Nuffnang Ads

Wednesday, 11 January 2012

Deana Fanasha gila.

Assalamualaikum. Hai.


Actually Diana memang gila. Sebab dia buat aku risau tahap biasa biasa je. 
Sebelum dia melarikan diri dan mensepikan dirinya tanpa khbar berita, boleh dikatakan selalu jugak la dia text dan call aku. Facebook pulak jadi bff dia yg keseratus empat puluh satu. Semak fb dengan status dia. 


Satu hari aku perasan kat fb sunyi tanpa status dia sebab antra ramai ramai pemegamg akaun muka buku seluruh dunia , Diana lah manusia dan makhluk bernyawa yang sangat aktif hapdate dia punye status. Tup tup senyap. Misteri jalan lama la jugak kan.


Aku ada text dia. No respon! Geram gila orang tak bagi positive feedback kat aku.Rasa nk lempang je handphone aku. Sabor ye Cmaa! Aku post kat wall dia. Takde respon gak. Aku tengok memang lama gila dia tak on9 apatah lagi hapdate menghapdate. 


Aku cakap kat Sena.Housemate, ex-motormate,classmate jugak tentang misteri kehilangan makhluk menyeringai ni. Sena pon naik hairan jugak la .Nampak dari muka tak penuh kepuraan langsung. Dia suruh aku call. 
Sena: Try call .Bila dengar suara Diana terus letak.
Wakaka. Tujuannya adalah satu taknak kasi kredit aku habes bertubi tubi.Haha. Tapi call je mesin jawab. 


Dalam kepala macam macam fikir. Diana ni mati ke? Kena rogol ke?Kawen ke? Sumpah tak tipu aku fikir camtu. Sebab dia tak pernah diam cenggitu. Before dia diam cenggitu.Memang dia ada masalah problem yang penuh drama then story  kat aku. Pasai tu la aku risau plus hairan bagai exam gagal satu subjek.


Akhirnya terjawab jugak.Buat saspen je.Satu malam aku dapat call.Private number.Aku ingat makhluk mana kan sebab bila aku angkat dia tanya camni , "Bakpo mu tepon aku?" Google translate = Nape kau call aku?
Soalan macam diserang.Ingat tak entry aku sebelum ni.Diserang.Aku ingat aku diserang.Rupanya mangkuk pecah tu yang call.


Dia pergi holiday kat Vietnam rupanya. Saspen tahap tak mampu nak makan 10 hari. Senyap senyap je gi holiday. Tak guna punya makhluk.@$**%$#+(*^##


Tema entry ni Count on me.Suka sngat ngan lagu ni lately.Padahal dah berabad lagu ni.Sebab lagu ni baru menyerap masuk kat sanubari aku. Lagu ni khas untukmu Diana sebab kali ni entry pasal mu. Ada kaitan jugok la kakas puyok kae.


No comments:

Post a Comment

Little kiss