Nuffnang Ads

Thursday, 13 October 2011

Kadang-kadang...

Kadang-kadang aku rasa bosan sebab still single until now. Kadang-kadang seronok jugak tengok kawan-kawan semua dah ada boifren.Tipu kalau cakap aku tak nak ada boifren.Tapi aku tak boleh nak ikut orang kan.Orang couple aku pun nak couple.Nanti macam tak ikhlas.Tak best la kan.

Kadang-kadang aku suka jugak mengadu kat ibu pasal ni.Ibu cakap, "Takpe kakak muda lagi.Belajar lagi.Mungkin belum masa lagi nak dapat boifren."Kadang-kadang aku fikir betul jugak apa yang ibu cakap.Biasa la jiwa muda remaja seperti aku ni kadang-kadang nak jugak kasih sayang seorang lelaki.Yewww!Adakah terlalu jiwang dan menggelikan ayat itu.Hehe.Biasala,bila bercakap pasal cinta cintun ni memang tak sah la kalau tak guna ayat puitis dan berbaur sastera tu kan.

Kadang-kadang aku tanya diri sendiri ,"Hodoh sangat ke aku ni?Macam tak berapa nak laku je." Hehe.Bila tengok cermin tu perasan jugak la aku tak berapa cantik.Tapi aku bersyukur aku dilahirkan sempurna tanpa cacat cela.Alhamdulillah.

Kadang-kadang kan kawan aku pun ada tanya ,"Kau tak boring ke hidup single?Best ke single?"Aku tak tahu  nak jawab apa.Sebab aku tak tahu jawapan apa yang sesuai nak aku bagi kat orang yang tanya aku tu.

Kadang-kadang kelakar jugak bila ibu aku selalu berangan pasal wedding day aku.Maklum la aku anak sulung.Tapi lepas ibu berangan mesti dia gelak."Anak aku belum ada boifren.Tapi sibuk aku dok berangan."Lebih kurang macam tu la ayat ibu setelah ditranslate kepada bahasa yang tak berapa nak baku.Beku kot?

Panjang la pulak aku melalut.Mesti boring sape sape yang baca.Ada orang ke nak singgah blog aku ni.Huhu.
K,la,Bye.

p/s:Tiba-tiba rasa entry ni lebih kurang dengan the previos entry ,'LELAKI'.Takpe la asal aku bahagia.Peace=)

1 comment:

Little kiss