Nuffnang Ads

Monday, 22 December 2014

Alkisahnya semalam. RAIN DECEMBER

Kerja gila semalam adalah jalan jalan dalam hujan lebat. Takde la jalan jalan sambil mandi hujan. Dengan kereta tetapi risiko bahaya banjir memang tinggi. Buatnya stuck tengah jalan macam tahun lepas. Padan muka. Kuantan -Kemaman tahun lepas memang dahsyat banjirnya.

Masuk mall pergi tengok wayang. Nak tengok Manisnya Cinta yang orang dok cakap sangat best sangat tu. Tapi not available. T_T . Frustnya. Layan The Hobbit je .Tu je paling awal. Lepas movie nak pergi cari shawl. Cakap dengan Hafizi cancel jela. Next time je la cari shawl. Hujan lebat weh, memang tak mampu la nak shopping. Fikiran dah tak tenang.

Sebelum balik pergi tapau KFC. Pastu balik rumah masing masing. Hahaha. Sweet sangat perjumpaan semalam. Kehkehkeh...

Okay korang, nak buat kerja dulu. Hati hati la bagi korang yang tinggal kat area area banjir. Pada mangsa banjir bertabahlah. Saya tau berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hmmm. Doa yang terbaik je k? Ini semua kerja Allah :)
semoga jalan ni cepat cepat dibaiki. kesian kat penduduk setempat

No comments:

Post a Comment

Little kiss