Nuffnang Ads

Friday, 18 July 2014

Amalan kurang sihat

 Assalamualaikum.

Korang pernah tak pergi ofis tapi takde kerja nak buat. Pastu korang stalk la fb favourite friendlist korang  atau pon baca je apa apa artikel kat blog yang tak bagi untung pon kat korang. Jujurnya aku pernah. Bukan pernah sebenarnya tapi dah jadi habit.

Bagi aku tak salah pon kalau ada masa terluang tu usha usha fb orang pastu baca blog pasal artis ke hehehe tapi jangan melampau lampau. Dari pukul 2 sampai 5 dok buat kerja tu je. Pukul 5 balik. Benda ni memang berlaku kat aku terutama hari Jumaat sebab kat opis memang kekurangan kerja time weekend .

Masa study dulu pulak selalu buang masa chat la update status apekebendatah lagi aku buat tanpa tak ambil pusing sedikit pon pasal study. Loser giler kot bile ingat balik. Time tu pon dah rasa diri sendiri loser tapi buat buat tak perasan. LOL. Pastu layan Youtube. Search la lagu lagu yang best yang tengah hot lagu tak keluar radio lagi pon kau dah download Simaasyamimi oiii!. Ingat lagi masa tu layan youtube sheilaamzah sampai pagi. Kelas pukul 7 terus nekad ponteng. Waaaaa! Nak nanges bile ingat balik. Boleh buat aku senyum sengsorang jugak ni. Haha.

Drama Korea pon tragis jugak sebab konon konon berlagak nak tengok 1-2 episode je. Tinggal angan angan je la bila part yang suspens je terus to be continued. So apa harus aku buat kena layan the next episode hari tu jugak. Bertanduk tanduk kepala aku time tu. Time minggu exam lagi kronik. Pakse diri taknak tengok. Pada mulanya berjaya tapi bile sampai time nak rest kejap. Pergi makan maggi la konon kejap( kononnya makan maggi buat otak jadi kurang pandai.Tapi berpendapat takkan makan harini, harini jugak kau bengap haha) .Sambil-sambil tu apa salahnya kalau layan drama 5 minit pon jadi la. Habes maggi 2 mangkuk pon tetap mata aku kat screen pc tu. Sape nak jawab? Maknenya nak jawab exam pon terkontang kanting la. Huhu.

Aku rasa time aku kerja ni takde la kronik sangat sebab takde kerja baru aku buat menda2 tak pekdah ni. Kalau ada kerja buat jela kerja kan kan kan. Cuma aku ni sentiasa cepat update kalau pasal artis or drama2 dalam tv tu haha. Kak ayu ofismet aku mesti tanya aku dulu kalau ada hot news. Terbaru pasal Kiki. hihi.

Sebenarnya bagi aku tak salah pon nak rehatkan minda dari kerja bertimbun timbun tapi kena ada limit. Dan banyakkan la search something yang berfaedah .Baca pasal GST ke :p  . Baca pasal apa ada dalam ramuan shaklee tu ke? Kau jual shaklee mesti ada ilmu babe! Takkan bila customer tanya baru menggelabah. Mcam tu la contoh dia. Jangan lagha sangat.

Aku berusaha kearah itu. Taknak la online sebab nak baca status orang, usha usha picture orang dalam album , usha usha blog pasal artis . Cuba jadi pencipta ilmu yang berfaedah sikit. Ya! Aku cuba dan tengah cuba :D

Okay, mengarut je entry tapi korang pon mesti ada je perangai cam aku ni kan? berjam jam buat menda tak pekdah apa kejadah. Amboiii kasar je bahasa. ampun !Hihi

 Sekian, assalamualaikum.


muka suci takde kaitan ngan entry


No comments:

Post a Comment

Little kiss