Nuffnang Ads

Tuesday, 18 October 2011

My Sayang

Tajuk entry macam excited je orang nak baca.My sayang boleh dedicate kat sape sape je kan?Ayah,emak,cikgu,BFF, and so on la.My sayang ni dituju khas untuk my Adik.Adik aku ni glamer dgn nickname E.Teka, boy or girl?..He's my baby boy.Baby ke?Dah besar kot.That's why tak dengar cakap orng dah sekarang kan??Aku ni boleh dikatakan agak rapat dengan dia.Aku suka kacau dia.Time dia main game kat bilik,aku la manusia penyibuk yang menghuru -harakan game dia.Buat spoil mood dia je kan.Takpe la kan ,dia kan adik aku.




robot





hasil kerja tak seberapa
Dia ni memang ada gift yang dikurniakan Allah s.w.t.Teka apa dia?Dia kan sangat-sangat la kreatif tahap gaban.Dari darjah 1 kitorang dah dapat tengok kelebihan yg dia ada.Kagum jugak la kan.Sampai kekaguman tu tak leh nak sorok.Kena puji jugak depan-depan sebab mulut ni dah takleh nak tutup.Masa kecik-kecik dulu,pernah dia buat ,emm apa ek tak tahu korang panggil ape.Tapi family aku panggil kenderaan gedabak tu as a'sodok'.Dat time aku rase dia la budak kecik plg kreatif yang aku pernah jumpa.Korang rase cane?

ni la sodok.hehe...

si mata satu watak utama entry ni=)
                               

Dia ni memang sangat pelik.Tak suka berpersatuan,kelab-kelab ke.Pape je event kat sekolah dia mesti tak nak join.Sangat pelik.Maybe dia ni terlalu seni,macam A.samad Said tu,so dia  tak suka sangat nak bercampur dengan orang.Betul la kan,orang seni memang tak suka campur orang.

Dia kan giler komik.Before matured,suka komik Ujang.Bace je gelak sorang-sorang.After matured(matured sangat ke?)dia tukar genre komik.Yang aku ingat satu komik tu tajuk dia Ibuku Robot.Tajuk pon dah pelik kan.Sama pelik je dengan orang yang beli tu.
Dia ni kan memang keje nak dapat upah je.If tak dapat macam liat je nak buat kerja yang di suruh.Biasa la kan korang pon macam tu kan?Tapi aku tak.Hehe.Tapi kan (tapi lagi kan),aku tahu dia sayang aku.Sebab kan kalau aku balik weekend mesti dia cakap macam ni."Em baik tak payah balik kalu balik kejap".Bunyi macam kasar je tapi aku tahu dia mesti tak nak bagi aku balik uni.Hehe..Adakah aku syok sendiri?Takpon dia kan text aku "Bila nak balik?"So,nampak la aku ni macam kakak kesayangan dia (sebab dia ade sorang je kakak.haha)
Budak kecik ni jugak tak suka puji orang.susah sesangat nak puji dan takkan kot.Giler kan dia.Nak suh puji kakak sendiri pon susah.
designed by him.konon nak jersi yg dia buat sendiri la kan





muka time dah tua.Hee.Botak!





Tapi kan tu dulu,sekarang kitorang dah tak berapa baik pon.Sebab satu peristiwa la.Dia macam kurang ajar dengan aku,aku hangin la and hampir nk lempang dia.Tapi tak lempang pon.Kena sikit je sebab dia elak.Aku yang lempang tapi aku yang nanges.Touching kan aku.Lepas tu memang dia kurang dengan aku.Takde la ayat-ayat yang biasa dia kutuk aku."bajet lawa,bajet ramai orang nak,bajet orang tengok"Tu lah ayat-ayat yang dia selalu cakap kat aku time aku touch up muka aku ni lebih sikit.Even kejam bunyinya,tapi rindu jugak kan nak dengar dia cakap camtu.Sekarang macam dah okay sikit sebabdia dah start cakap dengan aku.Kalau ada pape yang dia nak tahu,dia tanya aku.Tapi tak seseronok dulu la.



Dia baru je habis PMR.Tak tahu la macam mane result dia.Sebab dia ni malas baca buku and tak dengar cakap orang and suka merayap malam-malam.Panjang giler aku melalut.Tak payah baca pon takpe.Kalau ikot real story lagi panjang.Mau aku kena bukak account blog yang lain.Hiperbola!Hee=).

okay.dah penat type2.K.Bye!


biodata si dia di atas:


  • lukisan tu dia yang buat, 
  • tanak jadi polis-katanya kalau nak jadi polis baik tak payah sekolah.giler ape mu ni!
  • tak pakai bedak
  • hair dryer before pegi sekolah
p/s:entry bosan panjang berjela-jela

No comments:

Post a Comment

Little kiss