Nuffnang Ads

Friday 25 May 2012

Aku yang alpa

Assalamualaikum w.b.t

Hai korangsss.Kali ni aku nak share tentang kealpaan dan kelalaian aku sebagai hamba Allah yang kerdil di muka bumi ini.
Korang pernah tak buat sesuatu benda tapi tak pernah menjadi? Maksud aku korang dah usaha banyak kali tapi tak pernah dapat apa yang korang target.Kenapa aku tanya soalan ni? Ermmm sebab benda ni terjadi pada aku.Sebagai pelajar universiti aku tahu dan memang sangat sedar yang aku ni sangat pemalas.Kalau ada peluang nak ponteng kelas tu memang tak akan lepas la kan.Tapi aku pun ada impian macam orang lain.Nak berjaya dalam hidup.First semester kat universiti aku dapat unexpected result.Agak kebabom jugak sebab langsung tak expect dapat result yang aku rasa dunia ni aku yang punya.Bila second semester aku dah jadi overconfident so result aku pon terover jatuh la pulak.Bila dah dapat result yang mengecewakan kan tu aku dah rasa malas nak study .
Faham faham je la bila dah study pun kurang result aku pun memang kurang memberangsangkan untuk beberapa semester.Kalau tengok slip result memang nak tunjuk kat budak tadika pun malu.Memang malu tapi kesedaran kurang.Hanyut dengan dunia khayalan aku sendiri.Buku pun malas nak tengok apatah lagi nak buat mind map.Mind Map! Kaedah paling baik dan berkesan untuk aku ingat fakta fakta penting.
Pejam celik pejam celik masa tu aku dah masuk semester 6.Kesedaran tu dah ada sikit.Tapi aku tetap tak puas hati dengan result aku.Aku dah bernazar nak berpuasa kalau result semester 6 aku capai target aku.Memang capai target tapi amat la sikit.Masuk semester 7 aku dah mula semangat sikit.Assignment pun aku dah tahu nak buat sendiri.Siap boleh tolong buat untuk housemate.Baik hati tak?Walaupun aku ada la jugak ponteng kelas tapi aku dah ada semangat la nak belajar.Mind maps aku pon dah aku prepare la sikit sikit.Dan final exam semester 7 pun dah selesai.Tiba masa keluar result.Result aku tetap maintain mengecewakan aku.Jauh dari target aku walaupun aku tak failed mana mana paper pun.
Masa tengah dalam ambang result final exam, aku mesej la dengan kawan aku sorang ni.Aku cakap kat dia kenapa la result aku teruk sedangkan aku takde la malas macam dulu lagi. Dia cakap maybe ada maan mana silap aku yang aku tak sedar pernah aku buat.Aku fikir balik apa yang dia cakap tu ada betulnya.
FYI, aku ni kalau subjek menghafal boleh dikatakan terer jugak la.Bukan saja saja cakap sebab dah memang terbukti daripada PMR,SPM,matriks dan first semester kat universiti subjek subjek yang menghafal macam sejarah tu aku boleh dapat A walaupun aku ni student accounting.Dan subjek semester 7 aku tu merupakan semua subjek teori yang memerlukan daya ingatan yang kuat.Mind map dah ada,nota ringkas pon dah ada tapi langsung tak jadi.Kalau dulu bila aku dah confident aku boleh jawab mesti subjek tu aku boleh score.
Aku baru teringat yang aku tak tunaikan lagi nazar aku tu.Nazar ni merupakan janji kita kepada Allah s.w.t.Dosa kalau tak tunaikan selagi kita mampu.Nazar aku cuma berpuasa .Memang aku takde keuzuran kecuali yang tiap tiap bulan tu jela bagi perempuan sahaja.
Aku rasa tu salah satu sebab la.Macam aku ni nak main main dengan nazar aku tu.Harini merupakan hari terakhir aku berpuasa nazar aku tu.Alhamdulillah,syukur walaupun dah lama aku bernazar.Rasa macam berdosa sangat.
Kadang kadang kita tak sedar benda benda yang kita buat akan bagi kesan yang buruk pada kehidupan kita.Aku bukan la manusia sempurna tapi aku nak ingatkan diri aku sendiri.Jangan sesekali lupa pada Allah jika nak kehidupan kita diberkati.

No comments:

Post a Comment

Little kiss