Nuffnang Ads

Thursday, 31 May 2012

Oh no kamu !!

Assalamualaikum.

Harini dah 31 May 2012. Lagi dua bulan aku nak habiskan sisa sisa kat Audit firm yang maha menyampahkan aku ni.Pejam celik pejam celik dah nak habis tapi dalam masa pejam celik tu la betapa seksanya aku diperkotak katikkan kat sini.Push aku macam aku expert dalam segala hal.Sabor jela.

Memang stress kalau fikir pasal praktikal baik fikir pasal kahwin.Jeng jeng aku nak kahwin dgn siapa? Tula persoalan yang aku sendiri pun tak tahu.Sekarang ni kan musim orang kahwin.Sana sini ada kenduri kahwin.Orang paling busy mak aku la kan.Bukan anak dia pun nak kahwin.Tengok pelamin rumah orang ni,balik rumah mesti bagitau aku.Tengok makanan kat kenduri kahwin pon bagitau aku.Mak aku ni pun pasang angan angan yang tinggi macam mana preparation yang nak dibuat masa aku kahwin nanti.
Dahsyat mak aku ni.

Tak pernah pulak dia tanya aku ni nak kahwin dgn siapa.Yang dia tahu macamana dia nak buat masa aku kahwin nanti.Adoiii la.Ibuku tolong la cari calon suami untuk aku.Macam mana nak ada pelamin kalau calon suami pun takde.Huahua.Bunyik macam tersangat desperate la pulak.Tapi sebenarnya aku tak berapa nak kisah pun aku takde boifren.Maybe sebab dah lama tak menceburkan diri dalam arena perkapelan ni.Dan maybe jugak ramai lagi kawan kawan aku tak kahwin.Tengok la masa kau sorang je tak kahwin nanti,baru gabra kau Simaa.

Takde boifren bukan menjadi masalah aku sekarang.Tapi macam mana pulak aku boleh fikir yang suatu hari nanti aku akan jadi ANDALUSIA.Adakah tu tidak dipanggil masalah? Haha.Honestly, masalah besar aku sekarang adalah macam mana nak survive sisa sisa hidup internship aku selama 2 bulan lagi.

Mak aku pun dah naik muak dengar cerita aku pasal masalah aku kat ofis.Aku pon kadang naik muak dengar mak aku cite pasal pelamin impian mak aku tu.Haha.Mintak ampun.Hari ni jugak ex jiran aku nikah.Orang yang paling busy mak aku jugak la kan.Sekarang ni mesti dah selesai nikah.Aku pulak tengah kerja.Ergghhh menyampah.Orang lain sibuk kahwin aku pulak sibuk kat ofis yang tak berapa nak besar istana ni.
K,la .Dah pukul 2 petang.Sambung kerja..ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

1 comment:

Little kiss