Nuffnang Ads

Thursday, 13 October 2011

Kadang-kadang...

Kadang-kadang aku rasa bosan sebab still single until now. Kadang-kadang seronok jugak tengok kawan-kawan semua dah ada boifren.Tipu kalau cakap aku tak nak ada boifren.Tapi aku tak boleh nak ikut orang kan.Orang couple aku pun nak couple.Nanti macam tak ikhlas.Tak best la kan.

Kadang-kadang aku suka jugak mengadu kat ibu pasal ni.Ibu cakap, "Takpe kakak muda lagi.Belajar lagi.Mungkin belum masa lagi nak dapat boifren."Kadang-kadang aku fikir betul jugak apa yang ibu cakap.Biasa la jiwa muda remaja seperti aku ni kadang-kadang nak jugak kasih sayang seorang lelaki.Yewww!Adakah terlalu jiwang dan menggelikan ayat itu.Hehe.Biasala,bila bercakap pasal cinta cintun ni memang tak sah la kalau tak guna ayat puitis dan berbaur sastera tu kan.

Kadang-kadang aku tanya diri sendiri ,"Hodoh sangat ke aku ni?Macam tak berapa nak laku je." Hehe.Bila tengok cermin tu perasan jugak la aku tak berapa cantik.Tapi aku bersyukur aku dilahirkan sempurna tanpa cacat cela.Alhamdulillah.

Kadang-kadang kan kawan aku pun ada tanya ,"Kau tak boring ke hidup single?Best ke single?"Aku tak tahu  nak jawab apa.Sebab aku tak tahu jawapan apa yang sesuai nak aku bagi kat orang yang tanya aku tu.

Kadang-kadang kelakar jugak bila ibu aku selalu berangan pasal wedding day aku.Maklum la aku anak sulung.Tapi lepas ibu berangan mesti dia gelak."Anak aku belum ada boifren.Tapi sibuk aku dok berangan."Lebih kurang macam tu la ayat ibu setelah ditranslate kepada bahasa yang tak berapa nak baku.Beku kot?

Panjang la pulak aku melalut.Mesti boring sape sape yang baca.Ada orang ke nak singgah blog aku ni.Huhu.
K,la,Bye.

p/s:Tiba-tiba rasa entry ni lebih kurang dengan the previos entry ,'LELAKI'.Takpe la asal aku bahagia.Peace=)

K.H.A.M.I.S again~

Harini hari khamis.Biasanya aku sibuk nak ponteng kelas sebab nak balik hometown.Harini ada satu kelas je.tu pun tak sampai satu jam.Tapi aku tak plan and tak rasa pun nak balik.Emm pelik.Takpe atleast aku boleh jimat duit untuk byr tiket bas yang gedabommmm mahal.

Aku plan nak basuh motor (motor kapcai je aku mampu ada) and basuh baju.Rajin tak??Hee..Lately, aku rasa sangat bersemangat nak buat semua benda.Keep it up Simaasyamimi!Hope sampai habis sem la kan.Kat Terengganu ni takde aktiviti yang best kot nak buat.(kutuk negeri sendiri ke apa kau ni!).So, dengan buat aktiviti berfaedah seperti di atas tu, boleh la jugak hilang boring.Dok mengadap lappy je boring jugak.Boleh tambah power aku ada la.(aku rabun tahap kronik plus tak dapat diselamatkan).

Dan harini jugak aku plan nak study pada sebelah malamya.Boleh dan mampukah kau wahai Simaasyamimi dengan godaan duniawi.Huhu.I have to sebab esok aku nak gi jalan-jalan cari boifren,Oopppss.tesilap sudah.Cari kawan lepak.kena kuatkan semangat malam ni sebab next week and after banyak kuiz,test, and asaimen yang tak pernah abes kot.

Okay la.Membebel lak tengahari ni.Dah la panas kan.Apalgi jom masak for lunch.Rajin tak?Keh Keh.K,BYE.=)

Tuesday, 11 October 2011

SEM 7

Life yang sangat padat dan memenatkan. Itu lah dia dunia Sem 7.18 jam kredit .6subjek.Rasa-rasanya almost subjek ada case study and banyak group tasks.Even aku tak bagi the full commitment tapi aku still kena bergerak aktif.Nanti kang takut di cop MALAS.

Tiap-tiap pagi kena bangun awal.Kelas start pukul 8pagi.Kalau tak de kelas mesti diganti dengan group discussion.Means that I have to wake up early in the whole SEM 7.Sabor jela.Kalau aku merungut kat ibu komfem dia marah.Sebab ibu tak suka anak-anak dia merungut,merengek,mengeluh pasal study.

Actually, aku isi gap aku dengan tulis entry ni.Sangat berfaedah bukan Haha.Kejap lagi aku ada kelas.4 hours for 2 subject.urghhhhh.

Sunday, 9 October 2011

yuna inspired

haritu ada terview wall friend yang post pasal MEMO-clip video Yuna.Aku tgok sweet sangat.Last part yang xboleh tahan.Qi pon ade skali dalam clip video tu.Eeeee really2 sweet couple.Jeles!


Friday, 7 October 2011

its not too late ~

Tidur tak sampai 2 jam kot.Bangun.Study.Hee.Tapi kejap jela.At least, I've got some input for quiz tonight.Alhamdulillah ada kesedaran di situ.Hope, those input can help me answer the out of board question .Lalala~That's all for today.Thanxx.XoXo =)
http://mylearn.umt.edu.my/11121/

Wednesday, 5 October 2011

Im adore Johan Asari. Start minat dia masa program hari raya kat MHI.Dia jadi guest haritu.Sweet sangat dengan rambut yang dah panjang dan ala ala sopan dan lelaki melayu terakhir.Handsome? Tak kot.But he is so so so sweet.He can acting like superstar.Am I right?Betul la kan .kalau tak takkan sekejap dah naik.Dapat jadi hero lagi.#cintaelysa.Tak boleh tengok dia.Excited.Kalau jumpa rasa nak peluk je.(berani ke cmaa?)hehe.

 b






Gila plus meroyan aku follow dia kat twitter.Ofkos la dia tak follow aku balik kan.Tapi aku selalu mention nama dia.Hopefully dia reply.Kalau dia reply sengih sorang sorang.Ntah pape kan?Tapi nak buat macam mana dah minat.Sape suruh dia jadi artis kan.

I.B.U

Aku homesick.Tulis blog pasal ibu hilang sikit perasaan yang ntah pape ni.Aku mmg rapat dgn ibu.Tapi biasalah tak semua cerita aku share dgn ibu.Tapi ibu cukup sporting kalau bercerita pasal lelaki.kawan baik,kawan biasa,boifren.So,senang aku nak share story pasal cintan cintun ni.Paling banyak ibu tahu rahsia aku adalah pasal second boifren aku.Dan dia pun baik dgn ibu.Bukan pasal boifren aku nak cerita sebenarnya,Hehe..

Kemana saja ibu pergi aku akan ikut.Kadang-kadang tempat yang dia pergi bukan untuk umur macam aku.Aku tak kisah.asalkan aku dapat ikut ibu.Dan ibu tak payah tanya aku nak ikut ke tak.sebab dia tahu aku mesti ikut dia.Ramai orang ingat aku ni adik ibu.Sebab ibu muda lagi.Ibu kahwin awal.Umur 19 dah dapat aku.Mesti ibu bangga dan perasan muda.Hehe.Tapi mmg ibu muda lagi.Tak pelik kalau orang ingat aku adik ibu.

ibu sangat rajin.Semua kerja dia buat.Especially masak.Aku tak pandai masak.Dan aku jugak malas nak masak.Aku tahu aku memang masak tak sedap.Nanti ibu mesti komen dan abah pon tak nak makan.Ibu ni kalau bab masak memasak memang terror.That is why aku malas nak campur.Nanti ada je tak kena.Biarlah macam alasan tak logik pon.

Aku ni bukan la manja sangat dgn ibu.Tapi aku selesa bila ibu dekat dgn aku.Aku tak pernah pergi rumah nenek kalau ibu takde .Padahal uni aku mmg dekat dgn rumah nenek kalau nak compare dgn rumah aku.Kalau takde ibu aku rasa asing je.Aku memang takut kehilangan ibu.Dan aku memang sayang sangat sangat kat ibu.

Emmm.. takde la pulak gambar ibu dalam laptop ni.Ibu memang tak suka bergambar,Dia kata dia tak fotogenik.So,susah la sikit nak cari gambar ibu.Takpelah,aku saje nak berjiwang jiwang di pagi hari,Sebab tu tulis entry pasal ibu. Ibu missssu so much.muuuuuuaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh