Nuffnang Ads

Thursday 1 January 2015

2015

Assalamualaikum and hi !

Selamat tahun baru 2015. Macam mana dengan azam tahun lepas? Dah terlaksana belum? Yang tak terlaksana tu boleh continue tahun ni. Kejar sampai dapat ! Saya rasa saya tak tetapkan apa apa azam pun tahun lepas. Tahun ni saya ada azam. Azam yang saya dapat berdasarkan pengalaman sepanjang 2014. Betul la orang cakap pengalaman mengajar kita erti hidup. Memang betul betul celik mata. Buka minda. Buka hati. Sebelum cerita tentang azam. saya nak share tentang pengalaman sepanjang 2014 secara random.

1. Memang betul betul nak berubah dari segi pengurusan wang. Saya memang perlu saving untuk kes kes diluar jangkaan. Saya ni tak pernah pandai nak simpan duit dengan sebaik baiknya. Hujung bulan habis. Kadang kadang tak sampai hujung bulan dah habis. Sebab tu duit tak pernah nak cukup. Ada je nak belanja. Nak beli baju la, shawl la, kasut la yang paling parah produk kecantikan. Produk kecantikan ni parah sebelum tahun 2014. Masa tu saya kerja di Perodua. Tengah bulan dapat elaun. Kereta pun takde lagi. Bayar sewa rumah dan belanja makan untuk malam. Lunch Hafizi belanja keh keh keh. Kalau nak diikutkan memang boleh sangat nak saving masa tu. Tapi tak terfikir pun masa depan. Dapat duit enjoy. Bila dah ada kereta, baru tau langit tinggi tu tinggi ke rendah. Tapi still tak sedar diri jugak T_T. Bila time nak bayar insurans kereta pastu kereta problem,tayar pancit, loan tiap tiap bulan. Masa tu terkapai kapai cari duit. Uwaaaaaa! Memang gila. Susah macam mana pun saya takkan mintak duit kat parent. Malu. Dah kerja nak mintak duit apa lagi. Dahla duduk rumah free, makan free pastu nak mintak duit. memang tak la. Paling kritikal mintak kat adik. Hafizi pun saya takkan mintak.Bayangkan duit dari bisnes duit dari gaji boleh habiskan tiap tiap bulan. Kalau dapat sejuta pun tak guna kalau tak pandai saving. Kan kan kan?

Pengajaran : Saya memang nak seperate duit gaji untuk belanja dan saving sikit. Duit bisnes tak payah sentuh. Saving jugak. Ada jugak terbaca info allocation kepada 6 bahagian . Tapi saya tak buat lagi hihi. Masa baca tu december 2014. Lupa pulak nak allocate. Tapi masih belum terlambat keh keh keh.
Whatever it is, saya memang wajib saving tahun ini dan saat ini. Bukan setakat nak guna untuk belanja kahwin tapi untuk kebarangkalian yang akan terjadi tanpa diundang seperti tayar pancit (kena tukar tayar. sebiji tayar boleh beli ESP sebotol dengan harga pasaran. Haiyya), pastu kereta rosak, pastu adik adik mintak duit ke apa ke? Nak la jugak hulur. So penting saving untuk mengelakkan korang stress. Sakit jiwa bila takde duit ni uolls.

2.Tak boleh nak bergantung pada orang sangat. Means korang kena hadapi persiapan mental & fizikal yang kuat kalau orang yang korang mintak pertolongan tu lambat bertindak. Sebab tak semua yang sanggup susah senang bersama kita. Yang ni malas nak point sape sape. Tak baik. Hihihi. Kalau pasal kereta ,tak lain tak bukan mintak tolong Hafizi. Kalau kat rumah semestinya abah terchenta. Sebab orang laki je pakar bab automobil ni. Pompuan reti gelabah je. Saya ler tu.

Ini je la kot yang terpenting. Paling penting bab pengurusan kewangan. Kalau tak pandai jaga bukan keawan tapi kelaut. Aigoooooooo.

Okay babai

No comments:

Post a Comment

Little kiss