Nuffnang Ads

Sunday 28 December 2014

Bantuan banjir ke Kelantan #prayforpantaitimur

Semalam terima mesej  daripada group WhatsApp tentang info derma untuk mangsa banjir.
Jom kita sama sama membantu walaupun sedikit tetapi sangat berharga bagi mereka. Menderma/menghulurkan bantuan bukan sahaja kita sudah kaya/berharta, kita yang biasa biasa ini pun boleh membantu setakat mana yang mampu.


PERHATIAN!
MESRA MALL dengan kerjasama Petronas Carigali Sdn Bhd dan DUN Kemasik sedang mengumpul sumbangan dari masyarakat untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kelantan. Sumbangan hendaklah diberikan di kaunter Concierge Mesra Mall bermula jam 10 pg hingga 10 malam. Sumbangan yang diperlukan mengikut kemudahan dan keperluan mangsa banjir iaitu :
- makanan yg siap untuk dimakan
- air mineral/bekalan air bersih
- wet tissue
- pampers
- tuala wanita
- pakaian yg masih boleh dipakai
- tuala/selimut
- ubat-ubatan (minyak yuyi, minyak angin, iodin, panadol etc)
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami : 098649000. Mari ramai2 pakat tolong dia orang. Tolong neh.
SEBARKAN!

No comments:

Post a Comment

Little kiss