sambal bilis yang mak aku letak dalam saji bertujuan untuk makan nasi lemak.Udang masak merah aku tu pon rasa sedikit kebilisan. Haha konon dah taknak makan nasi lemak yang mak aku masak before dia meninggalkan aku dan adik kat rumah ni yang mapu makan untuk dua hari.Mak aku je buat camtu sebab dia tahu anak dara dia sorang ni tak berapa nak mengancam bila berada di dapur Haha.

Whatever it is, kenyang jugak aku dan adik aku pada hari semalam.


Nah udang masak merah dan ayam masak kicap
yang telah di google haha.Lupa nak ambik gambar semalam sebab sangat kebulur

No comments:

Post a Comment

Little kiss