Nuffnang Ads

Thursday, 10 October 2013

Aku Dia dan Kamu

ASSALAMUALAIKUM..

Rasanya dah berabad aku tak update kat blog ni. habis belajar terus rasa tade masa nak buat anything yang aku rasa tak penting include update the blog. Sebab ni blog kepunyaan nursimaa syamimi so dengan aku ini aku mengisyhtiharkan aku nak post pasal my boyfie. Jiwang jiwang sikit la untuk sesi blog ini. Sila muntah jika ingin muntah..

Nak start macam mana ea? * jari telunjuk tenyeh kepala sambil kepala dongak atas serta sekumpulan awan awan tidak berserta burung burung yang pening.

Okay mukaddimahnya camni la.....

Sebenarnya dah hampir 4 tahun aku tak berpacaran. hakhak. Yeke hampir ? Ntah ntah dah lebihh. Itu semua tak penting sbb itu bukan persoalan kepada tujuan utama entry aku kali ni. Nak dijadikan cerita aku bekerja la di salah sebuah company otomobil. Bajet suspen je tak mention nama syarikat ape.haha. Sekali lagi itu bukan isu utama dan tak penting sama sekali. Mula mula masuk tempat kerja baru biasalah kan malu malu ayam disamping mata usha jejaka yang hensem lagi segak bergaya.

First day seingat aku , mata aku dah terusha sorg mamat ni. Not bad la . Lagipon aku tak berapa nak usha pon sbb banyak lagi mende yg aku nak fokus. Macam la mula2 masuk kerja dh diberi kerja banyak kan. Haha. Hari ketiga aku rasa tertarik kat sorg mamat ni. Bukan jatuh cinta la kot. just macam suka tengok gaya mutu keunggulan beliau tu. Haha. Dia ni satu team dgn aku la. Aku macam tak boleh kalau kerja kalau tade dia. Bangang bukan. Pastu setiap balik keje aku akan cite kat housemate aku pasal dia ni. mesti bernanah telinga dorang. Aku tak kisah asal aku boleh luah gejolak perasaan aku yg slalu teruja melihat kehadiran beliau dimata aku tapi bukan dihati. Poyo sangat ayat ni. Disamping itu aku ade jugak selitkan cerita kat dorg tu pasal sorg lagi mamat yang lagi hensem dimata aku kalau nak compare dengan mamat yg selalu aku puja ni. Salah seorg dari housemate aku ni cakap . Lebih kurang cenggini la.

  HM: Cane kalu mamat hensem tu jodoh hengkau n hengkau terkapel dengan dia

 Aku: Eh taste aku jenis laki macho, nakal nakal. Impossible la mamat hensem tu boleh kapel dgn aku. (dengan bangga beserta riak takabbur nya aku mnjawab.

*HM ~ housemate aka kawanserumah sebumbung
* dialog diedit habes habesan sehingga ayat mmg totally lain tapi masih lagi dalam maksud yg sama.


Hari demi hari aku di ofis baru sehingga terjadilah perbualan antara aku dan ofismate aku iaitu Fatin.Mase tu dah tade kerja sangatkan. Sempatlah kitorang borak borak dan mengusha org yang lalu lalang di dalam ofis aku tu. Jeng jeng . Lalu la mamat hensem ketika perborakan kami itu. Aku pon tanpa niat yang lain terus bertanya si Fatin.

Aku : Fatin sape nama laki tu ea. Hensem jugak.

Fatin: oh nama dia Fizi. Bla bla bla bla

* Sebenarnya ramai lagi aku tanya nama staff2 yang aku tak kenal tapi disebabkan aku tambah hensem tu terjadi la gosip tanpa disedari. Gosip ke? Bukan gosip sangat la. Tapi mcm bermula la cerita aku dan Fizi.

Bff Fizi aka Piee ni la yang start kenen kenen aku dgn Fizi. Piee ni dapat tau la aku cakap Fizi hensem. Dia apa lagi sibuk la dok usik2 aku dengan Fizi. Tapi Fizi ni pandang aku pon tak .Bila kitorg terserempak kat tangga pon langsung tak tengok muka aku. Oh sungguh kejam seorang lelaki buat macam tu kat aku. Berani betul Fizi ni..

Namun segala-galanya bermula dari sini. Daripada aku join dorang makan nasi kukus. Sungguh tak malu aku rasa sebab aku main ikut je dorang. Masa tu Fizi tak ajak pon. Piee je ajak. Aku akur lalu join dorang.Dari situla kitorang bertukar tukar no fon. Itupon menggunakan orang tengah. Walaupun kelihatan seperti tidak gentleman tapi sungguh comel cara Fizi yang malu malu kucing tu nak ejas aku.

Sekarang dah hampir 8 bulan aku kapel dengan Fizi. Penuh suka duka tapi tetap bersama.


selaku orang tengah gambar kena letak atas :p





Wednesday, 25 July 2012

Rezeki Ramadhan

When I had done my indusrial training, I've nothing to do. Ecewahhh. Macam la kat rumah kau tu tade keje rumah yang kena buat kan.Kalau ada bibik tu tak kisah la kan. Hoho.Ekceli aku ada palnning baik punya demi masa depan aku haha.
Tekadnya lepas abes je practical aku nak sambung lesen kereta aku.Lesen L dari tahun lepas lagi. Demi nak habiskan lesen kereta dengan kadar segera aku rela tak apply mana kerja .Bagus gila plan hidup aku ni.Erghh sebanarnya rugi gila bila aku fikir balik.Yela dulu belajar kereta main2.Kejap pergi lambat tak pergi Hoho.Kononnya masa practical aku nak pergi belajar time weekend.Pergi je tempat tu,cikgu kereta aku cakap , 'Tak payah la ko belajar lagi.Kalau stakat datang hari Sabtu bila nak pandai.Aku rekemen kan ko datang lps practical'.  (Ayat setelah diolah 40X ).Aku dgn jayanya patuh akan nasihat tersebut sbb bila fikir2 balik memang betul pon.Aku ni mmg fail bab memandu kenderaan pacuan 4 roda ni.
Satu hari member aku cakap kat daerah aku tu ada satu kerja kosong.Nak pakai orang urgent.Then, aku tolak mentah2 la kan tanpa fikir pape pon.Kalau nak ikutkan interested tu mmg la kan. Boleh la buat poket kalau aku kerja.Nak nak time nak raya ni.
Tak disangka2, member aku ni call aku semalam boss kat company tu cakap boelh tak kalau aku kerja 2,3 jam je kat company dia tu. Lepas raya baru kerja tetap. Apalagi mmg aku setuju tahap gaban la kan.So harini lepas sahur aku terus touchupkan resume aku yang dah memang ready made.Aku ni ganti position staff dia yang nak beranak je pon.Tak kisah asal aku ada pengalaman sebelum aku kerja. 2,3 jam tu pon dia nak bagi upah tau. Tu namanya rezeki.Esok aku nak tengok camne environment dan kerja kat company tu.
 Environment pon penting jugak kan untuk menjadikan aku ni dedikasi. Cuak juagk sebab tempat aku nak kerja ni shipping company.Mestilah banyak invois2 yang aku kena key in.Whatever it is, aku kena hadapinya jugak.Dan aku harap dia jugak tak panggil orang lain untuk interbiu.Member aku cakap dia memang nak ambik aku kerja,Resume n interbiu tu just syarat je la kan.Tak tahu la kan.Harap2 ni mmg rezeki aku.
Rezeki Ramdhan...












Aku pernah kena interbiu 3 panel sekaligus.Ketarrr lutut








Harap harap la jadi camni kan hohohorayyy!

Tuesday, 24 July 2012

Freedom.

Assalamualaikum.
Hai semua.Rasanya tak terlambat lagi nak wish Salam Ramdhan kepada korang semua.Hari ni dah masuk Ramadhan keempat.Alhamdulillah aku berjaya puasa penuh untuk ketiga-tiga hari.Insya Allah hari ni pon berjaya jugak.Hehe..

Aku jugak merasa tersangat lah lega sebab aku dah berjaya menghabiskan praktikal aku di audit firm selama 6 bulan.Allah je tahu bagaimana perasaan aku sekarang. Dan semalam aku jgak berjaya menghantar report ke UMT .Insya Allah berjaya sampai ke sana tapi tak tahu lah aku berjaya ke tak aku dalam membuat report yang memuaskan hati supervisor aku.Aku memang sesangat tade kerja la sekarang.Actually aku nak ambung lesen kereta aku yang dah berkurun kurun dalam purse aku tuh.So buat masa skrg memang aku taknak kerja lagi la.Rugi jugak bila aku fikir balik.Yela ada jugak kawan kawan aku rekemenkan company yang tgh cari pekerja.Urgent pulak tu. Tapi aku terpaksa la bantutkan keinginan aku tu.Aku pon nak panda drive macam kengkorang jugak.Asyik rempit je.Tak ayu la kan.Haha.

Takpe aku percaya rezeki ada dimana mana.Aku bukan sesaja je taknak kerja kan?

Okay kat atas tu final report yang aku dah siap.Sape caye memang nak kena lempang.Hoho. Actually final report aku daalm bentuk softcopy je.Draft report aku je hardcopy tapi dah hancur dimamah usia hehe,
K,ye uolllss. SALAM RAMADHAN sekali lagi Tata

Saturday, 16 June 2012

KERBAU YANG HENSEM?

Assalamualaikum.
Hai korang.
Kali ni aku nak bagitau something yang kurang sopan pasal aku lately.
Respon aku kalau tengok orang tu hensem ke cantik ke buruk ke mesti hiperbola sikit. Contoh~ Hensem nya kerbau ni! Maksudnya bukan kerbau tu yang mempunyai rupa paras yang macho lagi bergaya.Kerbau tu ekceli manusia biasa. Kalau korang nak tahu kerbau tu menunjukkan mamat tu hensem giler.Tapi pujian aku tu sangatlah keterlaluan sehingga manusia pon dipanggil kerbau.Tapi kalau bunyi kerbau agak sopan sikit berbanding apabila ditranslate ke dialek negeri aku. Haha.
Sila hayati kerbau yang hensem di bawah ni



Wednesday, 13 June 2012

Supervisor cari pasal

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Hai semua.
Harini aku nak tulis pasal ketidakpuasan hati aku kat supervisor kat ofis aku ni.Aku under satu kerja dgn dia. Mula mula aku rasa okay je dia ni. Tapi dia agak sinis. Aku terima je sebab bagi aku tu salah satu dugaan dan cabaran yang aku kena hadapi kat tempat praktikal aku ni. Memang cerewet kerja under dia ni. Tapi aku buat buat tak kisah sebab aku tahu aku budak praktikal je.Kerja mana mana pun memang adat la kena marah. Kadang kadang aku balik rumah nangis sebab sangat stress. Salah satu sebab pasal dia tapi aku sedapkan hati aku aku nanges sebab kerja banyak sangat. Lepas setel kerja under dia, aku rasa sangat lega.

Lepas aku setel kerja dgn dia barula aku tahu ada la beberapa org yang tak berapa nak puas hati dgn dia ni.Logikla org tak puas hati.Perangai hipokrit sapa suka. Tak cukup dgn hipokrit ,suka paksa paksa orang pulak tu. Masa dia jadi supervisor aku dulu memang selalu je kena marah .Sindir memang sangat banyak la.aku tahan sampai aku dah naik lali dgn sindiran dia tu.

Semalam aku bengang sebab kerja aku dah 95% siap.Tiba tiba dia tanya pasal profit company yang tengah aku audit tu. Dia cakap ada adjustment .Selamba je cakap dia lupa nak bagitau aku awal2. Dia tak puas hati ke aku buat audit tu kejap je. Korang bayang kerja dah 95% siap tapi bila ada adjustment, almost kena adjust. Supervisor yang handle aku untuk kerja ni pon baru tahu jugak.Memang bengang jugak la dia. Aku ni berjuta2 kali bengang .Dah la kena tunggu bos aku discus dgn bos satu lagi pasal kerja aku ni.Nak tunggu betul betul confirm tak bergerak la kerja aku. Siap lambat bos jugak marah aku.Sepatotnya inform la aku awal2 .Macam saje je ckp tak ingat.Bukannya dia tak eprnah tanya pasal kerja aku tu.Nape semalam bila supervisor aku tu nak review baru dia nak cakap kena adjust.

Tolong r jangan buat macam tu kat aku.Dia nak sindir aku ke marah ke memang aku kisah .Tapi lantak r yang tu aku boleh jgk pekakkan telinga tapi ni libatkan kerja aku.Panas r. Semua nak cepat tapi jadi lambat pon sebab dia jugak.Memang gila tak sabar nak blah dari ofis ni.Kalau tak fikir aku ni praktikal dah lama aku cabut.Tak tahan wo kerja audit ditambah dgn environment yang kurang menyenangkan.


Sunday, 3 June 2012

Takut.

Assalamualaikum.

Aku share bilik dengan adik aku yang umur doblas tahun. Bila dah share bilik ni memang crowded la sikit.Aku selalu berangan nak pindah bilik satu lagi.Tapi tak jadi jadi pon Sebab banyak kerja la pulak nak alih alih barang semua.Adik aku ni selalu buat sepah dalam bilik sebab tu aku menyampah.
Semalam aku tidur sorang sorang.Tiba tiba rasa takut lak.Sebab gelap.Aku tade table lamp yang comel.So aku bukak lampu henset sampai pagi.Aku nak bukak lampu tak syok pulak tidur.So aku tabahkan tidur dengan mengcover muka aku dengan comforter berbekalkan lampu henset yang nak tak nak menyala.Akhirnya aku tidur lena sampai pagi.
Moral of the story, aku kena bersedia mental fizikal untuk mepunyai bilik sndiri.

p/s : Bilik tersebut bukan bilik aku walaupun bilik aku jugak ada unsur2 pink dan terdapat kalendar berwajah Lee Sung Gi di dinding. Korang dah tahu la kan? Haha

Jom makan !

Assalamualaikum.
Harini dah dua hari dok rumah dengan adik aku .Berdua je tanpa mak aku yang selalu serve makanan untuk kitorang melantak.Semalam terasa keinginan membuak buak nak masak.Okay hiperbola je.Aku try la tanya Encik Google cane cara nak masak ayam masak halia.Wah selera besar nak masak pelik pelik.

Dengan tak berapa pantas pergi dapur selongkar peti ais yang bermacam macam saiz mencari tepung jagung.Tepung jagung ni salah satu ramuan turun temurun nak masak ayam masak halia ni.Sebenarnya aku tak tahu nak beza pon mana satu halia mana satu lengkuas.Haha.Tu tak penting.Lagi penting aku tak jumpa tepung jagung.Yang ada cuma tepung gandum blue key ,tepung ubi kayu dan tepung beras.Terkubur harapan nak masak resipi ayam ada halia haha.

Aku pon bertukar fikiran untuk masak lauk yang beunsurkan masak merah.Tak kisah la ayam ke udang ke asal kuah dia merah.Konfiden level aku kurang nak masak kuah merah sebab tak pernah buat pon sebelum ni.Aku tak kisah kalau aku makan tak sedap.Kesian pulak kat adik aku kalau rasa kuah macam rasa air lada.Disebabkan sebelum ni aku pernah masak ayam masak kicap.Dan terbukti kesedapan air tangan aku yang disahkan sendiri oleh mak aku, so tanpa teragak agak aku masak  ayam masak kicap.Aku rasa terlebih masin aku tambah air so cair sikit la.Sepatutnya aku kena tumis bawang dulu sebelum masukkan kicap dan sos tiram .Terpaksa la aku keluarkan dulu kuah yang berisi kicap tu untuk tumis bawang dulu.Haha.Mau tak kena sindir dengan mak aku kalau dia tahu gaya masakan aku amat style.Haha.

Ayam masak kicap dah setel.Impian untuk masak masakn berunsur kuah merah tetap tidak terkubur begitu sahaja.Aku tengok ada udang dalam freezer.So resipi aku masa tu adalah udang masak merah.Aku campak je apa yang patut dalam kuali.Aku try macam dah okay la untuk aku makan.Kalau kucing nak makan pon komfem tak tercekik.Punya lah gedik aku pergi masukkan sos tomato dalam kuali.Nak kata banyak tak nak kata sikit pon tak jugak. Rasa pon agak kepelikan.Tpi masih sesuai nak dimakan.Untuk hilangakn rasa tomato tu aku campur dengan sambal bilis yang mak aku letak dalam saji bertujuan untuk makan nasi lemak.Udang masak merah aku tu pon rasa sedikit kebilisan. Haha konon dah taknak makan nasi lemak yang mak aku masak before dia meninggalkan aku dan adik kat rumah ni yang mapu makan untuk dua hari.Mak aku je buat camtu sebab dia tahu anak dara dia sorang ni tak berapa nak mengancam bila berada di dapur Haha.

Whatever it is, kenyang jugak aku dan adik aku pada hari semalam.


Nah udang masak merah dan ayam masak kicap
yang telah di google haha.Lupa nak ambik gambar semalam sebab sangat kebulur