Nuffnang Ads

Wednesday, 5 October 2011

I.B.U

Aku homesick.Tulis blog pasal ibu hilang sikit perasaan yang ntah pape ni.Aku mmg rapat dgn ibu.Tapi biasalah tak semua cerita aku share dgn ibu.Tapi ibu cukup sporting kalau bercerita pasal lelaki.kawan baik,kawan biasa,boifren.So,senang aku nak share story pasal cintan cintun ni.Paling banyak ibu tahu rahsia aku adalah pasal second boifren aku.Dan dia pun baik dgn ibu.Bukan pasal boifren aku nak cerita sebenarnya,Hehe..

Kemana saja ibu pergi aku akan ikut.Kadang-kadang tempat yang dia pergi bukan untuk umur macam aku.Aku tak kisah.asalkan aku dapat ikut ibu.Dan ibu tak payah tanya aku nak ikut ke tak.sebab dia tahu aku mesti ikut dia.Ramai orang ingat aku ni adik ibu.Sebab ibu muda lagi.Ibu kahwin awal.Umur 19 dah dapat aku.Mesti ibu bangga dan perasan muda.Hehe.Tapi mmg ibu muda lagi.Tak pelik kalau orang ingat aku adik ibu.

ibu sangat rajin.Semua kerja dia buat.Especially masak.Aku tak pandai masak.Dan aku jugak malas nak masak.Aku tahu aku memang masak tak sedap.Nanti ibu mesti komen dan abah pon tak nak makan.Ibu ni kalau bab masak memasak memang terror.That is why aku malas nak campur.Nanti ada je tak kena.Biarlah macam alasan tak logik pon.

Aku ni bukan la manja sangat dgn ibu.Tapi aku selesa bila ibu dekat dgn aku.Aku tak pernah pergi rumah nenek kalau ibu takde .Padahal uni aku mmg dekat dgn rumah nenek kalau nak compare dgn rumah aku.Kalau takde ibu aku rasa asing je.Aku memang takut kehilangan ibu.Dan aku memang sayang sangat sangat kat ibu.

Emmm.. takde la pulak gambar ibu dalam laptop ni.Ibu memang tak suka bergambar,Dia kata dia tak fotogenik.So,susah la sikit nak cari gambar ibu.Takpelah,aku saje nak berjiwang jiwang di pagi hari,Sebab tu tulis entry pasal ibu. Ibu missssu so much.muuuuuuaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh

No comments:

Post a Comment

Little kiss