Nuffnang Ads

Friday 12 September 2014

TIPS KURUS SECARA CEPAT & SIHAT

 ASSALAMUALAIKUM

Sedikit info kurus secara sihat. Check it out :

1. Mengambil lebih makanan bersup.
Contohnya : sup ayam, sup bebola ikan, tomyam campur atau sup sayur

2. Minum banyak air putih kerana ia adalah minuman tanpa kalori & akan membuatkan perut kita rasa penuh. Jika ingin minuman manis, ambillah jus buah buahan segar tanpa gula tambahan.

3. Makan hanya separuh hidangan jika kita makan diluar/ berkongsi dengan rakan atau selebihnya tapau balik rumah. hihi. --- kerana cara menguruskan badan dengan cepat & efisyen adalah mengajar kita untuk makan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.

4. Makan tepat pada waktu. Elakkan makan lewat malam ataupon skip waktu makan. Kerana nanti akan membuatkan kita makan lebih banyak diwaktu makan selepas itu kerana kita telah skip waktu makan sebelumnya.

5.Jangan makan terlalu cepat. Kunyah perlahan lahan

6.Ambil lebih sayur pada setiap waktu makan kita. sayur sayuran segar & mentah lebih baik berbanding sayur yang digoreng atau dimasak.
 
7.Sediakan buah buahan segar di meja makan atau tempat yang senang kita nampak. Jadikan snek yang sihat sewaktu kita mahu mengunyah.

8. Jangan simpan stok makanan yang tidak brkhasiat seperti makanan ringan.

9. Catat kalori makanan yang kita ambil setiap hari.

10. Mulakan rutin senaman secara konsisten. Contohnya lebih banyak berjalan daripada biasa & berjalan pantas untuk meningkatkan metabolisme dalam tubuh badan kita.

Jika mahu ditambah dengan suplemen, harus diingat kita perlu pandai memilih suplemen yang betul betul bagus dimana tidak membahayakan kita. Kurus secara sihat. Jangan terlalu obses dengan tipu daya. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Little kiss