Nuffnang Ads

Tuesday, 6 December 2011

Malang tak berbau dan Tak mampu dihidu. Urghhhh!

Assalamualaikum. Hai. 
Entry pasal Korea Trip pon tak continue lagi. Tiba-tiba keluar entry baru. Hee. Nak share pengalaman aku yang tersangat la malang. Tak baik. Tak sepatutnya aku mengeluh.
Sepatutnya, Rabu haritu bersamaan 30 November kitorang FINAL YEAR OF ACCOUNTING  STUDENT kena mengikuti lawatan ilmiah ke KL. Lawatan ke audit firms.Maklumlah accounting student. Sebenarnya, aku memang tak nak pergi pon lawatan tu. Tapi sebab keadaan memaksa aku kena pergi jugak la dan lama kelamaan dengan sendirinya  serta ikhlas hati aku pon join trip tu.
Nak dijadikan cerita, sebelum kitorang bertolak ke KL, kitorang ada kelas pagi tu. Aku dan housemate aka Sena aka classmate bersiap2 nak pergi kelas. kebetulan pulak aku kena present hari tu. Kelas Integrated Case Study.Tak sampai ke mana pon, motor yang Sena bawak aka motor yang aku boncengi (adakah betoll penggunaan ayat di situ?) jatuh betul2 depan rumah. Seperti tajuk entry, malang tak berbau.Dahlah jatuh motor, kaki aku pulak terseliuh. Ingatkan sikit. Rupenye. MasyaAllah sampai ke harini kaki masih lagi bengkak.  Aku pon dibawa la oleh rakan rakan yang dikire seperjuangan la jugak kan ke tenpat tempat sepatutnya seperti rumah dimana menyediakan rawatan refleksologi. ( refleksologi ke? student priceRM20.. kompem lepas tido kaki tak sakit lagi. RM 20 sama sekali tidak terasa terbuang begitu saje). 
Tapi malang sentiasa menimpa diri aku, kaki bertambah bengkak. Dan aku di bawa ke tempat seterusnya, Klinik 1 Malaysia.Tak diterima.Xtray takde kat situ. Terpaksa dikejarkan ke HSNZ. Puas round satu hospital baru jumpa tempat kecemasan. Giler kan dengan menaiki wheelchair dan juga dengan bantuan Sena aku ditolak mengelilingi hospital. Sweet Memory.
Cek punya cek. Kaki tak patah. Just terseliuh .MC satu hari. Tak sekolah ke Medical Assistant tu. Aku tak kata apa apa. Aku letih sangat dan aku pikir sakit aku tak lama. Sebab esok tu juga takde kelas. 
Malam tu aku meronta ronta kesakitan.Effect lambat. Malam baru rase sakit yang teramat. Tido pon tak boleh. Mcj ibu suh datang amek aku esok harinya. So, bermula lah kehidupan aku, sebagai princess di rumah sendiri.
7 hari telah berlalu, kaki masih bengkak tapi dah boleh jalan.Even terhencot hencot. Sekali lagi malng tak berbau dan menimpa diri aku dalam satu hari.Kaki aku terpeleot di tempat yang sama. Konklusinya, kaki aku semakin bengkak dan sakit. Nampaknye aku tak tahu sampai bila sakit dikaki ku akan berakhir. Uwaaaaaaaaa








Sunday, 27 November 2011

Lama dah kot aku tunggu saat-saat nak ke Korea.Peluang hanya sekali kot.RM 500 untuk 6 hari di Korea.Berbaloi sesangat.Makan,minum, penginapan,tambang flight, transport. Semua termasuk dalam RM 500. The rest of ...UMT yang sponsor la kan.
Kitorang gerak dari UMT Isnin malam 6 November. Sempat la raya sekejap belah siang tu. Sampai LCCT lebih kurang 10 pagi. banyak sangat stop.Lama pulak tu.

solat dan breakfast at Genting Sempah
Muka tak mandi tunggu check in

Sunday, 20 November 2011

Gara-gara sijil PNB

Dalam kelas tadi, handphone aku vibrate.Maklum lah dalam kelas mesti la kena silent mode kan.Aku tak angkt.sebab aku tak suka angkat fon dalam kelas.After class,aku miscol balik number yang kol aku tadi.No respon.

Baru je kejap tadi.Number tadi col aku.Aku angkat.Suara laki then sebut nama penuh aku.Terkesima.ingat audit firm yang col aku.Terkejut yang tak dibuat-buat.Rupa-rupanya Lecturer aku yang col.Huhu.Tergagap-gagap cakap.Tunggang -langgang ayat tak tersusun.Tak expect beliau nak col .

Actually, citer ni bermula masa aku dengan member aku nak ambik sijil PNB kat bilik beliau.Tapi beliau suruh kitorang tunggu kejap sebab beliau nak pergi bilik wife beliau kot. Lame la pulak.So, kitorang pergi la makan dulu.Kira tak jadi la nak jumpa beliau.Lagipon hujan ,malas la nak redah.

Persoalannya aku kena tanya member aku yang sorang lagi ni.Adakah dia yang bagitahu nama n fon aku kat Encik Shauqi.Peliknya macam penting sangat kan .Amek sijil je pon.Ape2 jela En.shauqi.Kehkeh.Tapi kjp lagi kena jumpa beliau sebab dah janji.Malu la pulak.Huhu

Wednesday, 26 October 2011

Suasana.Lagu.

Korang pernah tak bila dengar lagu , korang teringat/ terflashback peristiwa yang lepas-lepas?


Aku memang banyak kot. Macam lagu Siti Sarah,Kesetiaan- aku ingat masa tu aku form 1.Baru masuk hostel.Ehem. takde kaitan cinta la dengan lagu tu.Just ingat suasana baru masuk hostel.Senior dorm aku suka nyanyi lagu tu.


Tentang seseorang-ntah lupa sape nyanyi.Penyanyi indonesia.Lagu dalam movie Ada Apa Dengan Cinta.Aku ingat lagu ni aku and kawan-kawan aku suka nyanyi.Banyak kejadian berlaku.Ada happy.Ada sedih.


Biarlah Rahsia-Siti Nurhaliza.Masa form 5.


Banyak lagi lagu-lagu yang buat aku ingat masa dulu-dulu.Tak ingat bila nak listkan.Bila tiba-tiba dengar lagu baru ingat peristiwa apa yang berlaku.Faham tak ayat ni?Tak faham,ignore je.
















So, layannnn

No Idea

Harini satu hari kat rumah.Takde buat apa-apa.Bosan.


Tak sabar tunggu esok.Balik kampung,Then,jalan-jalan.


Sambil menaip plus online , dengar tujuh lagu.Repeat.


Nak buat assigment.Langsung takde mood.Home=No Study.


Jenguk luar.Gelap.Seharian hujan.

Friday, 21 October 2011

My Sayang II

This entry is not sequence for the previous entry.'My Sayang'. Ni story my baby gemok and buncit.My youngest sister.Konon-konon baby girl kan,sampai ke besau la people around her,called her, baby.Tak tahan tu cikgu skolah dia pon panggil baby.Dan lagi tak tahan budak kecik dari dia pon panggil dia baby.Kalau tahu camtu dari kecik lagi suruh parent aku bagi nama dia Nur Baby,Haha..

Alkisah hikayat nama baby ni melekat kat tuan empunya nama Nurfarisha Izlien ni ada dua la.First memang dia dah konfem-konfem anak bongsu yang disahkan sendiri oleh ibu.Secondly,masa mula-mula dia masuk tadika,dia dah pesan kat ibu jangan bagi cikgu panggil dia dgn nama yang tertera dan tercop mohor dalam surat beranak.Dia suh cikgu panggil dia baby.

         Ibu:       Cikgu anak saya sorang ni pelik sikit.Buat masa ni, cikgu panggil dia baby je.

         Cikgu:   (Ketawa yang penuh makna) 


*Perbualan lain off record=)

Perangai baby ni macam-macam sikit.Mentang-mentang anak bongsu kan berlagak diva all the time.Now, dia dah darjah 5.Kalau aku dulu dah ada 3 orang adik include si baby ni.Korang judge sendiri betapa matamgnya aku dengan adik yang super ramai.baby ni selalu cakap ,"Kesian kat kakak kecik-kecik dah dapat adik."KEJAM! Lagi kejam bila aku tanya :


          Kakak:  Baby nak adik tak?

          Baby:    Taknak

          Kakak:  Nape??

          Baby:    Nanti ibu dah tak sayang kat baby.Tengok macam kakak,mane ade ibu selalu peluk n kiss.

          Kakak:  Cis!

*Kakak=Aku

Sangat sampai hati kan budak kecik tu.

Ada satu perangai yang parent aku tak tahan time dia mintak nak beli sumthing dia suka.Baju,toys,shoes,sandals.Dia akan mintak sampai dapat.Lagi tak dapat dia akan repeat soalan same.At last if parent aku tak tahan.Beli la jugak kan.Ni memang perangai anak bongsu ke?Aku dulu tak camtu pon.Dia selalu dengan ibu.Ibu selalu beli heels.Ibu beli dia nak beli jugak.Padahal tak pakai pon.Lagipon kaki budak kan cepat besar.Nanti pakai sebulan dah tak muat.Membazir.Sedekah kat orang.Tu pon kalau kanak-kanak riang macam dia tu sama taste dengan baby kan.

Baby jugak suka menjahanamkan barang-barang aku tanpa izin.Kalau mintak izin pon ada aku bagi ke?Sangat geram bila baby buat eyeliner aku macam pensel yang dia guna kat sekolah tu.Bila aku marah dia buat muka innocent dan cakap,"Ingatkan dah kakak dah tak guna.Nampak pendek je".Adoi jawapan spontan yang boleh buat hidung aku kuar asap.Ade lagi kot mnde lain.Tapi yang ni paling ingat coz dia punye jawapan sangat bernas.So,terpaksa beli lain and buat-buat ugut nak amek and guna duit dia untuk beli eyeliner lain.Tapi baby langsung tak heran.Bertuah punye budak.Tak pernah takut dengan aku.

Ada satu cite yang aku rase klaka.Aku balik rumah masa weekend.Masa tu dia baru je dapat E-book dari menteri kat terengganu.Tapi heran nape tak guna kan?Aku tanye dia.Dia senyap je.Aku pon tanye lagi sebab tak puas hati punye pasal.Rupanya rosak.Takleh on.Macamene tak rosak boleh letak e-book ngan air minral dalam satu bag.Air tumpah kena la ebook dia tu.Aku pon tunjuk keexpertan aku.Jengjeng jadi.Padahal nasib baik je kot.Maybe air dalam ebook tu dah kering kot time aku balik.Haha.


Banyak sbnrnya hobi2 and benda2 pelik yang dia suka buat.Tapi mals lak nak type.Dah macam esei Bm yang konfem kena reject la pulak kan.Banyak perenggan perenggan.Kat bawah ni pic2 baby gemok=)














pic ni paling kurus





kalaulah...

Hi cik bloggers.

Masa zaman kecik-kecik dulu kan, korang pernah tak berangan nak jadi superhero/woman, or character kartun dalam komik or tv yong korang tengok?
Aku?Memang pernah la kan.That's why aku tanye korang.Hee~
Korang tahu aku dulu memang nak sangat jadi Doraemon si kucing biru,gemuk,bulat and xde telinge.Kuikuikui.

Nak tau nape aku memang adore sangat kat kucing gemuk tu?Dulu masa zaman keanak-anakan,zaman yang penuh suci...Stationery aku slalu hilang.Tak tahu la salah letak,salah simpan,ada orang tersalah curi.Ntah aku pon tak pernah fikir pon that time.

Due to the hilang barang-barang sekolah itu,aku pon selalu la bermonolog dalaman," Kalau la aku ni Doraemon...."   

Haha..budak-budak memang pelik kan.Freaking.Annoying.frieskies.Whiskas.Nak rembat semua title.

Tapi sekarang pon sama je.Teringin nak jadi supermodel.Hello! Cantik ke kau tu? HAHAHAHA.


an an an... doraemon=)