Nuffnang Ads

Friday 29 August 2014

Manfaat air masak

Hai bertemu kembali. Kali ni saya nak share tentang manfaat yang kita dapat dengan pengamalan meminum air masak.
Korang agak agak minum air masak berapa liter sehari? Secara jujurnya saya hanya minum segelas air masak je  sebelum saya amalkan suplemen shaklee. Yang selebihnya air milo ,teh o ais dan macam macam lagi la. Yang penting minuman bergula. Sebenarnya tak kisah la korang ambil suplemen atau tidak air masak sememangnya bagus untuk badan kita. Saya nak kongsikan several benefits yang kita boleh dapat dari air masak. Antaranya:

- Menurunkan berat badan

~~ air masak/putih  tidak mengandung kalori, gula atau lemak dan ini jelas dan nyata mampu mengurangi berat badan kita.

- Meningkatkan kesuburan
~~ air masak dapat memproduktifkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

- Melancarkan sistem pencernaan
~~ minum air masak dalam jumlah lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit bahkan pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

- Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
~~ air masak bukan saja memlambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser tetapi juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

-  Kecantikan kulit
~~ kurangnya air masak menyebabkan tubuh mengalami kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut serta mempercepatkan sistem penuaan.

- Menyihatkan jantung
~~ air masak juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air masak.

- Tubuh lebih segar dan sihat
~~ khasiat air masak bukan hanya untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air.Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

Banyak jugak kan khasiat yang boleh kita peroleh dari air masak. Sebaiknya korang minum sejurus sahaja bangun tidur sebelum menggosok gigi dan breakfast. Saya ada dengar Che Ta pon amalkan meminum air masak selepas bangun tidur. Yang ni bukan gosip liar dari saya. Saya ada terbaca dalam artikel mana ntah. Hihi. Tak kisah la sesiapa yang amalkan tetapi yang penting bagus untuk kesihatan dan juga kulit. :) :) :)





No comments:

Post a Comment

Little kiss