Nuffnang Ads

Friday 18 May 2012

Saya Kenal Kawan Saya

Kali ni aku nak story pasal kawan@sahabat@housemate aku. Dalam ramai2 kawan dia lah satu satunya kawan yang aku tahu luar dan dalam pasal diri dia.Tipu la cakap everything tapi almost la kan.Aku kenal dia masa first year di Universiti Malaysia Terengganu.Masa tu tak kawan pon dengan dia.Tegur pon idokkk.
Second year aku tak boleh stay kat hostel.Rumate dia ni la yang tolong rekemenkan rumah sewa untuk aku sebab dia ni memang sengaja tak apply hostel.Kat rumah sewa tu lah kitorang kenal dan start berkawan kwan.Aceceh ayat berkawan kwan tak boleh blah macam berkawan kwan kat tadika je bunyinya.

Kat rumah tu dia baik dengan Ayu.Apa apa problem dia share dengan Ayu.Malang tak berbau Ayu accident.Masa tu dia tengah ada masalh dengan family.Before this dia cerita kat Ayu je.Pernah sekali Ayu terlepas cakap rahsia keluarga dia.Apalagi merajuk la orang yang bernama dia ni.Haha.Kelakar .Padahal aku dah tahu pasal rahsia tu.Aku ni jenis cepat tangkap kalau bab2 camni.Dia pulak cerita kat Ayu kuat kuat walaupun dia cakap tak straight to the point.Tapi sebenarnya dia tak tahu aku tahu apa yang dorang cakap.

Masa Ayu kat hospital dia terpaksa share cerita dia kat aku dan Sena aka housemate kitorang jugak.Dia memang tak boleh simpan gejolak yang melanda diri dia.Tapi kan aku dah cakap aku suka sangat dengar probs orang.Wakaka.

Sedikit demi sedikit aku rapat dgn dia.Dan aku tak pernah sangka pon aku boleh baik dengan dia.First impression aku dia nampak sombong dan komfem takkan pandang orh low profile cam aku ni.See Keajaiban berlaku.Akhirnya dia jadi kawan aku. Oh alangkah indahnya!.Okay tak sesuai expression itu sebab dia seorang perempuan.Hakhak.

First thing yang aku tahu pasal dia.Background famili.Normal la kan tahu pasal famili kawan kita.Setakat kenal sapa nama ayah dia, adik ,kakak, or abang kawan kawan kita.Yang specialnya aku tahu jugak allowance yang ayah dia bagi.Korang ada .Tade kan.Dia tak pernah nak show off kekayaan dia.Bagi aku la kan tapi org lain punya perception aku tak tahu la.Aku tahu pon sebab dia suka buat bajet 2010,2011,2012 bla bla.Nak byr sewa rumah,kereta,dll.Aku yang penyibuk ni memang la kena tahu kan.

Aku suka jugak ikot dia keluar jalan2 sebab dia ada kereta.Oppsss aku kawan dengan dia bukan sebab dia ada kereta atau dia anak orang kaya tapi dah ditakdirkan memang aku kena kawan dgn dia.Kawan je la kan.Bukan susah sangat pon.Dia cepat sentap, merajuk,melenting.Semua dia la.Kadang2 dia terasa dgn aku tanpa aku tak leh nak fikir apa sebabnya.Tapi aku tak layan.Lagi layan lagi lama la merajuk kan.Aku tegur dia macam biasa ,lepas tu okay la dia.Aku kan cool mana boleh ada istilah perang saudara dalam hidup aku.

Ada satu masa,aku , Sena dan dia plan nak gi Hock Kee Seng iaitu pasaraya terunggul di bumi Gong Badak berhampiran rumah sewa kitorang.Nak dijadikan cerita aku terbasuh baju baru dia yang berwarna putih suci.Eh bukan aku basuh, mesin yang basuh.Apalagi baju yang berkaler2 telah menconteng arang keatas baju dia.Apalagi mengamuk la dia.Terus cancel pergi Hock Kee Seng.Rasa bersalah jugak aku.Tapi untuk sedapkan hati diri sendiri, aku cakap kat diri aku, 'Sape suruh tak check dulu baju yang ada dalam baldi'.Tapi aku tetap bertanggungjawab keatas baju2 dalam mesin basuh dengan membasuh baju baru dia dengan tangan dan akhirnya baju baru putihnya terus berwarna putih.

Pasal coursemate dia pon aku tahu gak sebenarnya.Dia ada bff.Acap namanya.Dorang ni tak tau la teman tapi mesra ke, teman suam2 kuku kaki beliau ke.Tapi aku tahu dorang kamcing.Sharing is caring jugak la dorang ni.Tapi sayangnya hubungan dorang terbatas ~ tidak lebih dari seorang kawan.Kalau kapel macam tak sesuai pulak sebab Acap sesuai dgn aku.Hakhak.Mintak ampun kepada yang berkenaan.

Tu baru sorang.Ramai lagi aku kenal menerusi mulut dia.Banyak mulut betul kawan aku sorang ni.Aku jugak tahu rahsia terbesar dia.Percaya tak percaya aku dgn cite dia tu.Tapi yang penting aku zip mulut aku dari berkata kata.So dun worry happy go lucky.Bak kata Apek Senario.

Tapi yang paling penting aku tak ingat pon bila besday dia.Dan dengan konfidennya aku tahu dia pon tak tahu bila besday aku.Sebab kalau dekat u biasanya kosmet yang baik ngan aku je selalu prank n selebret besday aku.

Ehhh bila dah buat karangan bahasa melayu porak peranda ni terpikir pulak nape la aku tulis pasal dia.Special sangat ke.? FYI, memang kawan kawan aku semua ade kespecialan masing masing .Masa aku tulis ni pon Cik Diana oi aku tengah dgr koleksi lagu My Ggirlfriend is A Gumiho.Amik feel.~ tuviru viru rafa.~ Cik Diana adalah merujuk kepada individu yang bernama kawan aku ni.


Walaupun baru kenal tak sampai 4 tahun lagi rasanya tapi kitorang dah boleh get along.Boleh ke Diana oi? Haha..

Masa mula mula dulu aku tak caya jugak aku boleh kawan dengan dia ni.Maybe sebab aku nampak dia ni sangat sombong ,bongkak lagi anggun. (Anggun tu hanya penyedap ayat.Sebenarnya mu ni insan kacak Diana haha).Tapi dalam sejarah perkawanan dan persahabatan aku  memang ada kawan kawan yang aku tak sangka langsung boleh jadi kawan apatah lagi teman bergosip mahupun bergurau senda.Salah sorang dia ni la.One more thing sebelum aku kenal dia aku dengar story mory yang tak best pasal dia.Bila dah kenal aku rasa macam okay je la.Tak la seteruk aku dengar.Dont judge book but its cover.Eh macam tersalah idiom je ni.Hakhak..

Nota kaki : Deana weh kalu mu terbaca entry ni diharap kisah aku tulis ni benar benar blako la.Semoga aku dok menokok mahupun menambah segala .Kalu ade pon sku bermohon dihalalkan.Ampun tuanku.


ADIOS









1 comment:

  1. hahax!
    boleh x follow saya balik? saya dah follow awak~~
    yayahstory.blogspot.com

    ReplyDelete

Little kiss