Nuffnang Ads

Monday, 7 May 2012

Entry malas

Hai korang!
Dah lama tahap gaban tak menerokai alam blog ni.Eh bukan tak teroka tapi aku yang malsa nak tulis blog.Dok usha blog blogger lain je.Almaklumlah sekarang ni kerja menjadi benda paling penting dalam hidup aku.Bunyik macam workaholic tapi sebenarnya terpaksa.Balik kerja dalam kepala tahu nak tidur je.Bukan culture shock workshock atau seumpamanya tapi memang penat kot kat tempat kerja.Baru intern je Simaa oi tak betul betul kerja lagi.Tapi kerja aku ni tak kira intern ke staff ke takde bezanya .Kerja tetap banyak.Elaun mantain .(Takde la skim kenaikan elaun kan.Jangan mimpi)

Harini aku tersalah apa ntah tiba2 file aku corupt.Nasib baik ada backup.Konon malam ni nak buat kerja stay up sampai pagi.Esok kerja mata bengkak ala ala Ju-On.Ju-on mata bengkak ke?Tiba tiba macam tade mood.So tutup kerja then on9.Komited terhadap kerja kan aku? Kerja pejabat tak sepatutnya bawak balik rumah! Sebeb aku tahu aku takkan buat tapi biasalah aku suka memberi harapan palsu terhadap diri sendiri.Kononnya balik rumah walau apa sekalipun aku kena buat kerja sampai siap.

Lepas internship ni aku tak tahu nak kerja apa.Audit mengaudit ni bukan jiwa aku la.Bukan nak memilih kerja tapi kalau dah buat kerja yang memang buat kepala aku kacau bilau, tak happy, gundah gulana dan macam-macam ribut taufan yang lain, baik aku tak payah buat. Sekarang aku dah kena fikir mana hala tuju aku.Memang aku tak suka kerja aku sekarang.Aku tak tahu la tempat lain macam mana.Tapi aku rasa sama je kot. Dan aku memang sangat2 tak sabar nk habiskan internship aku ni .Nasib baik aku tak sempat puasa kat ofis.Lepas raya baru aku akan cari kerja.Gila kan haha.

Okaylah chow kit road dulu.Nak kacau mak aku dulu sebelum aku tido.Selamat malam jika baca waktu malam .

No comments:

Post a Comment

Little kiss