Nuffnang Ads

Friday, 26 September 2014

CERITA SEMALAM- Work at Home Mommy (WAHM)

ASSALAMUALAIKUM.

Semalam saya telah mengadakan bisnes talk secara santai tetapi serius dan fokus kepada yang bercita cita menjadi Work at Home Mommy (WAHM). Ini adalah impian saya. Impian untuk menjadi surirumah yang ada pendapatan sendiri. Saya lihat rakan rakan pejabat saya risaukan anak anak mereka di nursery. Bimbang akan keselamatan anak anak. Mana taknya sekarang ni banyak kes yang terjadi kan? Kemudian saya lihat suri rumah yang berpendapatan ini lebih freedom. Punyai banyak masa bersama keluarga tetapi dalam masa yang sama berjaya menjana pendapatan dari rumah. Sungguh hebat! Sangat terkesan. Jadi saya terfikir nak fokus kan pada golongan para ibu. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Fullhouse. Full booked.

Antara topik yang kami bincangkan semalam adalah perkongsian dengan WAHM yang dah mampu tersenyum lebar setiap hari kerana pendapatan setanding makan gaji dan yang lebih daripada itu pun ada. Saya jemput WAHM untuk kongsi pengalaman mereka untuk menyuntik semangat kami untuk berjaya seperti mereka. Ramai diantara participants semalam yang teruja dengan perkongsian tersebut dan bisnes SHAKLEE yang kami jalankan. Seronok tau dapat share dengan semua orang dan berjaya mengajak para ibu menjadi WAHM.

Happy dapat membantu memberi para ibu peluang untuk membuat anjakan paradigma untuk mengubah nasib dan membantu meringankan beban suami. WAHM ni bukan sahaja membantu menjana pendapatan, mengukuhkan ekonomi tetapi yang paling penting  masa bersama keluarga. Bagi saya masa bersama keluarga itu amat penting. Sebab tu lah saya dari sekarang dah terfikir untuk menjadi WAHM walaupun belum kahwin. Hihi. Saya rasa lebih bahagia jika kita siapkan semua keperluan suami dan anak anak. Tapi dalam masa yang sama tak nak la jadi full housewife semata mata. Nak ada pendapatan jugak. That's why saya pilih WAHM.

Bagaimana dengan korang? Kalau korang nak jadi salah seorang WAHM boleh contact saya .Saya bantu korang. Kita sama sama membina masa depan yang unggul.



facebook: simaasyamimi

call/whatsapp 013-9185868

No comments:

Post a Comment

Little kiss