Nuffnang Ads

Saturday, 31 December 2011

BFF mood: count on me oh yeahhh!

Assalamualaikum.Hai.


Today , I'm feel like my freedom ever. Gila tipu.Actually, start harini aku dah tak payah fikir pasal assignment anymore because of my lecturer's concerned about our super duper packed schedules. Gaya macam busy dari lecturer ni.Semalam, kitorang baru dapat good news dari class rap di mana kitorang tak payah present after final.Meaning that the presentation was cancelled. Fuhh lega! So, now, we just only focus on our study to prepare for final exam which just around the corner. 1st paper aku 4th Jan 2012.Oh my Goshh!


Sambil tulis blog sambil layan lagu Bruno Mars.Best kan lagu dia.Tapi aku tertarik kat bait bait lirik lagu Count on Me. So meaningful.Aku teringat dekat bff aku yang pernah post kat fb video Count on Me dan tagged nama bff dia include me. So, apakata blog ni aku tulis pasal bff aku, Nurasikin Ariffin.Nama komersial Cqen Ariffin.


Aku dah kenal dia dah lama.Since I was 13 .Masa tu kitorang tak baik pon just kenal sebab satu batch.Sebenarnya muka dia sangat garang macam nak makan orang.Seram aku Haha.Kitorang sekolah kat Mrsm YT Dungun masa tu.Tak ramai pon student kat situ that's why senang nak cam . Masa Form Two kitorang satu sekolah termasuk cikgu cikgu sekali kena pindah kat maktab lain.Sedih betul masa tu sebab semua orang dah start baik dan perasaan homesick bagai dah hilang sedikit demi sedikit.Kenapa tutup tak payah ceita la kan.Sebab ni bukan cerita pasal sekolah aku .


Batch kitorang kena ditukarkan ke MRSM Kuala Krai. Nak dijadikan cerita aku ngan Cken satu bilik.Kitorang roomate okay! Dari situ la start perkenalan yang secara langsung dan tidak langsungnya bibit bibit cinta. Oppps jangan fikir bukan bukan.Cinta sebagai teman. Korang ingat aku lesbian kew? Simpang malaikat 44.


Sepanjang berkawan memang banyak benda la yang berlaku kan.Kecik hati, nak marah, geram semua ada.Tapi biasa la kan, adat berkawan. Dan adat bila dekat rasa nak tumbuk, bila jauh tercari cari. Betul tak? Sampai la form5 kitorang kawan.Sekarang pon kawan lagi tapi jauh jauh la kan.Dah berapa tahun tak tengok muka Cken.Lepas form ada terfikir gak cane la aku nak survive sebab dah mmg officialy kitorang berpisah.Aku masuk matrix dan dia masuk UiTM. Memang takde harapan langsung bak jumpa sebab dok jauh-jauh.


Kitorang tak pernah lost contact kot.Maybe la masa aku ada boyfriend dulu aku terignore sikit dia.Hehe sorry Cken aku takde niat pon just tade kredit lebih nak spend untuk mu.Even jauh pon kitorang still keep in touch.Ada problem je kontek.Ade gosip je kontek.Tak terasa jauh pon kadang kadang.


Dan Cken ni jugak la kawan aku yang first dengar aku nangis officially, jelas serta nyata. Masa tu aku rasa aku sangat emotional ,aku call terus nangis. Dia memang terkejut tahap nak pengsan sebab seumur dia kenal aku tak pernah dia dengar aku nangis.Apalagi dengan diri aku sendiri yang memang tak percaya yang aku boleh nangis masa tengah cakap dengan dia.Malu jugak lepas tu tapi takpe asal lepas semua yang terpendam dan yang penting aku bukan nangis depan muka dia.Haha.


Masa aku pergi Korea aku ada beli dia souvenir.Dia janji nak datang Terengganu haritu .Excited la aku kan.Tapi kurang asam punya bff , dia tak jadi datang.Hampeh betul.Aku cakap present dia aku dah bagi kat kucing.Lambat sangat kan. Dah bau suasana rumah aku dah present dia tu.


Cken ni jugak seorang yang hati kecik.Muka ganas bagai nak gila orang tengok tapi silap cket je mata dah merah.Tak lama lepas tu banjir la kan.Haha Kelakar bila aku ingat balik. Dulu masa sekolah kitorang ni selalu berdua.Kalau salah seorang takde mesti orang kat sekeliling tertanta tanya.Betul tak Cken apa yang aku cakap nih? Tak de sebarang mitos kan?


Cken ni message untuk mu. Susah kan nak jumpa kawan sampai mati.Yang boleh share susah senang kita.Yang suka tikam belakang, yang mulut manis depan depan je, yang cari kita time susah je, emm yang ni agak ramai.Nanti kalau mu dah ade boyfren jangan lupa aku pulak.Spend sikit 2,3 posen untuk text aku okay! Aku sayang mu lebih la Cken.Muahhhh.Kat bawah ni aku curi gambar mu kat fb.Kita mane ade gambar same same sejak dah besar ni kan.

Cken vogue






Muda mudi





Aku yang cbuk nak menyelit sbb tak boleh amek pic skali.


Most wanted




No comments:

Post a Comment

Little kiss