Nuffnang Ads

Friday, 19 December 2014

Buat apa pon boleh bila...

" Bangun lambat. Nanti kahwin entah macam mana ? "
" Cuba bangun pagi tu awal sikit walaupun weekdays. Kena biasakan sebelum kahwin."
" Balik kerja terus melepak depan tv. Macam mana nak kahwin. "

Pernah tak alami situai dimana kena sound macam ni? Arghhhh! Stress jugak.
Saya selalu kena bebel dengan ibu. Bukan tak suka atau niat nak lawan cakap ibu. Tak nak jadi anak derhaka, Si Tanggang tapi kurang setuju sikit la. Hihi.

Memang betul itu tujuan bagi nasihat TAPIIIIII jangan lah cuba cuba nak kaitkan dengan kahwin. T_T .

Pendapat saya sendiri, kita boleh sesuaikan situasi dengan keadaan semasa. Contoh berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Contoh 1 : Sewaktu study kat universiti dulu, saya ada penyakit bangun lambat. Sebab tidur lambat. Keh keh keh. Kelas pukul 8 pagi. Kadang kadang terPONTENG jua. Tapi bila satu kelas ni , lecturer kitorang akan kurangkan merit kalau lambat atau erti kata sebenar tak datang terus. Walaupun tak mampu bangun pagi tapi cuba gagahkan jua. Bila masuk satu tahap kena buat latihan industri (praktikal) kat sbuah audit firm maksudnya saya dah kena get ready dengan alam pekerjaan. Nak tak nak saya kena bangun awal. Tak mau la lewat ke tempat kerja walaupun praktikal je kan?

See! Boleh je saya buat something yang saya rasa Ya Allah malasnya nak bangun pagi. Lebih lebih lagi masa 'cuti wajib tak solat'. Haha.

Contoh 2 : Balik kerja adalah paling malas nak bergerak. Nak buat itu dan ini. That's why dengan jayanya saya suka lepak depan tv. Tapi bila saya tengok kain bertimbun timbun dan lantai bilik berdebu memang mood nak jadi maid tu 99.99% dan terus buat apa yang patut.

Contoh 3 : My colleagues dah kahwin semuanya . Dulu macam saya jugak malah lagi malas pun ada. Tapi bila dah kahwin dorang berjaya buktikan dorang pun boleh jadi isteri dan ibu mithali walaupun balik lewat petang. Siap boleh buat breakfast. Balik kerja masak lagi untuk dinner. Tambah rajin bila ada breadmaker jenama NOXXA , siap buat pizza dan roti lagi sebelum tidur. Keh keh.

Kesimpulannya, apabila kita dah ada tanggungjawab kita mesti boleh handle situasi . Tak kisah la lambat ke cepat ke asalkan kita pandai sesuaikan mengikut keadaan. Saya rasa boleh. Yakin boleh !

Kalau tak tahan dengar leteran leteran boleh je nak ubah dari sekarang habit korang tu. Ngeh ngeh. Mana tau kot kot korang memang tak mampu nak ubah sesuatu yang baru (ini parah !) boleh try ostematrix dimana ianya bagus untuk meringankan stress seperti berikut :

1. mengimbangi tekanan darah
2. memelihara denyutan jantung
3. impuls saraf
4. penenang saraf
5. menggalakkan tidur selesa
6. memperbaiki jantung berdebar
7. gementar
8. mimpi buruk dan stress
9. memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.



Tiada alasan lagi untuk rasa lenguh lenguh, tidur tak lena dan tak cukup tidur.
Bagus diambil sebelum tidur. Bila bangun daripada tidur dijamin segar bugar.
Bagus untuk surirumah sepenuh masa atau ibu ibu bekerja khususnya.

Untuk menjana pendapatan boleh sms/whatsapp/call 013-9185868

-

2 comments:

  1. salams shima,

    bgsnya masih bujang & muda dah pandai bisness:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sis. Cuba cuba mana yang termampu. :)

      Delete

Little kiss