Nuffnang Ads

Saturday, 19 July 2014

Bajet bagus vs bodoh sombong

ASSALAMUALAIKUM.

Hai korang. 2,3 hari ni aku rasa macam selalu pulak update blog. Ekekeke. 
Pagi ni aku nak bagitau yang aku sangat tak suka orang yang rasa dia sorang je betul. Pendapat kita ni dipandang enteng dan sebelah mata sahaja. Hamboiii. Hebat sangat kah hang tu ??! Dahla pendapat dia je betul pastu kutuk kutuk orang tak ingat dunia. Sebenarnya aku nak cakap pasal to those yang suka kutuk orang ni. Tapi aku rasa lebih kurang je tu antara pendapat dia je betul dengan suka kutuk over orang lain. Tetap nak menangkan diri sendiri.

Aku cakap ni bukannya aku tengok drama ke apa ke. Memang aku cakap based on people around me. Aku bagi contoh sikit ye. Kiki ni pergi maki cleaner kat opis dia. (Eh dah kenapa kau guna contoh Kiki haha. ) ~ Kiki bukan nama sebenar hihi. Okay sambung. Pastu kau habis habisan maki maki Kiki kononnya biadap, bajet bagus, habislah semua la kan words xsepatutnya keluar kan. Aku pon macam tu sebenarnya. Dalam masa yang sama kau nak kaitkan dengan Kiko yang free hair ni pon sama bangang dengan Kiki. Sebab Kiki ni pon free hair. Kau fikir kalau orang tu jenis seangkatan macam puak puak free hair, puak puak tudung fareeda, puak puak tudung ariani kompem sejenis je perangai.

Kiki dengan masalah dia.Kiko dengan masalah dia. Both free hair. Yes memang berdosa la kalau Islam tak tutup aurat . Masalahnya jangan la nak kaitkan Kiki dan Kiko yang dorang sendiri pon tak kenal each other pon tapi kau pandai pandai nak buat connection antara dorang tu dah kenapa? Pandai je nak judge orang sebab dorang sekufu. Sama kes la macam judge orang ikot negeri. Dah kenapa kau? Perangai manusia ni bukan ke berbeza. Kalau nak kaitkan dengan genetik adalah logiknya kan. Ni kau tengok dorang seangakatan terus kau buat conclusion yang dorang ni sama je. Maki keluar perkataan kasar kasar pulak tu. 

Nak mengata orang jangan lebih lebih sangat tau. Nanti orang yang dimaki sama je dosa dengan orang kena maki. So sebenarnya kau yang seangkatan dengan orang yang kau maki yakni Kiki tu.Aku kurang senang dengan orang yang macam ni. Hina orang pastu boleh pulak nak judge orang. Bila kita bagi opinion sikit , contoh: 
    A: S***  betul Kiki tu . Kutuk2 mak cik cleaner.Bajet hebat la ea. Sama je perangai ngan Kiko tu .    Orang free hair memang bangang

   B: Ye r memang tak patut Kiki tu macam tu kat makcik tu. Tapi kau dah kenapa nak maki orang sampai camtu sekali. Nak kaitkan Kiko pulak. Jangan emo terlebih. Dapat dosa je.

  A: Emo aku bukan emo kau. Dosa aku bukan dosa kau. Dah memang obvious dorang salah!

  B : #$**%$#@@##$%%
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi korang faham sikit. Haha. 

Dahla suka maki orang. Pastu judge orang sesuka hati. Pastu tak terima pendapat. Ini dinamakan dahla bodoh ,sombong pulak tu. 
So apakata kita buat tagline macam ni. ' Be smart. Dont argue with the stupid people around u. There's nothing' . Kena sangat kan.

Okayla aku bukan emo pon. Just nak share orang yang macam ni takyah nak dilayan sangat. Buang karen. Last last kita sakit hati. Biarkan dia dengan dunia dia.





 






No comments:

Post a Comment

Little kiss