Nuffnang Ads

Wednesday 17 September 2014

KE WEDDING EE & IZWAN / ERNI &HUBBY

Assalamualaikum semua.

Kali ni nak update pasal kenduri kawan kawan zaman muda mudi dulu di high school.
Baru je 13 September hari tu. Sabtu lepas. Pergi dengan geng geng Kemaman & Dungun.
Yong, Eita, Zue & Dilla. Berlima include me. Kitorang tak konvoi pon. Yang ni je wujud girls kat kawasan sewaktu dengannya. Mula mula Yong pick up Eita kemudian pergi rumah aku. Kemudian pick up Zue di Kerteh kemudian Dungun pick up Dilla. Tunggu Aida & hubby untuk berkonvoi bersama kitorang. Kitorang pon sebenarnya tak tahu specific rumah pengantin pengantin berkenaan. Berbekalkan wazes & map dalam kad kahwin yang tak tau boleh percaya ke tak?

Tiba tiba Dilla bersuara. "Hadiah tak bawak. Ada kat rumah!" Aigoooo. Haha. Seramai ramai manusia dalam kereta sorang pon tak ingat weh pasal hadiah. Lagipon hadiah tu Dilla yang beli. So memang tak sempat la memory dalam kepala ni nak refresh. Nasib baik still dalam daerah Dungun yakni tak jauh mana la kalau nak pusing. Tapi it's waste our time. Nak buat camne kan kan kan. Booo untuk diri sendiri. Aida & hubby gerak dulu. Takkan nak tunggu kitorang or nak follow kitorang ambik hadiah. Memag kuasa sangatlah hubby Aida nak buat camtu kan. Kalau abah ni kompem sampai rumah pengantin baru diam kalau jadi kes camni.

Bila sampai kat Marang, Poze 7 adik beliau tunggu kitorang kat pam minyak. Perjalanan diteruskan dengan jayanya. Malang sekali lagi kitorang masuk jalan salah. Haha. Call member member pulak tanya jalan mana sebenarnya harus diikut. keh keh. Okay pusing balik. Sepatutnya kitorang straight je tapi kitorang masuk kanan kat simpang 3. Alahai. Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya. Sama sampai pulak dengan pengantin lelaki. Pengantin lelaki tu kawan kitorang jugak. Bercinta zaman sekolah lagi ni. Ouchhh! Sweet sangat.

Kaki segera melangkah ke tempat bersanding tiba tiba bff ku menjerit.Ye kot menjerit sebab aku rasa aku pon menjerit sama. Bertahun kot tak jumpa. Tanpa sedar aku dah nak sama tinggi dengan dia .Bangga. Sekeh nak? Tinggi pon riak. Sambung lagi perjalanan untuk mencuci mata melihat bride & groom. Cuci mata dari luar je .Overload dah dalam rumah tu. Then kitorang pergi makan .Lapar weh. Dalam kereta makan cekedis je. Gaya hidup langsung tak sihat.

Banyaknye lauk. Ambil serba sedikit ke dalam pinggan..Makan sebelah bff. Sayangnya langsung takde gambar dengan bff. Bff datang dengan family. So tak boleh nak manja manja lebih walaupun dah bertahun tak jumpa. Keh keh keh. Selesai sesi ambik gambar bersama pengantin kitorang bergerak ke rumah pengantin kedua. Oh lupa nak introduce. A bride is EE & d groom is Izwan syafik. Both kawan kitorang zaman MRSM dulu. EE sangat cantik. Memang cantik dari sekolah. 'Awak memang cantik dari kecik lagi' Hello siapakah gerangan ku ingin berkenalan. Gitu la rupenya. Haha.

Ke rumah Erni pulak iaitu kawan kitorang aka pengantin perempuan. Groom bukan kawan sekolah kitorang. So kitorang kenal erni je. Berseri seri erni. Raja sehari katakan. Erni tak cam iols. Erni cakap iols makin lawa. Haha. Peace!!! Kat rumah erni kitorang makan cendol je sebab dah kenyang . Tapi best la makan cendol time panas panas macam tu. Kemudian sesi bergambar lagi dengan pengantin. Tapi pengantin lelaki is missing. Takpela kitorang bergambar & menggedik dengan Erni je.

Kemudian kitorang berpecah, ikut halatuju masing masing. Kitorang sebuah kereta Dilla yong eita & zu pergi pasar payang dulu. The famos amos pasar kat Kuala Terengganu. Cari telur itik untuk tok wan Eita. tok Wan Eita mengidam. Shopping sikit dalam pasar payang tu. lepas tu balik rumah. Dalam perjalana balik rumah tu ada lagi la a fews pot kitorang singgah. Pukul 9 malam baru sampai rumah. Wah sungguh penat the whole day .








Gambar tak mengikut urutan. Malas la nak susun. Yang penting kalau ada bride & groom tu adalah EE&Izwan .Bride saje tu adala Erni. Berseri seri kan dorang. Kitorang tukang semakkan pelamin je. Lagi penting muka iols sangat buruk .Tak fotogenik. Seteres tahap moksya. Ni je kot entry setakat ni. Letih jugak menaip. lagi letih fikir idea nak tulis apa.

Okay next.......

6 comments:

  1. kaler baju pengantin cantik! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan. kaler ape ea? jrg gak tgok kaler baju cmtu. nak tye pengantin. penganti bz hihi

      Delete
  2. Replies
    1. nanti saya terjah blog sherry. salam perkenalan :)

      Delete
  3. salams kenal & follow, jempot dtg rumah saya:):)

    ReplyDelete

Little kiss