Nuffnang Ads

Friday 26 December 2014

Banjir December 2014

 Musim banjir datang lagi. Tahun lepas saya turut merasai suasana banjir di tempat saya. Walaupun bukan menjadi mangsa banjir tetapi ada dikalangan rakan rakan sepejabat menjadi mangsa banjir dimana kawasan yang tidak pernah dinaiki air turut dinaiki air. Memang tiada preparation daripada mereka. Boleh dikatakan banyak barang barang berharga, perabot dan juga kenderaan musnah dan rosak akibat daripada banjir yang menimpa Kemaman tahun lepas. Saya sempat jugak meninjau kawasan yang dinaiki air. Menyibuk ! Hihi.
Paling tak boleh lupa bila ibu abah dan baby otw balik ke Kemaman tetapi stuck di Kuantan akibat banjir. Nasib baik ada adik lelaki di rumah saya. Kalau tidak, menggigil jawabnya. 

Kali ini tragedi yang sama berlaku sekali lagi. Pada mulanya, banjir berlaku di sebelah Kuala Terengganu. Di Kemaman hanya hujan lebat yang hanya berhenti sekejap sekejap. Alhamdulillah tidak ada banjir yang berlaku. namun. mangsa mangsa banjir tahun lepas tetap membuat persediaan awal (menurut sumber sumber yang boleh dipercayai). Kuasa Allah siapa yang tahu. Banjir terjadi lagi . Penduduk Kemaman tidak begitu kalut kerana mereka sudah get ready daripada awal. Namun tetap berwaspada bimbang jika berlaku lebih teruk dari sebelumnya. Kemudian, disusuli pula dengan berita di Kelantan dan Pahang yang ditimpa banjir. Kelantan terjejas teruk. Boleh dikatakan seluruh negeri Kelantan lumpuh. Pagi ini, mendapat berita dari upline SHAKLEE saya rumahnya di kampung turut dinaiki air. Sepanjang hidup ini, ini adalah yang pertama. AllahuAkbar!

Saya juga terbaca status di facebook daripada 2 orang guru saya yang pernah mengajar saya ketika di MRSM Kuala Krai. Cikgu Rosnizam dan cikgu Irwaida dan suami Cikgu Aminee. Bergenang air mata melihat sekolah yang pernah menjadi rumah kedua saya dulu ditimpa musibah. Sedih, pilu semuanya bercampur baur. Menurut status facebook cikgu Irwaida mereka sekeluarga sempat berpindah ke tempat yang lebih selamat. Kelihatan gambar cikgu Aminee sempat menolong jiran jiran di Kuarters guru mengangkat barang ke tempat yang lebih tinggi. Dan menurut cikgu Zam, kereta wiranya tidak dapat diselamatkan. Lebih kurang 7 buah kereta yang tidak dapat diselamatkan. Cikgu Zam tiada semasa kejadian kerana balik kampung di Pahang.

Sedih bertambah sedih bila melihat status rakan rakan yang berada di Kelantan ataupun merupakan orang Kelantan tetapi tidak dapat balik dan lagi menyedihkan bila tidak dapat dihubungi. Semoga senuanya tabah dan sentiasa memanjatkan doa kepadaNya. Sama samalah kita berdoa dan membuat solat hajat agar semuanya kembali seperti sediakala. Ada hikmah disebalik semua yang berlaku.


















No comments:

Post a Comment

Little kiss