Nuffnang Ads

Saturday, 20 December 2014

STRESS

Rajinnya saya update blog. Hihi. Ada lagi entry untuk kali ini. :)

Saya seorang yang simple and not complicated. Senang nak jaga la orang cakap. Hihi.

Tapi bila dengan Hafizi. Saya jadi agak mengada ngada sikit. Sometimes, I thought I am bit annoying. Hmmmm. Suspicious pon agak terukjugak.Fikir bukan memang selalu. Cemburu buta pun ya jugak. Hihi (giggles).

Tapi dia baik sebenarnya. Caring. Bukan dengan saya je tapi dengan family especially his mom. Good boy! Kalau setakat caring dengan awek je macam tak menjamin apa apa pun.

Pernah stress sebab dok fikir bukan bukan. Pastu gaduh tak tau apa motif. Pastu buat status kat fb promote b complex untuk hilang stress. Keh keh keh.

Walaupun tengah stress tapi SHAKLEE ni membantu saya untuk lebih positif jugak. Kalau dok meroyan kat status fb, macam tak sesuai pulak. Konon jual suplemen anti stress tapi kau maki maki kat timeline. Bukan hipokrit tapi saya cuba jadi yang terbaik. Sentiasa berusaha untuk masa depan.

Kesimpulannya, jangan stress stress sebab benda kecik atau yang tak datang faedah. Tambah dosa adalah kot.

Tapi ramai ibu ibu yang ambil b complex untuk redakan ketegangan. Yelah kan mana nak fikir pasal kerja, pasal anak anak pasal suami. Mungkin kadangkala tertekan. So, jangan bimbang bekalkan b complex dimana jua anda berada;)

Alang alang dah cerita pasal stress meh saya story sikit pasal b complex shaklee ni.

Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?



Vitamin B1

Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum

Manfaatnya :

  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk

Manfaatnya :

  • melancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA



Vitamin B12

Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut

Manfaatnya :

  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga 

    Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B?
    Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:
     
    • Lemah sistem saraf
    • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
    • Pembentukan sel abnormal
    • Mengakibatkan anemia
    • Masalah depresi (tekanan perasaan)
    • Kehilangan daya memori
    • Cepat letih
    • Sesak nafas
    • Insomnia
    • Kurang fokus dan konsentrasi
    • Mudah tersinggung
     Korang mungkin kekurangan vitamin jika asyik mengalami simptom simptom kat atas ni. Take action now !

Boleh hubungi saya untuk jana pendapatan atau memerlukan suplemen 013-9185868

FACEBOOK : simaasyamimi  CLICK HERE

Friday, 19 December 2014

Penyakit

Sekarang musim hujan dan banjir. Walaupun rumah saya banjir, saya terpaksa update jugak tentang banjir kerana jalan saya nak lalu ulang alik pergi kerja tu memang tiap tipa tahun naik air. Aigoo. (lap peluh walaupun jari jemari kesejukan). Penyakit pun senang menyerang bila tiba musim banjir melalui air. Bagi yang ada anak anak tu jangan la dok biar je main air. Risiko lemas tu memang tinggi. Tak lemas penyakit pulak datang. Air tu entah mana mana datang kan.

Imunisasi perlu tinggi untuk halang tubuh kita mudah diserang penyakit. Macam mana tu nak tingkatkan sistem imun kita. Kena hujan sikit dah demam. Opismet bersin, terus berjangkit. Memang kita tak boleh lari dengan persekitaran yang sebegitu sebab kita tinggal bermasyarakat. Kerja pun bermasyarakat jugak. Bermasyarakat di dalam opis. Pastu ditambah pulak Malaysia ni adalah negara khatulistiwa dimana panas dan lembap sepanjang tahun. Maknanya hujan dan panas tu memang normal.

Saya memang tak akan demam kalau sebab hujan. Bukan nak berlagak tetapi distory telling sendiri oleh ibu daripada kecik lagi saya memang takkan demam disebabkan hujan. Demam sebab musim atau jangkit dengan orang terutama family. Saya tak suka demam tau walaupun penyakit yang kita dapat tu merupakan salah satu cara untuk menghapus dosa dosa kita. Wallahualam.

Daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang.” (Riwayat Bukhari)

*Orang yang beriman, apabila ditimpa sesuatu musibah atau penyakit, dia akan tetap bersyukur dan semakin akrab dengan Allah. Kerana dia tahu, sakitnya itu boleh menghapus dosa-dosanya yang lalu. Dia sentiasa berbaik sangka dengan Allah.
Sekiranya iman seseorang itu kuat, maka cubaan dan ujian yang menimpanya juga berat.

Walaubagaimanapun kita harus jaga kesihatan kita supaya kita dapat lakukan aktiviti seharian dengan teratur, sempurna dan aktif. Bila badan dah lemau. Mulalah moyok, muncung, pucat lesi etc. Apalagi mintak mc bagi yang bekerja. Cuti memang best tapi kalau badan sakit dok terperuk dalam bilik jela jawabnya. So, apa yang best? Hmmm

Saya ni bukannya pandai sangat bab bab jaga kesihatan dan pemakanan. Main hentam keromo jugak. Hihi. Tapi saya ambil langkah bijak dengan mengambil vitamin c plus SHAKLEE sebagai perisai. Memang terbaik kerana saya susah nak demam. Demam pun dalam masa satu hari je. Bila badan rasa lain macam memang saya akan ambil 2 biji terus . Itu dulu. Sekarang memang wajib setiap hari telan 2 biji vitamin c plus disamping bagus untuk kulit ianya bagus untuk imunisasi.

Jadi ,tak payah lagi la kita nak ambil paracetamol yang sudah diketahui umum ada risiko di kemudian hari jika diambil secara berlebihan.

TIPS: Patahkan vitamin c kepada 2 bahagian supaya kadar penyerapan vitamin c dalam tubuh kita.

Nutriferon juga bagus untuk imun . Saya story for the next entry okay ;)

No paracetamol


Vitamin C plus shaklee mengandungi 180 biji dalam satu botol. Jika diambil sebji sehari bermakna selama 6 bulan boleh menikmatinya dalam satu botol dalam satu harga. Terbaik dan menjimatkan.
gambar banjir besar di Kemaman tahun lepas Hihi

Buat apa pon boleh bila...

" Bangun lambat. Nanti kahwin entah macam mana ? "
" Cuba bangun pagi tu awal sikit walaupun weekdays. Kena biasakan sebelum kahwin."
" Balik kerja terus melepak depan tv. Macam mana nak kahwin. "

Pernah tak alami situai dimana kena sound macam ni? Arghhhh! Stress jugak.
Saya selalu kena bebel dengan ibu. Bukan tak suka atau niat nak lawan cakap ibu. Tak nak jadi anak derhaka, Si Tanggang tapi kurang setuju sikit la. Hihi.

Memang betul itu tujuan bagi nasihat TAPIIIIII jangan lah cuba cuba nak kaitkan dengan kahwin. T_T .

Pendapat saya sendiri, kita boleh sesuaikan situasi dengan keadaan semasa. Contoh berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Contoh 1 : Sewaktu study kat universiti dulu, saya ada penyakit bangun lambat. Sebab tidur lambat. Keh keh keh. Kelas pukul 8 pagi. Kadang kadang terPONTENG jua. Tapi bila satu kelas ni , lecturer kitorang akan kurangkan merit kalau lambat atau erti kata sebenar tak datang terus. Walaupun tak mampu bangun pagi tapi cuba gagahkan jua. Bila masuk satu tahap kena buat latihan industri (praktikal) kat sbuah audit firm maksudnya saya dah kena get ready dengan alam pekerjaan. Nak tak nak saya kena bangun awal. Tak mau la lewat ke tempat kerja walaupun praktikal je kan?

See! Boleh je saya buat something yang saya rasa Ya Allah malasnya nak bangun pagi. Lebih lebih lagi masa 'cuti wajib tak solat'. Haha.

Contoh 2 : Balik kerja adalah paling malas nak bergerak. Nak buat itu dan ini. That's why dengan jayanya saya suka lepak depan tv. Tapi bila saya tengok kain bertimbun timbun dan lantai bilik berdebu memang mood nak jadi maid tu 99.99% dan terus buat apa yang patut.

Contoh 3 : My colleagues dah kahwin semuanya . Dulu macam saya jugak malah lagi malas pun ada. Tapi bila dah kahwin dorang berjaya buktikan dorang pun boleh jadi isteri dan ibu mithali walaupun balik lewat petang. Siap boleh buat breakfast. Balik kerja masak lagi untuk dinner. Tambah rajin bila ada breadmaker jenama NOXXA , siap buat pizza dan roti lagi sebelum tidur. Keh keh.

Kesimpulannya, apabila kita dah ada tanggungjawab kita mesti boleh handle situasi . Tak kisah la lambat ke cepat ke asalkan kita pandai sesuaikan mengikut keadaan. Saya rasa boleh. Yakin boleh !

Kalau tak tahan dengar leteran leteran boleh je nak ubah dari sekarang habit korang tu. Ngeh ngeh. Mana tau kot kot korang memang tak mampu nak ubah sesuatu yang baru (ini parah !) boleh try ostematrix dimana ianya bagus untuk meringankan stress seperti berikut :

1. mengimbangi tekanan darah
2. memelihara denyutan jantung
3. impuls saraf
4. penenang saraf
5. menggalakkan tidur selesa
6. memperbaiki jantung berdebar
7. gementar
8. mimpi buruk dan stress
9. memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.



Tiada alasan lagi untuk rasa lenguh lenguh, tidur tak lena dan tak cukup tidur.
Bagus diambil sebelum tidur. Bila bangun daripada tidur dijamin segar bugar.
Bagus untuk surirumah sepenuh masa atau ibu ibu bekerja khususnya.

Untuk menjana pendapatan boleh sms/whatsapp/call 013-9185868

-

Thursday, 18 December 2014

Homemade Pizza

Assalamualaikum. Hai semua.
Rasanya lama sungguh menyepi sebagai blogger. Blogger sangat ke? Hihi.

Kali ini saya nak berkongsi pasal makanan. Wow! Simaasyamimi berkongsi resipi. T_T
Saya ambil resipi daripada blog ABM .Tapi ada ubah sikit ikut creativity dan bahan yang ada.
Kononnya nak belajar la masak masak ni. Tapi iols lagi tertarik nak cuba baking buat pizza or western food ni sebab proses simple. Mihmihmih. Dasar pemalas. Masakan melayu memang terbaik sebab saya jenis suka makan nasi. Tapi tak pandai masak . Okay okay berbalik pada topik. Dah lama sebenarnya buat pizza ni. Lepas sehari ke sehari nak update.Tak update update jugak. Ada masa sikit ni saya curi sikit nak tunjuk pizza saya ni.

Saya bawak pergi ofis dan bagi kat Hafizi . Sedap tak sedap belakang kira. Yang penting try. Tapi saya dah janji dengan Kak Su .Kalau best nak bawak opis. Kalau tak best simpan kat rumah je. Begitu jugak janji ku pada Hafizi. Kahkah.

Happy sebab pizza mendapat pujian. Hafizi havoc giler puji. Kalau Hafizi puji boleh percaya la 90% sebab dia ni kalau tak suka dia complaint je . Orang macam ni senang kita nak percaya samaada pujian atau kutukan. T_T

Ini pizza yang dah siap. Tak menarik sangat presentation tapi rotinya lembut.

Target point !

Assalamualaikum .

Mood menulis datang kembali. Turun naik pasang surut. Haha. Semalam final AFF Suzuki antara Thailand dan Malaysia. Havox status laman sosial pung pang pung pang pasal player Thailand. Saya pun ada jugak usha usha .Eye spot pada coach diorang. Haha .Memang handsome . Ingatkan saya sorang je perasan ,rupanya ramai jugak yang cakap macam tu. Haha . Walaupun Harimau Malaya tewas ditangan Thailand tetapi trending tetap pada kekacakan player Thailand. Kah kah kah. Pagi ini bersepah dok cerita pasal player jersi No 7. Apa ntah namanya. Pelik pelik nama diorang nih. Lidah melayuku memang susah nak menyebutnya apatah lagi mengeja. (gelak gedik tutup mulut pakai tangan) .

Sebenarnya, bukan nak cerita pasal bola. Nak cerita tentang motivasi yang saya dapat pada hari ini. Tentang bisnes. Bagaimana nak memulakan bisnes dengan sekecil kecil tindakan. Antara yang menarik. Berjual beli di Mudah.my atau e-bay. Tahu website ni wujud setelah sekian lama tetapi hanya tau cari peluang peluang kerja yang melambak lambak. Bila dah terbaca point ni, memang saya terus dapat idea apa yang patut dibuat . Korang ? Hmmm. Saya akan bertindak melalui point ini. Wish me luck !

Emmm lagi panjang paragraph bola daripada tujuan asal menulis entry ni. Keh keh keh

Friday, 7 November 2014

Curhat -Curahan Hati

Assalamualaikum.
Hai. Entry kali bukan tentang sihat anggun bergaya. Agak agak kena ubah tak Title. Macam tak kena je. Hihi. Takpela ini belog gua. Gua punya suka la ! ( baca haruslah ala ala gangstar).

Korang pernah couple? Sedang couple mungkin?

Dalam hubungan harus ada kepercayaan. Kepercayaan itu sebenarnya bagi saya harus dimulakan dengan kejujuran. Kalau dah tak jujur macam mana nak timbul rasa percaya. Never and ever la kan.

Saya memang dah ada boyfriend . Kadang kadang rasa bimbang. Dalam otak ni selalu je fikir. Macam mana la dia belakang aku? Agak agak kalau whatsapp dia online, dia whatsapp dengan pompuan lain ke? Kalau kat ofis gatal gatal dengan pompuan lain ke? Kalau dengan customer ada gurau senda ke? Uwaaaaa. Tau tak stress sangat kalau fikir benda benda yang bukan bukan.

Kalau bagitau kat orang pun , mesti orang fikir aku ni tak boleh hidup tanpa lelaki. Yela kan. fikir buka bukan. Bila dah fikir tu rasa nak marah je. Rasa nak buat something pon tak khusyuk. Syaitan apakah yang merasuk ini? Haruslah berisghtifar sebanyak mana yang boleh dengan harapan syaitan yang ada perlu dinyah segera dari otak.

Saya fikir balik, baiklah fikir kenapa dulu engkau pilih dia? Padahal dulu boleh je engkau hidup tanpa boyfriend. Bila dia propose engkau kenapa engkau terima kalau kau rasa dia tu sama je dengan lelaki lain yang pernah engkau kenal secra tidak sengaja ataupun disengajakan.

Bila dah fikir macam tu barulah rasa lega tu datang.Saya pilih dia sebab ada kelainan sedikit daripada lelaki lain. Tak banyak pun. At least ada satu sifat yang ada pada dia yang mampu buat kami bertahan sampai sekarang. Bagi saya kejujuran itu sangat penting. Dan  perlu add satu lagi sifat yang mesti buat semorang suka iaitu tak menggatal. Bagi saya kalau kita gaduh pasal wujudnya orang ketiga. Itu adalah parah. Cemburu sikit sikit tu adalah normal. Kalau gaduh besar sebab orang ketiga itu ditahap kritikal. Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi bergaduh disebabkan orang ketiga keempat kelima dan seterusnya. Hendaknya sampai bila bila.

Sebab sifat yang satu itu jugak saya sayang dia lebih sikit dari kebiasaan. Hihi. 

Buruknya sifat saya kerana suka buat keadaan jadi complicated. Tapi saya rasa semau perempuan macam tu/ Betul tak? Hahaha. Tapi lelaki kena la pandai handle. Perempuan kan ada 9 nafsu 1 akal. So korang kaum adam pandai pandai lah ceriakan mana yang suram. Sekian.




Thursday, 6 November 2014

SUPERWOMAN

Hai.
Bersua kembali. Hihi.

Terpandang tajuk entry salah sorang blogger list saya, "Jangan ingat pompuan tak reti beli belah kelapa?" Macam tu la kot tajuknya.
Sebenarnya nak bagitau bila baca tajuk ni terus ingat kat ibu yang memang boleh belah kelapa. Bukan setakat tu je, panjat pokok, belah durian, berenang, dan macam macam aktiviti yang aktif dimana tak semua orang mampu buat. Saya sendiri pun memang almost tak reti nak buat semua tu. Panjat pokok tu inshaAllah boleh .Hihi. Belah kelapa, parut kelapa, mesin kelapa, dan perah santan memang tak reti dan tak terror. Surrender sangat. Terus angkat bendera putih.

Saya salute la pompuan sekarang ni yang pandai serba serbi. Ibu saya ni memang multitasking tapi tak semua di umur 44 tahun macam ibu saya boleh beraktiviti lasak macam tu. Memasak tu mungkin ramai yang tau. Bab panjat pokok , angkat batu bata dan kerja lelaki yang buat memang jarang kot didengar. Dan saya pun mustahil mampu untuk jadi seperti ibu.

Ibu, you are the best. Muah ciked hihi